Orang lain awal-awal dah bancuh Tawau white coffee/ kopi putih Tawau pemberian blogger Kak Amie. Saya je yang lambat baru nak bancuh kopinya. Nampak gaya minggu ni macam rancak dengan cerita kopinya. Kena ikut giliran.

Sekarang giliran Tawau White Coffee pula. Kak Amie bagi 1 bungkus Tawau White Coffee yang dibeli masa bercuti di Tawau, Sabah. 

Dalam satu bungkus kopi putih Tawau ni ada 5 sachets kopi 3 in 1 dengan taglinenya :

The genuine taste beyond words/ Rasa sejati hingga tidak terkata

Tawau White Coffee, Kopi Putih Dari Sabah Yang Sedap Dan Pekat

Wow! Tagline dia buat kita tak sabar nak rasa. Jomlah kita bancuh 1 sachet. 1 sachet 35g sesuai untuk bancuhan 1 mug sederhana besar. Saya punya mug kecil sikit. Jadi, tuang 1 sachet pun dah suku mug dah.

Takpe, saya suka kopi yang pekat dan kaw. Barulah rasa kopi. Kalau cair tak feel rasa kopi tu.

Tawau White Coffee, Kopi Putih Dari Sabah Yang Sedap Dan Pekat

Tuangkan air panas. Tudiaa cantik warna kopi dia. Saya dah lama tak minum kopi 3 in 1. Dah lama juga tak bancuh kopi sendiri. Sedapnya bau kopi. Tuang air panas dah semerbak bau kopi. Tu yang buat lagi tak sabar nak rasa. 

Tawau White Coffee, Kopi Putih Dari Sabah Yang Sedap Dan Pekat

Tenang dulu, biarlah camera beraksi dulu. Ambil gambar dan lepas tu barulah kita boleh hirup kopi panas.

Tawau White Coffee, Kopi Putih Dari Sabah Yang Sedap Dan Pekat

Selepas dikacau rata kopinya. Macam ada foam pula atasnya ala-ala kopi latte. Hirup perlahan-lahan. Fuhh...pekat dan kaw betul rasa kopinya.

Tawau White Coffee, Kopi Putih Dari Sabah Yang Sedap Dan Pekat

Terang biji mata dibuatnya. Minum pagi-pagi ni hilang mengantok. Jangan minum malam, nanti tak pasal-pasal jadi burung hantu berjaga malam.

Pertama kali cuba Tawau White Coffee ni. Rasa dia sedap kopi pekat yang kaw dan terasa pahit kopinya. Pada saya macam sedap lagi minum panas-panas. Sebab kalau dah sejuk sikit dia rasa macam manis sikit.

Terima kasih kak Amie bagi saya peluang rasa Tawau White Coffee ni. Sedap, pekat dan memikat selera.