Design Kad Kahwin Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin yang Exclusive

Cantiknya design kad kahwin Shaheizy Sam Dan Syatilla Melvin yang Exclusive. Kebetulan keduanya mempunyai nama yang bermula dengan S. Nampak cantik bila design SS mirror macam tu. Nice! Boleh jadi sumber inspirasi mendesign nanti ni.

http://www.azhafizah.com/

Kad undangan  juga disertakan dengan kata-kata daripada ibu Sam dan Syatilla. Nampak lagi menarik kan.
http://www.azhafizah.com/
Kredit foto dari beautifulnara
Pasangan ini akan mengadakan malam berinai di Pulau Pinang pada 7 Februari. Wahh tarikh birthday Fiza ni. Manakala akad nikah akan dijalankan pada keesokan harinya iaitu pada 8 Februari.

Majlis nikah pasangan itu akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.

Majlis resepsi sebelah pihak Sam pula akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur dan majlis meraikan peminat pada 20 Februari. Dah semakin dekat majlisnya kan. Semoga urusan mereka dipermudahkan dan semoga semuanya berjalan dengan baik. Pelakon lelaki popular nak kahwin, Sure meriah punya! Tajaan RM25 tu. Rezeki Sam dan Syatilla.

13 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.