Hari yang ditetapkan telah tiba. Malam sebelum first surgery IOL-Intraocular Lens mata kanan, saya dah berdebar lain macam. Tak boleh tidur dibuatnya. Macam tidur-tidur ayam gitu.
Tak putus berdoa semoga Allah permudah segala urusan kami. Pagi tu gerak awal dah tapi jem pagi-pagi macam biasalah kan. Masing-masing bersaing dengan urusan kerja dan persekolahan.

Daftar
Mujur tak lambat sebab kena daftar untuk admission wad surgery antara jam 7.30am-8.00am. Staff pun dah telefon untuk remind kita. Sampai lebih kurang jam 7.40 macam tu dan terus daftar.Tak lama menunggu, staff pakaikan gelang putih dan kemudian staff lain bawa kami ke wad.


Day care ward
Untuk surgery ni saya tak bermalam di wad. Hanya day care je untuk minor surgery. Kalau bermalam dapatlah wad sorang tu. Masuk wad day care ada 4 katil.
Dapat katil tepi tingkap. Luas sikit mata memandang. Ambil kesempatan nak rehat. Nak sambung tidur.

Uniform pesakit
Dah siap-siap uniform hospital untuk disarung. Kita pertama kali masuk wad macam jakun sikit. Ingatkan tuala atas sekali tu, rupanya panties. Panties ni insurance tak cover tau. Kena bayar RM20. Boleh tahan mahal juga.
Check kesihatan
Baru nak lelap, nurse datang nak check blood pressure, gula dan tanya sikit sejarah kesihatan. Hadap je lah segala prosedurnya.Sarapan
Pagi-pagi dah dijamu dengan sarapan roti, butter dan jem.

Disediakan air panas dan thermos dan air sejuk dalam jug. Ada disediakan mug ni dapatlah bancuh air teh o tanpa gula.

Sebelum surgery
Sebelum surgery pergi ke klinik jumpa doktor dulu untuk tengok keadaan mata dan buat marking pada mata. Doktor kata surgery dalam jam 12 lebih macam tu.Nurse bagi ubat kapsul penenang dan tahan sakit sebelum surgery. Lepas tu suruh tukar baju siap-siap semua.
Makan tengah hari
Sempatlah menjamu selera bubur nasi, sup dan buah tembikai. Semua hidangan makan separuh-separuh dengan Encik Suami. Sedap bubur dan supnya. Walaupun bubur tu macam plain je tapi untuk diet sangat sesuai.
Perjalanan menuju ke dewan bedah
![]() |
| Selfie before surgery |
Encik suami mengiringi perjalanan ke dewan bedah. Sampai sini je lah boleh hantar pun. Lepas duduk dalam wad sebab nurse kata lama lagi.

Masa consult hari tu ada tanya doktor berapa lama proses bedah ni. Katanya lebih kurang 25-30 minit macam tu. Ohh tak lama. Sekali dah masuk dewan bedah ni lama ye. Kena menunggu proses sebelum tu macam-macam prosedurnya.
Sampai masanya ke dewan bedah yang sebenar tu kena tukar katil. Tukar selimut biru. Lebar katil muat-muat badan kita je. Rasa tangan ni macam nak terkeluar dari lebar katil. Macam tu rupanya ye. Maklumlah kita pertama kali.
Satu pengalaman yang mendebarkan betul. Tali baju belakang di buka. Di selak-selak baju tanpa rasa bersalah ye tampal pelekat wayar semua bagai. Aduh, kita ni terpaksa redha lah kalau dalam hal perubatan ni.
Sekeliling banyak mata memandang, masing-masing dah sedia untuk meneruskan proses pembedahan. Macam tengah berlakon dalam drama cerita dia.
Inilah rupa kanta multifocal yang saya pilih untuk penglihatan pelbagai jarak. Kanta ni akan dimasukkan ke dalam mata gantikan kanta yang sedia ada.
![]() |
| sumber : google |
Prosedur seperti di bawah. Kalau lasik prosesnya di atas kanta, luaran mata. IOL ni bawah mata. Begitulah...
![]() |
| sumber : google |
Semasa surgery
Siapa kata buat IOL surgery ni painless? Tipu! Sakit tahu. Walaupun sakit kecil tapi terasa sakitnya tu. Dibedah dalam keadaan sedar. Kita nak menahan mata statik tengok cahaya tu agak mencabar juga ye. Dalam hati ni macam-macam doa dan surah kita baca.
Tambah lagi bunyi mesin tu sampai doktor kata puan bernafas macam biasa je puan. Rileks. Kita pula nervous. Alhamdulillah penantian dibedah tu berakhir dan lancar. Legaaaa...
Sampai wad nurse kata tukar baju dan kena usung guna kerusi roda ke klinik jumpa doktor. Doktor nak check mata selepas bedah guna alat khas.
Selepas surgery
Sebelum bedah kemain sejuk lagi terasa. Lepas bedah, boleh berpeluh ye belakang kepala sampai tengkuk. Lepas bedah pun kena menunggu lagi, tunggu keadaan stabil mungkin. Lebih kurang 2 jam lebih jugalah.Sampai wad nurse kata tukar baju dan kena usung guna kerusi roda ke klinik jumpa doktor. Doktor nak check mata selepas bedah guna alat khas.
![]() |
| after surgery-tudung sarung je lah kita |
Minum petang
Masuk wad semula dah terhidang makanan petang. Sandwich dan butter. Sachet air teh. Malas nak buat air, bawa balik je lah. Kot nanti-nanti dah mengeteh dirumah.

Makan malam
Lepas tu barulah dapat berehat lelap seketika. Rasa macam baru lepas makan, makanan malam sampai pula. Kita makan je lah perut pun dah lapar. Set nasi, mushroom soup, buah epal hijau dan air mineral.
Set nasi ni sedap gila! Italian rice dan fish arabbiata. Yang kuning tu tak tahu buah/sayur apa. Macam spesis timun juga. Sedap rangup.

- Mata jangan kena air
- Kena solat duduk
- Wuduk pun kena pelan-pelan basahkan muka jangan biarkan air masuk mata
- Cuci rambut pun kena cuci ala di saloon gitu risau sabun masuk mata
- Jangan masak makanan yang bergoreng risau minyak masuk mata, masak rebus dan kukus je
Dan macam-macam lagilah yang doktor pesan. Kena kurangkan screen time juga.
Banyak aktiviti terbatas tak boleh lasak sangat. Paling penting kena jaga kebersihan dan kesihatan. Risau kalau ada kesan lain macam infection ke radang ke.
Pandangan memang kabur macam cermin frosted tu. Ambil masa untuk pandangan tu jelas. Doktor berikan ubat tahan sakit dan 3 titis ubat mata. Ada yang kena titis setiap 2 jam, 3 kali dan 4 kali sehari.
Kenalah ikut masa-masa yang ditetapkan tu kalau nak cepat baik. Mujur ubat tu semua tak memedihkan mata. Melembapkan dan memulihkan mata.
Discharged
Agak lambat juga saya discharge haritu. Hampir jam 9.00 malam jugalah. Orang terakhir yang balik dalam wad tu. Lama menunggu semuanya selesai.
Lagi dua minggu seterusnya baru sebelah kiri. Beberapa hari lepas surgery kena buat follow up dengan doktor check keadaan mata.
Jumlah kos : RM12 ribu lebih untuk surgery dan day care




39 Comments
Fuh...akak baca sambil ikut berdebar, seriau. Alhamdulillah semua berjalan lancar.
ReplyDeleteFiza ni kuat semangat, mampu buat braces dan sekarang buat IOL surgery pulak.
Nampaknya akak nak kena baca entri sebelum ni pasal IOL surgery Fiza.
Alhamdulillah semuanya lancar. Allah berikan saya kekuatan dan semangat menempuhinya. Braces tu tak ada apa sangat kak, sakit awal je. Lepas tu biasa je. Cuma ye lah, surgery ni kita first time jadi pertama kali rasa sakit tu tambah berdebar pulak tu kan.
DeleteAda dua post saya dah share sebelum surgery ni.
Alhamdulillah.. semoga penglihatan Fiza makin baik dan satu pengalaman berharga buat Fiza ..
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih Kak AJ. Betul, pengalaman baru yang sangat berharga dan saya sangat hargainya.
Deleteseram bila masuk dewan bedah... tukar katil je berapa kali... alhamdulillah, dah selesai semuanya
ReplyDeleteItulah tu. Terus jadi seram kan. Alhamdulillah semuanya lancar dan baik-baik je.
DeleteFuhhh seram nak bedah2 mata ni. Teringin nak buat lasik tapi tu la kena mengumpul ongkos dulu.
ReplyDeleteKalau lasik dia tak core sangat macam ni. Tak sampai 10 minit dah siap untuk lasik. Semoga ada rezeki Cie nanti buat lasik. Aamiin...
DeleteAkk bab² surgery/operation ni berdebar Fiza... Wpun 4x c-sec tetap la takut. Untung Fiza boleh makan2 dulu, agaknya sbb surgery dekat mata kot ye. Kalau nak bersalin tu, 12 jam sblm ops kena puasa sampai setel ops.
ReplyDeleteApapun alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Semoga cepat baik ye Fiza 🤲🏻
Benda yang kita seram kan kak. Sebab minor surgery kot dapatlah makan dulu. Kalau major surgery tu memang kena puasa sampai 12 jam kan. Air masak pun tak boleh rasanya. Syukur Alhamdulillah semuanya baik-baik je. Aamiin...Terima kasih kak.
DeleteTakut tak?
ReplyDeleteUncle kalau tang mata ni auto seriau!
Mestilah takut uncle. Kita ni buat-buat berani je. Bukan setakat mata je seriau. Semua berkaitan dengan surgery/operation kita auto seriau uncle.
DeleteSaya pernah masuk sewan bedah masa bersalinkan Dania melalui pembedahan. Suspens ya allah....turut terasa berdebar ni.....moga cepat proses sembuhnya ya.
ReplyDeleteBerdebar lain macam kalau masuk dewan bedah kan.
DeleteAamiin...Terima kasih kak Ezna.
***dewan
ReplyDeleteteringat wak buat lasik mata dulu, ooh ni terbalik dari lasik erk., semoga cepat sembuh cik azha ittewww., aminn
ReplyDeleteOhh wak ada buat lasik. Okay tak wak mata sampai sekarang? Orang kata kalau lasik nanti rabun tu selepas beberapa tahun ada kembali. Ye, terbalik. Lasik atas, iol bawah mata.
DeleteAamiin...Terima kasih wak.
Patut juga Aphizha menyepi daripada blog sebab faktor ini juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah sebelah mata sudah selesai.
Ye, banyak faktornya. huhu...
DeleteAlhamdulillah lepas sudah urusan sebelah mata.
Akak tumpang rasa seram baca cerita Fizah masuk operation mata ni. Alhamdulillah, selesai sebelah mata. Semoga cepat sembuh dan penglihatan bertambah terang hendaknya. Terima kasih atas perkongsian ya, banyak info akak tak tahu, jadi tahu.
ReplyDeleteAlhamdulillah selesai sudah sebelah. Aamiin...Terima kasih Kak Nur.
DeleteSama-sama.
Alhamdulillah dah selesai semuanya.
ReplyDeleteBab-bab mata pun seram juga huhu...
Take care Fiza dan semoga cepat sembuh.
Alhamdulillah...selesai sudah urusan pertama. Menanti urusan kedua pula nanti. Semua yang berkaitan dengan kesihatan tu sangatlah menyeramkan bukan mata je. huhu...
DeleteAamiin..Terima kasih kak.
Aduh Fizah! Kak Amie yang baca ni pun ikut terasa sakit mata. Syukurlah semuanya lancar. Moga cepat sembuh.
ReplyDeleteSayur yang warna kuning tu mungkin zucchini yang kulit warna kuning. Ada rasa macam timun sikit kan?
Seram uii Kak Amie. Kita tawakal je lah dan berdoa je lah semoga semuanya baik-baik je. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Aaamiin...Terima kasih kak Amie.
DeleteOoo ada jugak ek zucchini warna kuning. Saya ingatkan dia macam timun warna hijau je ada. Betul, macam timun jugak rasa dia. Terima kasih kak Amie.
Syukur semuanya berjalan lancar. Berdebar debar rasa masa baca dari awal hingga akhir.
ReplyDeleteAlhamdulillah..syukur sangat.
DeleteSaya lagi berdebar. huhu...
shafakillah. alhamdulillah lancar operation mata u tu :)
ReplyDeleteAlhamdulillah...dengan izin Allah semuanya dipermudah.
DeleteKSarie membaca entry ini sambil menahan nafas sebab tumpang sama berdebar dengan Fiza. Alhamdulillah telah selamat semuanya tinggal hendak melalui tempoh penyembuhan. Semoga selamat semuanya ye
ReplyDeleteAlhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Allah permudah segala urusan. Ya, sedang melaluinya fasa penyembuhan dan kerasian dengan kanta baru.
DeleteInshaAllah...Aamiin...Terima kasih KakSarie.
oh patutlah haritu lama kak fiza menghilang. kena rehatkan mata dari screen. aduh ngerinya saya baca kena bedah mata dalam keadaan sedar tu! semoga cepat sembuh!
ReplyDeleteBanyak hal sebenarnya berehat seketika tu. Ya, dalam sedar tu yang macam...aduhaiii...kenapalah kena sedar. huhu...
DeleteAamiin...Terima kasih Mazni.
Tertinggal keretapi pasal ni tapi tahu sebelum ni Fiza ada cakap nak buat iol's ni. Berdebar-debar baca pengalaman Fiza ni, sangat bagus ada yang kongsi begini.
ReplyDeleteHihi...Dah 2 minggu berlalu. Alhamdulillah semuanya lancar.
DeleteSenang cerita sini simpan sini.
Oh pahaaaam saya. Jadi ini tak sama dengan lasik yaaa. Baru tahu loh kak. Ada juga yg IOL ini. Tp setelah baca cerita kakak, memang saya makin tak berani 😅😅😅😅. Dah laaah saya tetap pakai kacamata saja dulu 😂😂. Apalagi saya jenis orang yg suka aktifitas lasak.
ReplyDeleteEh berapa hari yaa tak boleh kena air dan beberapa pantangan tadi?
Ya, tak sama dengan lasik. Ya, saya rasa macam baru juga. Sebelum ni tak pernah tahu pun. Lens pun dah ada pelbagai. Hihi..terus tak berani ye. Maafkan saya buat Fanny takut. Untuk permulaan ni tak boleh lasak sangat. Dah betul-betul okay nanti bolehlah aktif sikit.
DeleteBoleh kena air cuma kena berhati-hati jangan asmpai masuk dalam mata. Seminggu macam tu untuk pastikan tak ada infection atau radang.
dub dab dub dab bila saya baca sampai akhir...
ReplyDeletedah mcm sy laa pulak yg nak kena operate...
ngeri bila fiza ckp operate dlm keadaan sedar...
waduhhhhh
syafakillah...
Yang melaluinya lagi seram Anies. Risauuu...
DeleteTerima kasih Anies.