Bulan lepas ada beli cotton pants di Uniqlo Seremban 2. Satu denim dan satu lagi warna beige. Tak fitting, sebab dah pernah beli saiz yang sama sebelum ni. Cuma beli warna yang berbeza je. Lepas tu tambah sehelai lagi warna natural.

Yang dua awal tu macam ngam je saiz dia cuma labuh sikit, kena lipat sekali. Tapi yang sehelai baru beli tu panjangnya kena tiga kali lipat baru sesuai dengan ketinggian saya yang petite size. Padahal tag saiz sama. 

Lain batch, lain pula ukuran saiz dia ye. Tapi tetaplah ukuran dia sama je di tag. Awat tak buat saiz yang betul setiap batch kan.

Sejak dah lama membeli di Uniqlo ni saya perasan setiap batch tu berbeza ukuran saiz dia walaupun saiz yang sama. Di tag dan ukuran dalam website pun tak berubah. Maksudnya setiap batch tu dia tak ikut ukuran ke camna? Berubah-ubah.

Uniqlo alterations after purchase

Jadi, kalau membeli tu kenalah fitting dulu. Sebelum-sebelum ni kalau beli pants, fitting dulu dan kalau panjang, lipat dan nanti minta pin untuk memudahkan mereka ukur dan potong. Siap dalam masa 1 jam macam tu. Tak lama.

Bergantung jugalah pada banyak helai tu. Kalau ada banyak lagi seluar nak dipotong, makan masa lah sikit.

Uniqlo alterations in store

Haritu, encik suami hantar seluar saya lepas balik kerja. Balik kerja, singgah hantar. Patutnya boleh ambil sejam lepas tu tapi saya cakap ambil esoklah. Tak payah nak tunggu.

Hantar Alter Seluar Uniqlo Percuma Dan Cepat Siap

Masa hantar tu, resit pun dah entah kemana. Dah buang agaknya kot. Tapi tak apa, boleh je hantar kalau tak ada resit. Walaupun beli di tempat yang sama, dia labelkan macam kita beli online gitu.

Free alteration uniqlo

Tak ada bayaran dikenakan, PERCUMA je. Tak silap saya, kalau harga atas RM50 percuma. Jahitan pun stitch normal je. 

2 helai seluar yang hanya lipat sekali tu dia tak potong, dia akan lipat dan jahit je. Untuk seluar yang dipotong banyak tu, potong dan jahit macam biasa. Jahitan kemas.

Hantar Alter Seluar Uniqlo Percuma Dan Cepat Siap

Lagi satu yang saya perasan, dah kurang saiz untuk petite. Dulu beli macam ngam-ngam je dengan kita. Sekarang saiz dia macam dah besar sikit dan kalau seluar tu labuh. Jadi, kena kena beli saiz kecil sikit. 

Saiz baju dan seluar yang berubah ke atau kita ni yang dah berubah jadi mengecil. Kalau kita yang mengecil, kira bagus dah tu. Kann...

Masa ambil seluar dah siap alteration tu boleh check dan cuba dulu kalau nak. Lepas tu kena sign resit yang diberikan. Done! Service alteration ni untuk jenama Uniqlo sahaja. Jangan hantar seluar jenama lain pula ye.