Scrambled Eggs

Sunday, February 01, 2015

Kalau pepagi nak buat breakfast paling cepat,mudah dan sedap boleh buat Scrambled Eggs. Boleh makan macam tu je ataupun letakkan dalam roti. Nak buat menu lunch ke dinner pun boleh. Budak budak pun suka makan telur kan. Jemu asik goreng je kita buat Scrambled Eggs lah pulak.

Kalau Fiza buat Scrambled Eggs suka letak mayonis dan black pepper. Memang sedap. Gebu dan ada pedas² black pepper tu yang buat tambah selera. Takdelah semata² telur je.



Tak susah pun..pecahkan telur campurkan mayonis dan pepper. Lepas tu kacau je adunan tu. Panaskan minyak dan masukkan adunan lepas tu kacau je sampai pecah² dan biarkan masak kejap. Dah siap! Cicah dengan sos lagi sedap kan?

12 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.