Susah ye nak cari roti Gardenia Gourmet Selections ni. Dulu pernah beli yang merah Bonjour tu tapi sekarang macam dah tak kelihatan. Biasanya akan jumpa yang hijau sommerset cottage ni je.
Bila semak di website, rupanya hanya ada Sommerset Cottage ni je. Patutlah pun dah tak nampak yang lain. Stop production lah maknanya kan.
Tak semua kedai dan pasaraya ada ambil roti ni. Tapi kalau roti ni ada, inilah pilihan utama. Kalau tak ada, ambil yang jenis petak bungkus warna hijau atau ungu tu 100% wholegrain. Mana yang terbaiklah ye.

Saya suka jenis tekstur roti yang ada grains & seeds. Dia tak lembut sangat, tak keras sangat. Sedang-sedang je. Kalau buat sandwich tu, sapu butter dan bakar sekejap atas pan.

Buat telur dadar, letak butterhead salad, hirisan timun dan tomato cherry pun dah cukup. Perasakan dengan any sauce kegemaran.

Roti ni lagi sedap dibakar dengan butter. Bertambah rangup dan aroma butter tu menaikkan lagi selera. Kenyang makan 2 keping roti bersama bahan-bahan lagi tu. Sesuai dijadikan sebagai hidangan sarapan pagi atau malam.
Makan begitu je pun sedap. Kalau malas nak sediakan telur dan sayur bagai, sapukan dengan jem kegemaran pun sedap juga.
Makan begitu je pun sedap. Kalau malas nak sediakan telur dan sayur bagai, sapukan dengan jem kegemaran pun sedap juga.
Harga : RM5.50
10 Comments
Tak pernah nampak pun roti ni Fiza. Baru lagi agaknya ya..
ReplyDeleteTapi kan, kalau di Perlis ni memang bukan semua produk sampai sini.
Yang ni dah lama jugak kak Ujie. Tapi tulah cepat habis selalunya. Eh, boleh pulak macam tu tak semua produk sampai. Perlis bukan macam Sabah Sarawak terpisah dari semenanjung. Ishhh tak patut betul.
DeleteSemlm MZ nampak ada roti ni kat aeon big wangsa maju..cuma due date dh dekat, mcm lg 2 hari akan expired, so MZ tak beli laaa...lg pun ahad ni nak fly cuti2 msia so takut membazir if beli roti tak sempat nak mkn
ReplyDeleteKalau macam tu eloklah tak beli. Nanti ditinggalkan membazir pula. Ohh nak fly dah. Selamat bercuti.
Deleteoooowh thank you Fiza, review sekeping roti tu.
ReplyDeleteada ternampak chinese suka beli di rak roti pasaraya area rumah kita.
nanti kita nak cubalah. sebab yg hijau ungu tu, kureng sikit for me.
Sila cuba okay, buat any sandwich pun sedap. Yang ungu tu kurang sikit, hijau tu okay lagi kot.
Deletesedapkan roti ni? sesuai utk org yg nak berdiet...
ReplyDeleteratah mcm tu pun dah sedap
Betul, makan gitu pun sedap. Ya, lulus untuk orang yang berdiet ni.
DeleteBetul... Susah betul nak cari roti ni.. Kedai or hypermarket biasa pun belum tentu ada..
ReplyDeleteKann..mungkin dia hantar di kawasan tertentu je.
Delete