Stok sambal kicap dah habis, stok sambal geprek pun hampir licin. Boleh pula sama-sama berpakat nak licin ye. Terpaksalah buat stok untuk dua jenis sambal ni. Kalau tak ada nanti tak lalu nak makan. Saya kan pempedas.
Sambal geprek
Tomato tak ada, saya olahan tanpa tomato. Sebelum ni pernah buat juga. Nampaknya versi tak ada tomato lagi sedap sebab lagi pedas. Tomato tu saya gantikan dengan pes asam jawa sikit. Bahan yang wajib ada cili merah Thailand super pedas, bawang rose dan bawang putih sahaja. Perasakan dengan garam sikit dan juga gula sikit.resipi sambal geprek versi ada tomato
Cara penyediaan
Saya rebus dulu cili, bawang putih dan bawang rose. Bila air dah kering angkat dan toskan. Kalau malas tunggu air kering, boleh je angkat dan toskan. Panaskan minyak dan goreng kejap cili dan bawang. Biar ada kesan macam menggoreng sikit. Lepas tu baru kisar tambah air sikit.Panaskan semula minyak tadi dan masukkan semula bahan yang dikisar tadi. Masukkan pes asam jawa, garam dan gula. Biarkan pecah minyak baru tutup api dan sejukkan dahulu sebelum masuk bekas.
Masa tunggu masak pecah minyak tu pastikan rajin mengacau, jangan sampai hangit melekat pada dasar kuali tu. Nanti ada rasa hangus pula.
Sambal kicap
Cili api dan bawang putih je bahan dia. Perasakan dengan garam dan gula sikit.Cara penyediaan
Bakar kejap bawang putih, saya guna 2 ulas je sebab buat sikit sebekas tu je. Cili api saya rebus bagi masak supaya tak sakit perut. Dah masak, kisarkan bersama dengan bawang putih yang di bakar tadi dan juga tambah kicap. Jangan tambah air.Boleh letak garam dan gula sekali dalam pengisar. Atau nak letak selepas kisar pun boleh. Masuk dalam mangkuk dan biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas bertutup.
Cara macam ni sambal akan lebih tahan lama. Kalau sambal geprek tu lebihkan sikit minyak pun takpa untuk tahan lama. Minyak tu nanti tak payah lah makan. Cedok sambal je.
Siap sudah stok sambal geprek dan sambal kicap cara saya. Ada orang suka tambah limau kesturi dalam sambal kicap tapi saya tak suka. Macam ni pun okay dah, mudah dan sedap.
44 Comments
Bagus buat stok gini kan, nak makan just ambil je. Kadang takde idea nak masak, bole je goreng telur atau ayam/ikan regu dgn sambal ni kan...
ReplyDeleteMemudahkan kerja kita nak sediakan makanan dengan cepat. Ye betul, ada sambal ni goreng lah ikan ke ayam ke, regu dengan sambal ni dan ulam. Dah siap.
Deleteyeay...boleh cuba buat la sambal2 ni..senang kan x yah nak buat selalu..
ReplyDeleteBuat kak, ada stok senang tak payah nak ulang-ulang buat setiap kali nak makan.
Deletesenang ada stock camni...kt umah ni MIL yg slalu buat stock tp sambal belacan or sambal kicap
ReplyDeleteBetul tu. Stok sambal belacan saya tak pernah buat lagi. Biasa buat 2 sambal ni je dan tahan lama kalau simpan tu.
DeleteBagus ada sambal mcm ni...nak guna cedok jer...
ReplyDeleteBetul, senang. Makan dengan ikan goreng/ayam goreng dah siap hidangan makanan kita.
Deletekalau pempedas memang kena ada stok sambal kat rumah kan, baru selera ye dak :)
ReplyDeleteBenar sekali kak AJ. Pedas ni buat bertambah selera makan.
DeleteNampak macam rumit jugak buat sambal geprek tu. Kalau buat sendiri boleh ikut cita rasa sendiri. Akak beli siap tapi rasanya tak berapa kena selera.
ReplyDeleteUntuk sambal kicap, akak pun masak dulu dengan cara menggoreng bawang putih dan cili api. Kalau guna yang mentah, rasanya tak sesedap yang dah dimasak.
Ye, rumit kalau cara saya. Kena rebus, goreng, kisar dan masak semula. Nak bagi sedap, tahan lama dan elok masaknya. Betul, ikut selera sendiri. Pernah beli siap siap. Ada yang menepati selera tapi kosnya macam mahal kalau beli selalu. Kita ni dahlah pempedas kan. Kenalah buat sendiri.
DeleteBetul, kalau sambal kicap mentah rasa kurang sikit dan tak tahan lama kan.
dua2 sambal sedap.. bertambah selera makan.. ^^
ReplyDeleteKann..Alhamdulillah
Deletesambal geprek lagi pedas lagi best.. teringat makan nasi gepret di medan, pedasnya mak datuk..
ReplyDeleteSemestinya best kalau pedas. Tapi jangan berapi sangat nanti makan sambil menangis. hihi...
DeleteMakan habis tak level pedas macam tu?
Bagus ada simpanan macam ni. Senang kerja nanti. Bila diperlukan, boleh terus guna.
ReplyDeleteSangat menyenangkan. Ready to eat je dengan apa-apa makanan lain yang sesuai especially yang bergoreng.
DeleteBekenan la balang simpan sambal tu.... comel
ReplyDeleteBeli kat IKEA dekat rumah uncle tu. Beli yang saiz kecil untuk sambal ni. hihi...
DeleteSaya juga sukaaa pedas. Kalo makan tak pakai sambal macam ada yg kurang 😄. Makanya saya pun suka stok sambal kak. Sambal bawang, yg biasa dipakai utk ayam geprek di sini. Tp jarang buat sendiri. Soalnya banyak dijual hahahah
ReplyDeleteYa, harus pakai sambal baru enak. Lagi senang terus beli je kalau ada yang kena dengan selera.
Deletebuat stok banyak2, pastu boleh makan bila2 nak. senangg
ReplyDeleteBetul tu. Biasanya saya buat stok sikit-sikit je untuk 2 minggu macam tu.
DeleteSambal jadi pemangkin selera
ReplyDeleteBetul tu wak.
DeleteRajin nyaa.... ini kalau ada kat rumah tak yah la nak berperang sangat lepas balik kerja.. goreng telur pastu makan dengan nasi panas2.. huhuuu :D
ReplyDeleteNak tak nak kena rajin juga. Nanti tak ada sambal macam tak lengkap hidangan tak ada yang pedas. Ye betul, begitulah caranya. Senang kerja masak.
DeleteSenang ada stok kan, boleh terus makan. Suka sambal ni walaupun agai pedas, thanks for sharing resepi ni Fiza.
ReplyDeleteBetul, senang ada stok sambal. Pedas-pedas pun cepat juga habisnya kadang. hihi...Sama².
DeleteCantik molek kedua-dua sambal duduk di tempatnya, sesuai sangat bekasnya. Saya pun macam Fizah...pempedas. Tak lengkap rasanya kalau tak ada rasa pedas waktu suap makanan ke mulut.
ReplyDeleteHihi..jiran sebelah menyebelah kak Amie. Itulah tu, tak lengkap kalau tak ada sambal.
DeleteStok sambal macam ni molek ada di rumah sebab boleh makan bila-bila masa kot termalas masak ke apa ye. Fizah ni memang rajin sungguh masak memasak ye. Hats off daripada KSarie yang memang terpleot bab memasak ni. Kalau dekat minta Fizah buat extra sambalnya nak beli😅
ReplyDeleteBetul, wajib ada untuk tambah selera makan dengan menu yang boleh dipadankan. Hihi..kena masak kalau tidak lapar nanti. Tapi kalau jemu, ke kedai juga jawabnya. Tapi bukanlah pandai masak sangat.
DeleteSegan pulak kita. Terima kasih KakSarie. Hihi...jauh pulak.
aaa rajin sangat. comel je tempat simpan sambal pun, cam tuan empunya nya.
ReplyDeletekita simpan sambal kicap ja, sambal geprek tu tak reti nak mkn cemana. nak sambal belacan, beli nasik kukus ayam berempah dapat sekali, pastu simpan ja. lagipun kita seorang ja yg makan.
Kena rajinkan diri juga. Kalau tak ada stok sambal tak best makan nanti. Makan je macam sambal biasa. Buat cicah ikan atau ayam goreng gitu. Ooo kalau sorang makan macam malas juga nak buat kan. Lainlah kalau ramai yang makan dalam rumah tu berbaloilah juga. Faham faham...
Deletenak cedoklah resepi sambal geprek tu. haritu ammi buat sambal ayam penyet versi internet...tapi mcm hmmm tak jadi pulak. Sedap tapi tak sama mcm yang versi kedai
ReplyDeleteSelamat mencuba Ammi. Dia kena masak lama tu, ambil masa sikit nak buat. Nanti cubalah kot menjadi ke kan.
DeleteMZ sambal lover yayyyyy tp MZ beli ajerrr MZ selalu ada stok sambal nyet KA tu kat rumah (dlm fridge)
ReplyDeleteKalau tak sempat nak buat, beli je senang mana yang kena dengan selera.
Deletehabis laa sy kalau ada stok sambal gini... diet ke laut dalammm🤣
ReplyDeletehihi..nasi sikit, ratah lauk dan sambal juga ulam. Okay dah tu.
DeleteBuat stok sambal geprek & sambal kicap hari ni… siap sedia untuk semua meal
ReplyDeleteYa, memudahkan penyediaan makanan di hari-hari mendatang.
Delete