Blog Diserang Malware Lagi

Tuesday, February 24, 2015

Ini kali kedua Blog Diserang Malware sejak semalam. Dulu disebabkan banner busuk tu. Lepas remove terus okay. Sejak kejadian tu memang tak letak dah banner tu. Pelik pulak kenapa malware menyerang kembali.


Puas dah dok google segala tutorial remove malware ni tapi tak jugak settle. Sudahnya tanya dengan pakar je la Bro Hasrul Hassan ni. Bila dah cuba tak menjadi, kena rujuk pakar lah nampaknya. Sembang punya sembang, katanya dari iklan yang live di blog.

So buat sementara ni kenalah remove iklan yang tidak sepatutnya ada dalam blog. Lepas dah okay bolehlah letak semula. Itulah kan, dalam diam je dia menyerang. Serangan malware ni berpunca dari banyak sebab. Nak ikut tutorial pun kena tahu dulu puncanya dari mana.

Alhamdulillah..lega sikit rasanya. Kalau tak, risau betul kalau malware masih ada.


12 comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.