Dua minggu lebih selepas consult dengan Doktor pakar mata, datang janji temu untuk Pre-Assessment Intraocular lens (IOL) Surgery. Buat beberapa ujian lagi untuk mata dengan menggunakan alatan khas. Kemudian sesi berunding lagi dan lagi. 

Doktor terangkan dengan lebih lanjut lagi rawatan, proses dan keputusan ujiannya. Agak lama juga prosesnya termasuk masa menunggu, dari jam 9 lebih sampailah jam 2 lebih. Keluar masuk bilik doktor, pergi sana sini. Kita ikutkan je lah.

Pre-Assessment Intraocular lens - IOL Surgery

Sabar menanti bila nama dipanggil. Ingatkan tak ramai orang sakit mata ni. Setiap kali datang mesti akan ada beberapa orang lagi untuk buat rawatan. Macam-macam jenis sakit mata ada.

Pre-Assessment Intraocular lens - IOL Surgery

Intraocular lens (IOL)

Merupakan kanta tiruan yang dimasukkan ke dalam mata untuk menggantikan kanta semula jadi yang telah dikeluarkan.


Jenis-jenis IOL

  • Monofokal – untuk membetulkan penglihatan pada satu jarak, kebiasannya untuk rabun jauh
  • Multifokal / Trifokal – membolehkan penglihatan dekat, sederhana dan jauh tanpa memakai cermin mata
  • Toric – direka khas untuk pesakit astigmatism
  • Extended Depth of Focus (EDOF) – memberi julat penglihatan yang lebih luas dengan penglihatan pertengahan yang lebih baik

Saya buat yang multifocal lens sebab senang boleh tengok jarak jauh dan dekat. Kalau buat monofocal masih lagi perlu pakai cermin mata. Saya nak bebas cermin mata terus. Untuk Pre-Assessment Intraocular lens - IOL Surgery, kena buat 3 perkara ni.
  • OCT Machine
  • IOL Master/Biometry
  • Procedure Opthmal

Pre-Assessment Intraocular lens - IOL Surgery

Masuk laser room dalam opthalmology room untuk scan ukuran mata kiri kanan kornea-retina, ukur saiz, bentuk dan kira power kanta yang tepat.  Dan macam-macam jenis ukuran lagilah. 

Tak arif sangat term untuk rawatan mata ni. Nak terangkan pun sikit-sikit je yang faham. Cuma berharap segala urusan Allah permudah dan baik-baik saja.

Tapi masa buat test dalam laser room tu jenuh lah kita menahan mata terbuka daripada berkelip sampai berair mata dibuatnya. Kena pastikan ukuran semua tepat. Seterusnya menunggu hari untuk dibedah. Risau betul dibuatnya. Dup dap dup dap...

Nak tanya, kalau kita preview blogpost ni memang tak boleh scroll ke camne? Ke saya je mengalami masalah ni.  Payah betul kalau kita preview dia keluar sekerat atas je.