Beli Online dan Jimat Dengan CouponBelanja

Friday, January 15, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Perempuan mana yang tak suka shopping? Tipulah kalau kata tak suka shopping. Lagi lagi berlambak seller yang jual online. Dalam dunia teknologi sekarang lebih mudah boleh shopping online. Pendek kata, semua di hujung jari je. Lagipun lebih menjimatkan tenaga, duit minyak dan yang penting selesa tak perlu nak bersesak dengan orang ramai kalau ada sale tu. Beli online selalu je ada diskaun dan lebih murah. Tapi masa bila nak tahu ada diskaun ke tidak? Fiza dapat tahu yang website CouponBelanja ada menyediakan kupon diskaun untuk kedai-kedai online utama di Malaysia.

Antara kedai kegemaran dan kategori kegemaran yang mempunyai jualan yang tertinggi  dan menjadi kegemaran pembeli seperti Lazada, Zalora, Luxola, Rakuten, Amazon, Ebay, Ensogo, Expedia dan sebagainya. Sebagai satu contoh. kalau kita nak membeli pakaian dan aksesori mesti akan ingat Zalora Malaysia. Zalora menawarkan pelbagai jenis barangan serta fesyen fesyen terkini yang menarik. Bila singgah di website CouponBelanja, korang dapat tengok di bahagian atas skrin terdapat 18 tawaran kupon yang sah Zalora dan korang boleh jimat RM 51 secara purata apabila membeli barangan di Zalora.

Korang boleh akses mana-mana tawaran dengan klik pada View Deal atau View kupon.
http://www.azhafizah.com/

Bila korang klik untuk melihat kupon atau Deal yang dipaparkan, korang akan terus ke halaman Zalora Malaysia. Salin kod kupon sebelum klik pada 'Klik untuk pergi ke Zalora Malaysia'.

Laman ini akan terus ke website Zalora
http://www.azhafizah.com/

Terus ke Zalora

Mudah je untuk dapatkan kod diskaun bila shopping online ni. Kini terdapat cara-cara lain untuk dapatkan tawaran kod diskaun selain terus ke kedai kedai online. Boleh juga cari kod diskaun lain melalui kategori dalam website tersebut. Contohnya kalau korang nak cari untuk membeli peralatan rumah dan boleh ke website CouponBelanja, cari di bahagian kategori produk.

Kat situ korang dapat tengok  semua produk yang ada  CouponBelanja.
http://www.azhafizah.com/

Bahagian Kategori 

Contoh : Kategori peralatan rumah adalah di bahagian Rumah dan Dapur. Sebagai alternatif, kita boleh cari peralatan rumah dengan menaip di kotak carian seperti yang ditunjukkan di bawah.

http://www.azhafizah.com/

Kotak Carian

Setelah membuat pilihan dalam kotak carian, korang dapat tengok senarai kedai-kedai online yang memberikan diskaun untuk produk peralatan rumah. Nampak tak yang Lazada memberikan 95% diskaun untuk semua kategorinya. Hanya perlu Pilih dan Guna je.

Dengan cara ini kita boleh dapat harga terbaik bagi setiap produk.

http://www.azhafizah.com/

Kategori - Peralatan Rumah.

Kupon yang ditampilkan di website adalah kupon yang istimewa dipilih khas untuk pembeli. CouponBelanja sangat membantu untuk dapatkan diskaun pada produk yang kita inginkan. Kupon yang terdapat di website CouponBelanja  memberikan penjimatan lebih kepada pembeli untuk produk terkini yang masih ada dalam stok. Klik salah satu barangan dan dapatkan diskaun yang masih ada.

Bahagian Kupon Popular juga boleh didapati di website CouponBelanja dimana tawaran kupon ini merupakan diskaun kegemaran pembeli dan kerap digunakan. Dengan adanya bahagian ini,  sangat mudah untuk mengetahui tawaran diskaun yang popular setakat ini. Klik pada mana-mana kupon popular, dapatkan kod dan terus ke website kedai tersebut.

CouponBelanja mempunyai bahagian yang berasingan untuk tawaran istimewa dimana ada diskaun yang lebih banyak dan pastinya korang tidak akan lepaskan peluang untuk dapatkan diskaun yang dibuat oleh kedai kedai online yang terpilih.

So, kaki shopping jangan lepaskan peluang untuk membeli-belah di CouponBelanja. Beli dan jimat dengan CouponBelanja.

Sharing is caring. Jom berjimat lebih dengan CouponBelanja.


With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.