Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Pokok Kaktus

Pokok Kaktus pokok yang senang nak tanam dan jaga sebab tak perlu siram air setiap hari. Selain tanaman orkid, mak Fiza suka jugak tanam kaktus sampai boleh buat kombinasi kaktus dengan bunga biasa. Nampak cantik je jadinya. Next entry Fiza akan tunjukkan. InshaAllah...
Kaktus merupakan sejenis pokok atau tumbuhan daripada famili Cacta­ceae berasal dari Benua Amerika, berbatang hijau, berisi, dan berduri yang biasanya banyak terdapat di kawasan panas dan kering. Hampir semua tumbuhan batang berduri adalah kaktus. Kaktus telah berevolusi bermula dari jenis primitif yang hampir seakan bunga mawar sehinggalah ke yang berbentuk glob dan lajur seperti yang dikenali sekarang-wikipedia
Ini antara hasil tanaman kaktus mak..ada banyak lagi sebenarnya tapi Fiza snap mana yang dekat je. Jenis jenis kaktus ni memang tak tahu so kita layan gambar je la ye.

Ini kaktus yang biasa kita nampak..Tanam dekat² dalam pasu sampai penuh memang cantik jadi camni.
pokok-cactus


Ini pulak jenis berbulu² ada jugak berduri di sebalik bulu² ni..Jangan berani pegang² ye

Ini jenis pokok kaktus tak berduri..Cantik licin je dengan bentuk yang unik. Dah  macam tumbuhan dalam laut pun ada..

Ini jugak yang selalu nampak. Durinya panjang dan rapat. Memang taklah nak pegang pun kan.

Jenis kaktus yang comel sebab duri dia macam star dan membalut pokok tu macam mumia. Tapi duri tetap duri..Awasss


Pokok kaktus pink ni Fiza pernah up entry dulu..Dulu ada satu je besar..Sekarang dan bercambah keliling tu..cantik!

Sebenarnya bawah tu ada pokok kaktus bulat, duri dia jarang² sikit dan atas dia ada bunga putih ni..Unik juga

Seronok betul kalau tanam bunga menjadi dan macam² jenis ada..Penyeri hiasan luar rumah. Duduk kampung memang seronok tanam bunga sebab kawasan rumah luas. Siap boleh buat taman dan landskap lagi. Kat rumah taman ni susah sikit, Tanam pokok dalam pasu je tanah pun beli. 


Post a Comment

12 Comments

  1. dulu minat sangat dengan kaktus ^^

    ReplyDelete
  2. Sya bli kektus kat cmeron..tp bila bwk blik suma kering.huhu.cecantik pandai mak fiza jaga ^_^

    ReplyDelete
  3. cantik je kaktus kalau pandai jaga ^^

    ReplyDelete
  4. cantiknye..memang cntik kalau pndai jaga....

    ReplyDelete
  5. Semua cantik2 sangat..tu yg akhir tu bunga kaktus le fiza hehe..

    ReplyDelete
  6. Rajin mak fiza menanam..kat rumah kak lya ada yang berduri ngan yang berbulu tu tu tu..kecik jer lagi

    ReplyDelete
  7. zaman sekolah dulu akak memang rajin tanam orkid..sekarang ni jauh sangat nak menanamnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ape tetiba orkid pulak kan..hehehe...nak betulkan jugak..kaktus...

      Delete
  8. Rumah akak ni ada ruang nak tanam2 tapi tanah nya tak elok..kena beli tanah dan tanam dalam pasu baru menjadi nak tanam apa pun...

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.