Masa tengah rehat ni kalau tengok handphone bahaya juga. Tak TikTok, shopee. Lepas tu mulalah shopping itu ini. Kannn...

Mencari makeup skincare organizer storage, berkenan dengan jenis bertutup ni. Nak jaga barang daripada kena habuk. Kalau nak bersihkan pun cuma bersihkan bekas je nanti.

Beli Makeup Skincare Organizer Bertutup

Barang makeup tu tak ada dah. Saya letak perfume dan skincare je lah. Percaya tak kalau saya cakap ada lipstick sebatang je. Foundation, bedak dan lain-lain habis saya buang. Semua dah expired dan saya pun tak perlukan makeup dah sejak allergic.

Biasa pakai moisturiser je. Sunscreen pun tak pakai dah sebab mostly tak serasi dengan kulit yang akan membuatkan allergic juga sebab ada chemical reaction gitu. Senang kerja nak bersiap. 

Jimat nak membeli makeup semua tu. Nak ambil wuduk pun senang dan cepat bersihkan moisturiser je. Tak payah nak makeup remover bagai. Kita fokus jaga kulit dengan skincare je sekarang. 

Sebenarnya storage ni saya cari jenis full transparent tapi out of stock pulak. Pilih warna putih je lah nampak aesthetic sikit. Banyak juga barang dapat letak dalam ni. Ada 3 laci boleh letak barang-barang perhiasan dan sebagainya.

Elok muat botol yang tinggi pun pada bahagian atas. Sedap sikit mata memandang bila barang tersusun kemas dalam bekasnya dan terjaga dari habuk. 

Ambil gambar bekas je lah. Gambar selepas susun malas nak ambil. Boleh?