Bela Ikan Puyu

Tuesday, January 26, 2016

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Balik dari kampung, bawak balik si comel ikan puyu ni. Abah dapat masa menjaring kat sungai kot. Nampak ikan puyu ni kat kampung, mintak kat mak nak bawak balik rumah nak bela ikan puyu. Lagipun orang kata eloklah bela ikan puyu ni kan. Ikan puyu ni kecil lagi. Jangan dia melompat keluar sudah le sebab puyu ni terkenal dengan hobi melompat. 

http://www.azhafizah.com/

Ikan Puyu (Anabas testudineus) merupakan spesies ikan air tawar yang paling lasak, sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesies ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesies ini bergerak di atas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelar spesies yang suka berhijrah. Spesies ini juga mampu bertahan tanpa air hingga enam hasi selagi dikekalkan lembab. Ikan puyu dewasa mampu menjangkau panjang kira-kira 25 cm atau 9.8 inci).-wikipedia
Rahsia Bela Ikan Puyu : Ada sesetengah pendapat yang mengatakan jin dan toyol leka bermain dengan ikan puyu. Dek kerana itulah, Kehadirannya di dalam rumah dipercayai boleh membatalkan usaha memukau penghuni sesebuah rumah. Selain itu durinya yg tajam mampu menyekat kekebalan makhluk halus (jin dan syaitan) untuk masuk ke dalam rumah manusia.
Dalam dunia perdukunan, puyu turut menjadi medium memindahkan objek santau yang dihantar kepada seseorang. Santau yang diperoleh mangsa dipindahkan ke dalam badan puyu. Begitupun, ada juga yang menjadikannya sebagai objek untuk menyantau orang lain.
Walaubagaimanapun, ikan Puyu tidak boleh dianggap sebagai pelindung mutlak kepada semua perkara ini kerana ia hanya asbab kepada ketentuan Allah. Hanya dengan izin Allah sahaja ikan itu mungkin benar boleh menjadi pendinding dan sesungguhnya ia adalah dari Allah jua. Jika Allah berkehendakkan seseorang itu jatuh sakit atau sihir tetap terkena kepadanya juga, biarlah dia membela beratus ribu ekor ikan puyu sekalipun, dia tidak mungkin dapat mengelak. Allah itu maha berkuasa dan maha mengetahui.
Sebaik-baik pendinding adalah ayat-ayat Allah, dan jika jiwa kita tenang, Allah pasti melindungi kita dari musibah ilmu hitam dan gangguan syaitan. Janganlah kita mensyirikkan Allah dengan melebihkan ikan Puyu dari memuji keagungan Allah yang mencipta ikan puyu itu.

Wallahhu a'lam.

Bela ikan puyu ni mudah je. Sebab dia sejenis ikan yang makan apa saja yang diberi. Kalau nyamuk masuk ni memang tak peluang lah nak bertelur dan membiak. Habis cik puyu makan. Bagus juga kan. Memangkan pokok sirih gading Fiza ni lambat sangat nak tumbuh banyak daun, So Fiza masukkan je Cik Puyu dalam ni. Mini Aquarium untuk Cik Puyu dan Cik Sirih Gading. Eloklah tu berteman. Harap mereka membesar dengan sihat. 
With Love, Sihatimerahjambu

4 comments

  1. ooo..baru tau..selama ni tau ikan puyu ni ganas je..boleh gigit org kan? huhu

    ReplyDelete
  2. comey nya cik puyu, memang orang dulu-dulu bela puyu, boleh menghalang ilmu hitam dan seangkatannya, tapi Wallahualam kan... percaya pada Allah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.