Bisnes Fotografi Bisnes Paling Mudah dan Paling Cepat Buat Duit.

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Ramai yang minat fotografi dan ingin buat bisnes fotografi tapi tak tahu nak mulakan dari mana. Ada juga yang menceburi bidang fotografi ni tanpa minat tapi sebab bisnes fotografi adalah bisnes paling mudah dan paling cepat buat duit. Okay, nak tahu bagaimana caranya. Teruskan membaca.

http://www.azhafizah.com/

Peluang Jana Pendapatan Dengan Bisnes Fotografi

Jika seorang lepasan SPM atau sedang belajar di IPT, mungkin akan terfikir apakah peluang terbaik untuk dapatkan income secara lumayan. Mungkin tidak mahu jadi terlalu kaya-raya, tetapi kalau boleh beli motor, laptop, smartphone, pakaian atau apa-apa sahaja keperluan, apa salahnya mencuba satu peluang bisnes mudah yang mampu memberikan pulangan sekurang-kurangnya RM500 sebulan. Itupun dah kira lumayan bagi seorang pelajar sekolah yang baru habis sekolah.

Peluang jana pendapatan terbuka kepada sesiapa sahaja dengan bisnes fotografi.
  • Baru habis sekolah dan sedang tunggu keputusan SPM
  • Masih belajar di sekolah, kolej atau universiti
  • Siswazah yang masih terkial-kial mencari pekerjaan tetap
  • Ada pekerjaan tetapi mahu cari peluang tambah pendapatan
  • Ibu bapa yang mahu anak mereka menjadi usahawan part-time dengan satu kemahiran hebat.
  • Minat dengan fotografi tetapi tak tahu langsung bagaimana untuk jadikannya satu sumber pendapatan.
  • Ataupun sedang cari idea bisnes untuk bermula.

Fotografi Ialah Satu Bisnes Yang Paling Mudah dan Paling Cepat Untuk Buat Duit.

Tahu tak? Dengan fotografi kahwin sahaja, boleh dapat RM500 – RM1000 sebulan dalam tangan kerana fotografi jenis ini ialah yang paling popular dan mempunyai permintaan yang sangat tinggi di mana-mana negara sekalipun. Yang pentingperlu tahu selok-belok bagaimana untuk bermula. Apakah peralatan kamera DSLR paling basic yang perlu dimiliki walaupun dengan bajet yang sedikit?

Walaupun tahu cara untuk bermula, bagaimana nak buat iklan dengan modal RM10 sahaja dan pandai meniru  mudah sahaja untuk anda dapat panggilan dari pelanggan untuk tempahan dan bayaran deposit. Tetapi mungkin ianya masih skeptikal. Jika jana pendapatan dengan fotografi adalah semudah itu sahaja, mengapa ramai yang tidak merebut peluang ini?

Ini Kerana, Terdapat Beberapa Mitos Tentang Bisnes Fotografi.
Ramai orang masih mempercayai bahawa bisnes fotografi ialah untuk mereka yang sangat mahir dalam seni fotografi dan perlu mempunyai sekurang-kurangnya diploma atau ijazah berkaitan bidang ini. Mitos ini ada sedikit kebenarannya tetapi kurang tepat secara keseluruhan. Sesiapa sahaja yang pernah menyimpan hasrat untuk menjalankan bisnes fotografi, pasti akan terfikir tentang beberapa cabaran iaitu 

  • Perlu ada modal yang besar
  • Perlu ada diploma atau ijazah fotografi
  • Perlu ada pejabat dan studio
  • Perlu ada set kamera DSLR yang canggih dan mahal
  • Perlu ada ramai kenalan dalam industri fotografi

Kesemua mitos ini adalah tidak benar sama sekali. Jika  tahu apakah sebenar rahsia untuk memulakan bisnes fotografi, pasti akan terkejut dan kemudian berasa lega mengapa ramai orang tidak mengetahuinya.

Mengapa Bisnes Fotografi Sangat Mudah?
Jika  telah baca sampai ke barisan ini, itu bermakna anda merupakan salah seorang peminat fotografi. Mungkin anda telah memiliki satu set kamera DSLR ataupun mungkin anda sedang menyimpan hasrat untuk membeli sebuah kamera.

Tetapi alang-alang dah berminat dengan fotografi, apa salahnya jika jadikannya sebagai satu peluang bisnes di samping menimba banyak pengalaman baru untuk menjadi lebih professional. Fotografi ialah satu bisnes yang sangat menguntungkan sekiranya tahu rahsia-rahsia yang tidak diketahui ramai.

 

Mengapa bisnes fotografi sangat mudah?

#1. Permintaan Pasaran Yang Luas

Banyak kenduri kahwin diadakan setiap minggu. Cuba  kaji di sekitar tempat tinggal anda pada musim cuti sekolah dan kira berapa banyak khemah majlis perkahwinan dipasang?

Itu tidak termasuk majlis bertunang. Pasaran fotografi terutamanya dalam genre perkahwinan dan pertunangan mendapat permintaan yang tinggi sehingga bakal pengantin sukar mencari khidmat jurufoto.

Pendek kata, bukan jurufoto yang mencari klien tetapi sebaliknya klien yang mencari jurufoto. Itulah dilema dalam industri fotografi di Malaysia di mana kekurangan jurufoto berkebolehan untuk menampung permintaan khidmat fotografi. Anda boleh rebut peluang ini sekiranya anda bermula hari ini.

Selain daripada perkahwinan, khidmat fotografi banyak diperlukan dalam fotografi acara seperti hari keluarga, majlis perasmian, seminar, makan malam dan sebagainya. Fotografi acara mendapat banyak permintaan dari sektor kerajaan dan swasta. Buat masa ini perniagaan fotografi acara banyak di dominasi oleh jurufoto bukan Melayu.

Khidmat fotografi juga diperlukan oleh usahawan-usahawan kecil dan sederhana (IKS) untuk pengiklanan produk keluaran mereka. Genre ini dikenali sebagai fotografi pengiklanan. Anda boleh jana keuntungan lumayan dengan membuat fotografi untuk produk seperti makanan, kosmetik, kesihatan dan banyak lagi.

Terdapat banyak lagi genre fotografi yang menguntungkan boleh anda ceburi di Malaysia tetapi yang paling mudah, cepat dan menguntungkan ialah fotografi kahwin.

#2. Sangat Menguntungkan

Anda masih tak percaya? Berikut ialah anggaran purata bayaran khidmat fotografi yang dikenakan di Malaysia :
  • Engagement – RM600 – RM1,000
  • Wedding (basic) – RM800 – 1,200
  • Wedding (standard) – RM1,500 – RM2,500
  • Wedding (vip) – RM3,500 - RM7,000
  • Birthday party (basic) – RM600
  • Birthday party (standard) – RM1,200
  • Potrait (per session/2 hours) – RM500 – RM1,000
  • Product (per item) – RM100 – RM300
  • Product (full set) – RM1,000 – RM 5,000
  • Event (half-day) – RM400
  • Event (full-day) – RM800
  • Universities/colleges graduation (per student) - RM150 – RM300
  • Kindergarten graduation (per student) – RM50 – RM80
  • Staff profile (per staff) – RM50 – RM100
Kalau sebulan anda boleh dapat dua wedding photography, dua event, satu birthday party – RM4,000 sudah ada dalam tangan. Jika anda telah berpengalaman dan tahu selok-belok industri ini tidak mustahil untuk anda dapatkan tender fotografi majlis graduasi dari taska, kolej dan universiti.

Contoh Keuntungan Untuk Fotografi Majlis Konvokesyen: 

Seorang siswazah anda caj RM200 untuk graduation potrait termasuk gambar bersaiz 8R dan frame +glass.

Untuk majlis konvokesyen sesuatu tahun itu, terdapat 1,000 orang pelajar berjaya bergelar siswazah di universiti tersebut. Anda mendapat bayaran RM200,000!!! Tolak kos peralatan kamera, strobe set, backdrop, cetakan dan framing anda masih boleh untung kira-kira RM50,000!!!

Tidak mustahil untuk mendapat projek fotografi graduasi sekiranya anda bijak mencari peluang tender dan pandai cara meletakkan sebut harga. Fotografi ialah satu industri baru yang semakin pesat berkembang setiap tahun. Daripada perkahwinan sehingga ke konvokesyen, anda berpeluang untuk menceburinya sekiranya anda tahu langkah-langkah yang betul untuk bermula dan mengembangkannya.

#3. Fleksibel

Kerja sehari kenyang sebulan! Itu untuk fotografi pekahwinan. Jika anda dapat projek fotografi majlis konvokesyen, bukan setakat kaya sepanjang tahun, malah anda boleh beli kereta baru secara tunai. Tidak pun anda boleh beli rumah kos sederhana yang baru!

Berbeza dengan kerja bergaji anda perlu berulang-alik ke tempat kerja setiap hari, kerja membosankan, kena marah dengan bos, minyak kereta yang mahal dan bermacam-macam lagi cabaran hidup. Tapi gaji masih tak cukup untuk menampung keperluan hidup anda.

Dengan bisnes fotografi anda dapat kebebasan mutlak di samping bayaran yang lumayan. Bekerja hari minggu kalau untuk perkahwinan, bertunang dan sebagainya. Dapat satu wedding photography sebulan sudah mencukupi untuk belanja sebulan.

Lebih baik jika anda terima kerja fotografi sebanyak yang mungkin, ianya boleh menjadikan poket anda semakin tebal. Jika anda mahu fokus kepada fotografi perkahwinan sahaja, anda hanya perlu guna tulang empat kerat pada hari minggu.

#4. Tak Perlu Modal Besar

Dengan RM3,000 anda boleh beli sebuah iPhone baru tapi apa keuntungan yang anda dapat? Mungkin rasa bangga dan megah boleh tayang pada kawan-kawan. Beberapa bulan kemudian anda akan berasa bengang kerana model iPhone lebih baru dikeluarkan di pasaran pada harga yang sama dan iPhone anda telah menjadi ketinggalan.

Tetapi dengan RM1,200 sahaja anda boleh dapatkan set kamera DSLR (jenis beginner) termasuk manual speedlite. Dua benda ini sahaja sudah cukup untuk anda lakukan beberapa kerja fotografi seperti wedding,engagement, event, birthday party dan lain-lain.

Dalam banyak-banyak electronic gadget, kamera DSLR ialah yang paling menguntungkan kerana anda beli sekali sahaja tetapi boleh buat duit berkali-kali setiap bulan. Anda tak perlukan kamera DSLR jenis canggih untuk bermula sekiranya anda tahu apakah rahsia sebenar bisnes fotografi.

#5. Kekurangan Jurufoto

Permintaan semakin meningkat tetapi penawaran masih tidak berubah. Itulah realiti industri fotografi di Malaysia, tak cukup jurufoto. Pada hari ini, adalah amat sukar untuk seseorang mendapatkan khidmat fotografi tanpa membuat tempahan 2 atau 3 bulan lebih awal.

Contohnya, jika anda mahu berkahwin 1 bulan lagi dan baru hendak mencari jurufoto, ianya mungkin akan jadi satu masalah besar kerana kebanyakkan jurufoto yang berhampiran lokasi anda sudah penuh ditempah. Lebih-lebih lagi jika tiba musim kahwin (cuti sekolah).

Letakkan situasi ini di mana anda sebagai seorang jurufoto, berapa banyak peluang sedang mencari anda? Pasti tak menang tangan untuk anda terima kerja fotografi daripada ramai klien setiap minggu. Jangan terkejut ada jurufoto amatur yang pandai dalam internet marketing mampu mendapat tawaran sehingga 13wedding photography pada satu musim sekolah sahaja.
Jika anda tahu bagaimana cara nak marketkan khidmat fotografi anda sama ada secara online atau biasa, tiap-tiap minggu anda boleh dapat satu atau dua job. Itu baru fotografi kahwin. Genre-genre lain yang lebih menguntungkan juga memerlukan ramai jurufoto dan anda boleh rebut peluang ini.

#6. Bisnes Untuk Sesiapa Sahaja

Masih bersekolah? Lepasan SPM? Belajar di IPT? Menganggur? Bekerja? – tiada perbezaan langsung kerana sesiapa sahaja yang ada minat dengan fotografi boleh melakukannya.

Anda tak perlu modal besar. Anda tak perlu pejabat atau studio. Anda tak perlu komputer canggih. Anda tak perlu banyak peralatan untuk bermula. Anda tak perlu belajar sijil, diploma atau ijazah fotografi. Anda tak perlu jadi pro untuk bermula. Nak buat bines fotografi? Klik banner bawah ni.

With Love, Sihatimerahjambu

1 comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.