Resepi Bergambar Oreo Cheese Cake

Friday, February 13, 2015 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia

Resepi bergambar oreo cheese cake ni dapat dari anak buah. Kononnya nak buat cheese cake tapi tak tahu bila nak buatnya jadi simpan dulu dalam blog senang nak mencari nanti. Sesiapa nak  mencuba,silakan..


RESEPI OREO CHEESE CAKE

Bahan Base
1 Paket biskut Oreo (di asingkan cream tengahnya)
50g butter

Cara²
1. Biskut di hancurkan sehingga halus.
2. Cairkan butter  dan masukkan biskut. Gaul rata.
3.Tekan adunan ke lantai loyang padat² kemudian simpan dalam peti sejuk. Base kek dah siap!

Bahan Filling
200g whipping cream
250g cream cheese
70 g (1/4 cawan) susu pekat manis
50 g 1/4 cawan) gula castor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk gelatin ( masukkan gelatin ke dalam 2 sudu besar air panas. Kacau hingga gelatin larut)
1 Paket biskut oreo (dipecah² kan tapi tidak terlalu halus)

Cara²
1. Putar cream cheese, susu dan gula hingga kembang.
2. Masukkan whipping cream,esen vanilla dan gelatin yang telah dilarutkan. Putar hingga sebati.
3. Cream  di bahagian tengah biskut tadi boleh dimasukkan sekali dalam adunan dan diputar sekali.
4. Masukkan biskut yang telah di hancurkan tadi dan gaul rata tanpa menggunakan mixer.
5. Tuangkan filling yang telah siap ke atas base
6. Sejukkan dahulu sekurang²nya 3-4 jam atau semalaman supaya lebih padat berkrim.


14 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.