Hari Ahad haritu makan lewat sikit. Ingatkan nak beli bungkus je makanan tapi kedai tu tutup pula. Lepas tu rasa macam nak makan nasi khao mok yang sedap tu je tapi hari Ahad katanya tutup. Tergerak hati nak tengok akaun TikTok LaPaROTI. Rupanya Ahad buka. Tutup hari Isnin. Jomlah kita!

Bila parkir penuh tu maknanya apa? Maknanya orang ramai. Kami masuk je lah, kot ada yang kosong nanti kira rezeki lah. Kalau tidak bungkus saja. Beratur untuk pesan makanan. Sistem pesanan di sini pesan dan bayar di kaunter. Nanti akan diberikan nombor meja.

Air kosong bersama lemon dan daun pudina dalam water dispenser tu percuma je. Ambil sendiri. Kami ambil dua gelas lepas buat pesanan dan terus ke meja.
Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Beli juga kopi hazelnut latte versi sejuk.

Air kosong/ masak tak dilupakan yang kami ambil 2 gelas tadi. Cuaca tengah panas, nak air sejuk-sejuk je.

Hidangan makanan sampai agak lambat juga tapi taklah lambat sangat. Kami pilih 2 hidangan nasi khao mok. Senang pilih menu yang sama cepat sikit kan. Sebelum ni pernah makan nasi lemak dan mi kari.

Lagi syok makan nasi khao mok ni di tepi sungai LaPaROTI ni. Makan perlahan sambil menikmati permandangan sungai.
10.00am - 6.30 pm

Kak SA, nanti bolehlah makan kat sini sebab hari Ahad buka ye. Lepas solat zohor kami terus gerak ke LaPaROTI. Parkir penuh di sebelah sana, mujur ada ruang parkir satu bertentangan dengan kedai ni tepi rumah depan. Tak mengganggu lalu lintas okaylah.
Bila parkir penuh tu maknanya apa? Maknanya orang ramai. Kami masuk je lah, kot ada yang kosong nanti kira rezeki lah. Kalau tidak bungkus saja. Beratur untuk pesan makanan. Sistem pesanan di sini pesan dan bayar di kaunter. Nanti akan diberikan nombor meja.
Pilihlah nak duduk di mana dan letakkan nombor tu atas meja senang mereka boleh nampak untuk hantar pesanan nanti.

Air kosong bersama lemon dan daun pudina dalam water dispenser tu percuma je. Ambil sendiri. Kami ambil dua gelas lepas buat pesanan dan terus ke meja.
Ada beberapa meja kosong. Kami nampak ada meja kosong tepi sungai dengan tiga tempat duduk. Jomlah duduk di situ je jauh sikit dari orang ramai dan dapat permandangan betul-betul tepi sungai.

Sebelum ke tempat kami duduk tu ada buaian. Bolehlah nak duduk buat bergambar. Nak main tu saya tak pasti selamat ke tidak. Risau hanyun laju ke sungai terus nanti.

Tak lama menunggu, pesanan kami pun sampai. Beli juga kopi hazelnut latte versi sejuk.

Air kosong/ masak tak dilupakan yang kami ambil 2 gelas tadi. Cuaca tengah panas, nak air sejuk-sejuk je.

Hidangan makanan sampai agak lambat juga tapi taklah lambat sangat. Kami pilih 2 hidangan nasi khao mok. Senang pilih menu yang sama cepat sikit kan. Sebelum ni pernah makan nasi lemak dan mi kari.
Motif datang sini pun sebab nak makan nasi khao mok kan. Dihidangkan dalam pinggan stainless steel. Tudiaa haih penuh pinggan.

Lagi syok makan nasi khao mok ni di tepi sungai LaPaROTI ni. Makan perlahan sambil menikmati permandangan sungai.
Kalau makan di sini pun nasinya banyak. Jenuh juga saya nak habiskan. Tapi sebab lapar, habis licin kami makan sepinggan sorang. Alhamdulillah...
Lokasi LaPaROTI
Lot 8068, Batu 2, Jln Jelebu, Taman Setia Jaya, 70400 Seremban, Negeri SembilanWaktu Operasi
Selasa - Ahad (ISNIN TUTUP)10.00am - 6.30 pm
32 Comments
Ni sama kan dengan nasi khao mok yang Fiza tapau sebelum ni? Memang betul² sedap tu sampai me-repeat member, hihi. Ialah, takut juga nak berayun kat buai tu. Kot terhumban dalam sungai, sakit dapat, malu pun dapat, hahaha.
ReplyDeleteYe, betul sama. Repeat sebab sedap. Lagi satu nak makan tepi sungai. hihi...
DeleteMalu tu okay lagi, kalau terhumban dalam sungai nayaaaaa.
Haaa...kan bagus buka Ahad...nanti akak pi sini..kena tunggu Nia balik...
ReplyDeleteKann..Ahad lagi ramai orang memang patut buka. Selamat menjamu selera kak.
DeleteSambil makan sambil menikmati pemandangan sebab tu habis nasi sepinggan...
ReplyDeleteHihi..itulah tu, sangat menikmati dan makan perlahan-lahan.
Deleteramainya orang Q, air hazelnut mengoda sangat hahhahahhaha
ReplyDeleteYa, tapi tak panjang sangat. Okay je beratur. hihi.. air hazelnut coffee boleh tahan juga. Sedap minum sejuk tengah panas ni.
Deletetempat mcm tersorok tapi ramai... apa maknanya tu?
ReplyDeletesedaplah kannnn...
tgk portion pun... kusss semangat ;-)
Tersorok sikit sebab tepi sungai kan. Kawasan perumahan taklah nampak tersorok sangat. Kalau ramai confirm sedap, itulah maknanya kan. Porsi dan rasa puas hati.
DeleteWalaupun air kosong tapi ada lemon dan daun pudina tu yang buat nampak menyegarkan.
ReplyDeleteAlhamdulillah, habis makan sepinggan nasinya. Kalau saya tak tergesa-gesa ada urusan, memang suka makan santai-santai sampai habis. Lagilah Fizah di tempat begini, memang syoklah makan berdua.
Benar tu kak Amie. Bagus juga tuan kedai letak lemon dan pudina.
DeleteAlhamdulillah habis makan perlahan sambil menikmati suasana. Seronok berlamaan di tempat macam ni.
Bertambah sedap la makan sambil dengar bunyi air sungai tu... Memang layan la kan
ReplyDeleteKurang sikit bunyi airnya sebab tak deras mengalir. Dia tenang je. Layankan permandangannya juga.
DeleteUishh macam banyak je portion. Larat ke habis sorang tuu 👀
ReplyDeleteMemang banyak. Makan perlahan lahan sampai habis. Sembang sembang tahu tahu habis.
DeleteKalau sedap memang repeat la kan. Kena tekak & selera.
ReplyDeleteHaruslah kita repeat kalau sedap.
Deletepernah pergi tempat ni...tapi bukan rezeki kami. sampai je sini hujan lebat jadi macam malas nak turun berkecah-kecah
ReplyDeleteKena datang lagi tu Ammi, mana tahu ada rezeki Ammi pulak makan-makan kat sini.
Deletelama tk makan nasi khao mok ..sedap tu
ReplyDeleteMemang sedap nasi khao mok ni. Nanti-nanti bolehlah mencari. Kalau ke Seremban, boleh singgah di LaPaROTI.
DeleteDah beberapa kali terbaca nasi Khao mok. Tp saya belum coba. Ke Thailand pun tak perasan ada menu ini 😄😄. Best nya kak, makan tepi sungai. Macam piknik kan 😍😍
ReplyDeleteSetakat ni baru 2 post saya cerita Nasi khao mok. hihi...Ya, seronok makan tepi sungai.
DeleteSuka kan environment di sini .. kalau datang chill chill mesti best ni :D
ReplyDeleteEnvironment dia best sebab nature dan vibes kampung. Tapi tak boleh nak chill sangat kalau ramai. hihi..
Deletemakan merangkap healing.
ReplyDeleteYa benarrr.
Deletecute betul nama cafe ni hahahh
ReplyDeleteSenang ingat juga kan.
DeleteMengoda tengok ayam goreng tu
ReplyDeleteAyam dia bukan setakat menggoda tapi sedap. Rangup diluar lembut dan juicy isinya.
Delete