Dua hari selepas IOL Surgery mata kiri, kena datang follow up untuk check mata. Kali ni tak ada drama mata. Mata baik-baik je cukup behave. Cuma hujan di pagi hari, kenalah kita berjaga-jaga jangan bagi kena air hujan. 

Pakai cermin mata hitam sebagai pelindung. Risau jugalah kalau termasuk habuk. Mata belum habis pantang lagi. Kalau luka lagi naya.

Follow Up Post IOL Surgery Mata Kiri

Proses pendaftaran yang cepat, terus pergi ke klinik. Lif lengang, selfie dulu. Pantang nampak cermin eh. Merasmikan cermin mata hitam baru. Pakai selipar sarung je sebab klinik tu kena buka kasut. 

Follow Up Post IOL Surgery Mata Kiri

Saya pesakit kedua. Tak lama menunggu giliran. Waktu sampai pun pesakit dah ada kat dalam dan kami je tinggal yang tunggu di luar. 

Follow Up Post IOL Surgery Mata Kiri

Doktor check penglihatan jarak jauh dan dekat. Alhamdulillah dapat baca jauh dan dekat. Cuma kabur-kabur tu masih ada lagi, tak betul-betul sharp lagi. Ada jugalah beberapa angka yang salah baca sebab terlalu kecil, confused 3 ke 8? 5 ke 6? Begitulah...

Tekanan mata kedua-dua belah okay, normal. Mata kiri pun dah tak ada power. Jadi, secara rasminya saya tak perlu pakai cermin mata yang ada power tu dah. Sekarang proses penyembuhan dan kena adapt dengan kanta baru dalam mata. 

Aktiviti masih lagi terhad. Masih perlu solat duduk. Tak boleh tunduk, tak boleh angkat berat. Masak tu saya dah masak goreng-goreng dan tumis. Pakai je lah safety glass yang baru sampai, saya order di TikTok. Masak yang ringkas dan cepat je lah mampu. Tak boleh berlamaan di dapur.

Kena pastikan titis ubat dalam mata ikut masa yang ditetapkan. 4 jenis ubat tu. Ada yang pahit-pahit lalu kat tekak. Ubat tahan sakit pula kalau makan, boleh terlelap seharian dibuatnya.

Saya tanya doktor boleh angkat dumbell atau kettle ball tak? Buat masa ni tak boleh angkat lagi. Lebih baik tunggu sebulan dua macam tu. Dah tak sabar nak angkat berat ye? –doktor.

Baiklah doktor, kita rehat dan tenang-tenang dulu dalam proses pemulihan ni. Kesihatan nak kena jaga juga.

Pagi ni cuaca mendung. Macam nak hujan. Harapnya hujan tak berterusan. Beberapa tempat dah naik air dan banjir.

Doa ketika hujan
Daripada Aisyah R.A berkata, Adapun Rasulullah ketika melihat hujan :

اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya : “Ya Allah, Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.”
Riwayat al-Bukhari, 1032

Dalam setiap titisan hujan ada rahmat yang menyucikan bumi. Namun, jangan lupa untuk memohon perlindungan daripada musibah dan bahaya yang mungkin datang bersama. Jadikan doa ini sebagai perisai agar hujan membawa kebaikan, bukan kemudaratan.