Tukar Rupa Meja Lama Menjadi Baru

Saturday, October 17, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera

Bila mood rajin datang, mulalah projek DIY menukarkan rupa meja lama menjadi baru. Ini meja lipat yang permukaan dia dah calar balar dah. Multipurpose meja ni. Kalau nak buat kerja depan TV, meja ni lah berbakti sampai jadi camtu.

So nak jadi lebih menarik. Rupa yang lama kita tukar baru dengan menggunakan wallpaper gunakan untuk jadikan tablepaper pulak. sesuka hati tukar nama kan.

http://www.azhafizah.com/

Senang guna wallpaper sebab dia dah ada pelekat. Cuma perlu bukak pelekat dan terus lekatkan atas permukaan meja. Tapi Fiza buat sampai ke bawah sikit so tepi tu tertutup sekali lah. Temanya masih mengekalkan rupa kayu cuma yang lama warna hitam yang baru warna coklat. 

Sedap sikit mata memandang bila meja dah cantik!

http://www.azhafizah.com/

Wallpaper ni macam²corak ada dan boleh digunakan di permukaan perabot yang sesuai. Berbaloi beli sebab harga pun murah. Seingat Fiza bawah RM5 beli kat MR. DIY. Panjangnya tak pasti pulak. Kalau ada permukaan perabot yang dah terkopek² tercalar balar tu, guna je wallpaper. Senang!
With Love, Sihatimerahjambu

7 comments

  1. dah boleh guna semula kan fiza..kalau kita kreatif,banyak yang boleh di reused kan..

    ReplyDelete
  2. dah jadi meja baru dah.. nak tanya ni, kalau permukaan tu ada gelembung2 nak kena gosok dulu tak bagi rata sebelum letak wallpaper tu ?

    ReplyDelete
  3. terbaiklah kak... tak perlu membazir pergi beli yg baru sedangkan yg lama masih boleh guna cuma rupa je yg berubah

    ReplyDelete
  4. memang bagus DIY ni.. dari xcantik jadi lebih kemas!

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.