Berhajat nak makan tengahari di Gastrohub Nilai lepas shopping di AEON Nilai. Tapi tengok kereta banyak kat ruang parkir. Tak jadilah nak makan kat situ. Malas nak tambah keramaian dan malas nak tunggu lama.

Tak idea nak makan kat mana di Nilai ni. Sudahnya singgah makan tengah hari di Richiamo Pajam Nilai je lah, tempat makan yang biasa singgah. Lagipun dekat dengan tol senang nak balik rumah.

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Macam biasalah tak ramai pelanggan. Ada satu meja je berpenghuni tengah bincang bisnes projek juta-juta agaknya. Mereka duduk selang beberapa meja dari kami, tak termasuk dalam gambar.

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Encik Suami buat pesanan dan bayar di kaunter. Saya tunggu di meja je sebab Encik suami dah tahu kita nak makan apa.

Potretkan lampu ni sebab macam menarik pula. 

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Macam biasalah menu kegemaran saya kalau makan di Richiamo Coffee, Nasi daging salai asap. Semangkuk lauk daging salai masak lemak cili api. Semangkuk kecil sambal belacan untuk rasa pedas sebab masak lemak tu tak pedas ye.

Didatangkan bersama semangkuk nasi, hirisan timun, lobak merah, daun salad dan seekor ikan masin. Tak tahu ikan masin apa. Berselera makan sebab dah lama merindui masakan lemak sejak lama cuti masak ni.

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Encik Suami macam biasa dengan Naslem Ayam Rendang nya. Jangan tak tahu Naslem tu apa. Tengah panas isu Naslem ni. Malas nak ambil gambar menu Encik Suami sebab kita nak makan cepat dah lapar. 

Sekarang hazelnut latte bukan lagi kegemaran, nak cut sugar. Pesan Caffe latte panas. Walaupun dalam susu pun ada gula, tapi tak apa. Sekurang-kurangkan kita dapat kurangkan pengambilan gula dalam minuman. 

Eh, nasi tu pun banyak gulanya juga. Sesekali makan luar tak apa kot kan. Sini mana boleh minta nasi separuh. Boleh ke?

Latte art yang simple je, buat bentuk love. 

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Encik Suami pesan hazelnut cappuccino pulak dia. Kita pun hirup jugalah nak rasa. Terus cancel cut sugar. Apooo...

Makan Tengah Hari Di Richiamo Pajam Nilai

Total makan berdua seperti dalam resit. Paling best mengopi kat Richiamo Coffee ni murah dan sedap. Makanan pun sedap kena dengan selera kami. Setakat ni Richiamo Coffee cawangan Pajam Nilai ni tak pernah mengecewakan.