Dekorasi Workspace Untuk Mood Baru

Sunday, October 04, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Bila mood kerja dah tak berapa nak baik, salah satu cara nak baiki mood adalah dengan tukar suasana baru workspace yang di hadap hari² tu. Bila suasana dah bertukar makanya adalah mood baru tu kan. Kalau tak percaya sila cuba.

Kali ni Fiza deko yang simple je,lebih tersusun dan kemas. Bila barang dah banyak memang pening bila berserabut atas meja. 

Kertas² dan surat : Susunkan dalam tempat letak file tu. 
Alat tulis : Masukkan dalam 3 kotak berbeza mengikut kategori supaya senang nak cari.
Calendar kuda : Gunting atas dia dan tampal guna fridge magnet. Rasa macam perlu ada calendar kuda ni sebab ada bulan islam sekali, ada tarikh cuti dan lain² maklumat yang perlu tahu. 
Fridge magnet : rasa patut dikurangkan tapi buat masa ni biar dulu. Senang nak guna tampal segala notes.
3 kotak pink : 1 kotak untuk USB,broad band, mp3, portable keyboard dan sewaktu dengannya, 1 kotak lagi untuk business, name card, cop dan lain² dan 1 kotak lagi untuk resit² yang belum di failkan. So takde serabut atas meja dah.

Yang lain² susun macam biasa je. Lega bila tengok rack tepi tu dah clear. Letak headphone, hard disk dan buku je baru nampak kemas. Nampak lebih menarik dengan penggunaan corak dan warna yang lebih kurang sama. Kira ada tema juga ye.


Ini yang sebelumnya...masih belum banyak barang. Kira simple juga. Tapi bila dah banyak barang kenalah buat dekorasi macam di atas tu.


Rasa² okay tak transformasi workspace Fiza ni? Ke macam masih serabut lagi?
With Love, Sihatimerahjambu

17 comments

  1. wow... cantik sis... seronoknya klu workstation kemas ja.... hehe... nak bt keje pun laju....

    ReplyDelete
  2. bestnya tengok workspace fiza! nak buat keje pun seronok..kemas je..

    ReplyDelete
  3. ok je..xde la serabut fiza..kemas je..

    ReplyDelete
  4. mungkin juga sebab selalu tengok kita dah sebati dan mahukan perubahan...

    ReplyDelete
  5. dah cun! kemas!
    baru la selesa nk wat keje..
    =)

    ReplyDelete
  6. kemas dan sweet.. suka lah..!!
    ni yang semangat nak kemas workstation sendiri pula kat bilik belakang tu.. dah lama di anak tirikan.. berhabuk je.. hukk hukkk... :p

    ok, nanti share..

    ReplyDelete
  7. kak , yana selalu buat kat meja, bilik yana, kiranya my privacy space la.. heheh kadang semangat tukaq sbb nak amik mood baru

    ReplyDelete
  8. datang lagi... untuk rujukan nak kemas meja kerja sendiri pulak :D

    ReplyDelete
  9. hmmm aida kat umah xde workspace.
    laptop atas katil aje :)
    sedih, kan? ha haha...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.