Kumpul Duit Syiling

Thursday, February 12, 2015

Duit Syiling kalau letak dalam purse memang buat jadi berat dan paling tak bagusnya boleh merosakkan purse. Kenapa? Sebabnya kalau banyak sangat syiling tu sampai nak zip atau butang pun tak boleh jadi koyak purse tu. Oleh sebab tu style Fiza suka kosongkan purse tanpa duit syiling. Kalau lepas shopping ada duit syiling letak dalam kereta sikit untuk bekalan in case kalau emergency untuk bayar parking dan sebagainya.

Kalau tak, lebih suka kumpul duit syiling dalam tabung kat rumah. Tapi sekarang tak guna tabung dah. Lebih suka guna balang kaca simpan duit syiling. Lepas tu boleh jadikan perhiasan sekali dan sumber semangat untuk menabung sebab nak tengok duit tu penuh satu balang tu. Untuk keselamatan boleh masukkan barang lain sekali seperti shredded paper dan letakkan bunga sebagai perhiasan. Cantik juga.


Guna balang ni lebih mudah lah kot pada Fiza untuk ambil dan pantau penambahan duit syling. cewahh.. tapi kalau ada anak janganlah buat camni. Takut anak kecil ambil buat main dan masuk mulut. Bahaya tu. Takpun kalau anak bersekolah nanti ambil duit belanje lebih pulak..hihi..


Ikut masing masing² lah kan cara yang terbaik simpan duit syiling. Lagi satu simpan dalam ni senang nak ambil untuk kira nanti. Kalau dulu menabung syiling je dapat RM3++ lebih. Dalam tak sedar banyak juga jumlahnya kan. So rajin² lah menabung walaupun duit syiling. Sikit² lama² jadi bukit.



24 comments

  1. saya pun menabung duit syiling ni..kalau kemas umah, confirm jumpa syiling...langsung xfikir panjang, terus masukkan dalam tabung...husband pun dah biasa bila syiling yang dia letak kat atas meja tiba2 lesap...hehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sampai sekarang masih menabung duit syiling..baru tahun lepas tukar kat bank,hehehe..ni start kumpul balik macm biasa la...

    ReplyDelete
  3. fizah, akak pon suka balang berwarna mcm kat atas:)
    duit syiling bersepah2 dekat rumah jd mainan
    masuk tabung keluar tabung jd mainan anak2 akak..

    ReplyDelete
  4. saya suke menabung sejak umur 7 tahun smpai sekarang duit tu xpernah guna , cukup 200 saya bankin , semua adik beradik mcm tu , dah jadi hobi kami menabung , yes menabung cara terbaik ,

    ReplyDelete
  5. Akak pun letak dalam balang..jangan letak kat bawah..takut pecah kena anak2..akak letak atas peti ais...hehehh....tinggi..diaorang tak boleh capai..

    ReplyDelete
  6. BETOL..KALAU G BANK..KDG2 DPT FREE TABUNG..ADIK SUKE..HEHE..SMPAI PENUH TABUNG.. letakk dlm handbag pulak....he heeee..saje tak bank in....

    ReplyDelete
  7. Ena pun tengah kumpul duit syilling sekarang.. mula2 memang tak boleh.. lelama dah jadi habit hehehe

    ReplyDelete
  8. macam comel je duit syiling benanyak tuh...
    sekali sekala tukar duit mau dapat beratus..tapi kena disiplinkan diri, bukan tukar n berbelanja...ops!!!

    ReplyDelete
  9. Sama laaa fiza .suami kak lya simpan dlm balang kaca jugak tp jenis tggi..sekarang dah ada rm500..dah tiga pat kali jugak masuk bank ank2..

    ReplyDelete
  10. Ank2 pon suka menabung...blk sekolah jer mesti letak duit baki dalam tabung ..

    ReplyDelete
  11. Betul.. asl dpt duit syiling pas beli brg mst terus masuk tabung. Berat je nk simpan dlm purse

    ReplyDelete
  12. kumpul sikit-sikit lama-lama jadi bukit,

    ReplyDelete
  13. bagus menabung nih, dapat membantu bila susah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.