Buat Profile Cover Facebook Daripada Gambar² Terbaru di Instagram

Saturday, October 10, 2015

Assalamualaikum/Salam Sejahtera
Wahh nampak cantik pulak buat cover facebook daripada gambar² terbaru di instagram sendiri. Tak perlu susah payah nak susun² gambar jadi satu profile cover facebook. Untuk patchwork yang cantik ni adalah gabungan dari 50 gambar terbaru yang ada dalam instagram.

buat-profile-cover-facebook

Size kecik besar tu semua dah siap² tersusun. Dan setiap kali nak buat baru, susunan akan menjadi lain dari yang sebelumnya. Menarik kan? seronok juga tukar² gambar ni.

Cara nak buat mudah je. Jom kita main klik².
  1. Pergi ke website iconosquare.com
  2. Sign in account instagram
  3. Click menu 'Promote'
  4. Cari bahagian Profile Cover. Kemudian tekan create your cover. Bila dah klik tu ambil masa sikit untuk gambar² tu tersusun. Kalau ada problem just klik lagi sekali. Bila dah appear tu just right click dan save terus gambar tu. Mudah je :)
buat-profile-cover-facebook

Baru nampak menarik cover profile ada banyak gambar kan. Jimat masa nak susun dan gambar random lagi nampak seninya. Cewahhh..cakap macam pandai sangat kan. 
With Love, Sihatimerahjambu

9 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.