Kenangan Coffee dan seketul Fiza ni tak dapat dipisahkan. Dulu setia dengan jenama mahal S. Sejak boikot kita beralih arah kepada Kenangan Coffee sejak dah masuk Malaysia. Sekarang dah banyak cawangan senang nak membeli.

Di Seremban je dah ada 3 cawangan iaitu di Seremban Gateaway, Bandar Prima Senawang dan berdekatan Centrio Seremban 2. Paling rajin singgah di cawangan Bandar Prima Senawang lah. 

Kenangan Coffee X Kapten Batik

Order siap-siap melalui apps dan gerak untuk pick up. Sampai-sampai dah siap untuk pick up. Senang je tak perlu nak menunggu. 

Kenangan Coffee X Kapten Batik

Kenangan Coffee X Kapten Batik

Sempena Hari Kemerdekaan, Kenangan Coffee ada buat kolaborasi merchandise bersama Kapten Batik. Ada macam-macam jenis merchandise edisi terhad yang eksklusif. Boleh dapatkan di mana-mana cawangan selagi stok masih ada. 

Antara merchandise Kenangan Coffee X Kapten Batik

  • Lanyard Set
  • Meadow Yellow Tote Bag
  • Meadow Yellow Tumbler 590ml
  • Charcoal Cherry Pocket Tee
  • Ocean Blue Bottle 20oz
  • Coral Mint Scarf

Tentang harga dan syarat tu kenalah tengok di media sosial Kenangan Coffee. 

Saya tak membeli merchandise, beli kopi je. Macam biasa beli hazelnut latte, caramel latte dan air sejuk matcha latte. Tapi dah habis awal dalam kereta, tak ada dalam gambar. 

Beli kopi panas dapat cup holder dan beg kertas bertemakan kenangan Coffee X Kapten Batik. Cantik motif batiknya. 

Siapa peminat batik jenama Kapten Batik dan nak dapatkan merchandise tu silalah ke Kenangan Coffee berhampiran segera. Siapa cepat dia dapat.