Semalam lepas hantar mak appointment di Hospital Kuala Pilah, kami ke Sokupi sebentar kupi-kupi kejap. Dah lama berhajat nak ke sini sejak dibuka. Tapi itulah memanjang penuh je kalau weekend. Full house sampai parkir pun tak ada. 

Untuk mengubati kekecewaan tu, kami singgahlah alang-alang dah ke Pilah tu. Sokupi pula buka awal jam 10.00 pagi sampai 10.00 malam. Kami sampai jam 10 lebih macam tu. Sampai di waktu yang tepat selepas di buka.
 
Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Suasana tenang dan lengang. Masih belum ada pelanggan yang datang. Kamilah pelanggan pertama Sokupi semalam. Tertarik 

SOKUPI

Kedai kopi yang baru di buka di Kuala Pilah pada bulan Januari 2025 yang lalu. Sebuah kafe aesthetic dan Instagrammable dengan suasana santai yang menarik. Menawarkan pelbagai jenis minuma kopi dan bukan kopi serta makanan ringan seperti pastry dan kek.

Saya suka konsep cafe yang easthetic macam ni. Serba putih dengan gaya industrial. Cantik papan tanda besi berdiri dua sisi ni. Atau dipanggil sandwich board sign/ A-frame sign dengan logo Sokup bersama taglinenya "ruang berkopi cerita".

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Encik suami memberi salam dan salam di jawab mesra oleh pekerja cafe. Kami terus ke kaunter membuat pesanan. Konsep pesanan di sini, buat pesanan dan terus buat bayaran di kaunter.

Menu semua ada diletakkan di kaunter. Jadi, pilih saja mana yang berkenan. Nampak di kaunter ada kek, nampak sedap tapi tak beli sebab tak teringin nak makan kek pagi-pagi ni. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Selepas buat pesanan dan bayaran. Kami pilih untuk duduk di bench panjang dan meja di sudut berdekatan pintu masuk. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Ruang cafe yang boleh tahan luas juga. Ada berbagai jenis meja dan kerusi. Duduklah dimana yang rasa selesa dan menarik. Di bahagian dinding dengan dekorasi poster-poster yang menarik menangkap pandangan mata kita. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah
Comel-comel lukisan mereka 

Di hujung sudut lain, ada dekorasi lampu lantai dan poster kejayaan mereka telah menjual 1000 cawan sSokupi latte, matcha untuk peminat matcha dan croffle sedap merupakan kepakaran mereka.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Serta tak dilupakan kata-kata motivasi english campur loghat Nismilan.  Ringkas tapi padat pesananannya. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Saya suka kata-kata ni. Buek tak apik tu maksudnya buat tak peduli/kisah. Kira macam 'abaikan je'. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Disediakan juga air masak dalam botol yang disediakan. Selain tu ada peralatan makan sudu, garpu dan pisau di sini. Kena ambil sendiri ye. 

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah


Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah
Ruang Barista beraksi

Tak lama menunggu. Leka dek ambil gambar, tahu-tahu pesanan kami dah siap. Saya pilih hazelnut coffee panas macam biasa. Dihidangkan dalam cawan kertas bersama logo Sokupi.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Walaupun dihidangkan dalam cawan kertas bertutup, tetaplah ada latte art ye. Saya lebih suka minum tanpa penutup. Senang nak minum pun. Lagi menarik kalau mereka hidangkan dalam cawan kopi latte tu. Lagi instagrammable dan easthetic gitu.

Kopi hazelnut latte yang sedap, hujung-hujung rasa kopi yang pahit sikit.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Encik suami pilih air kopi Caramel Macchiato sejuk. Ada panas ada sejuk. Dapat rasa dua-dua versi minuman gitu. Caramel macchiato yang sedap balance rasa kopinya. Tak manis sangat.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Dah pesan kopi, mestilah kena pesan makanan juga. Takkan tidak. Tapi kami pesan satu je makanan buat rasa-rasa. Saya pilih pistachio croffle with almond slice and ice cream.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Cantik hidangan croffle dia dengan drizzle pistachion, taburan almond slice dan ice cream vanilla on top. Instagrammable sangat kan. Bagi Puan Isteri merasmikan dulu crofflenya.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Masa croffle sampai tadi, saya dah terbau-bau aroma butter yang sedap. Wah, mesti sedap ni saya bermonolog. Potong dengan berhati-hati. Lembut dan mudah dipotong.

Bismillah...Hmmm Sedapnya! Ya ampunn...dia punya sedap tak terkata. Rasa menyesal pula tak pesan dua. Nak order lagi macam nak, macam tak nak. Kejap lagi nak makan tengahari pula. Okay, lupakan hasrat nak pesan lagi. Tapi nak datang lagi lain kali.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Tak lama kami lepak mengopi kami gerak balik ke kampung encik suami, rumah mak mentua. Sementara tunggu urusan mak siap, kita kemas-kemas rumah dulu.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Sebelum gerak kita ambil gambar dulu. Kalau tidak bila lagi. Sementara tak ada pelanggan lain, bolehlah kita bergambar tanpa manusia lain. 

Saya sangat tertarik dengan floating bench ni. Cantik dan menarik konkrit dengan gaya industrial ni kan.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah
Puteri lilin tumpang berpanas kejap. Mujur tak ada alahan.

Disudut atas floating bench ada juga cermin bulat besar ni. Tak lupa juga untuk ambil gambar dengan 5x zoom.

Sokupi Port Mengopi Santai dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Dah puas ambil gambar. Dah jom kita balik! Nanti kembali lagi nak mengopi dan makan croffle yang very aromatic buttery super sedap tu. Nak pergi weekend sentiasa full house. Kena tunggu weekdays beginilah baru boleh lepak santai.

Lokasi Sokupi

Lot 2869, Batu Satu, Jalan Seremban - Kuala Pilah, Taman Pilah Jaya, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan

instagram: @Sokupi_

Berdekatan dengan rumah kampung Sari yanti tu, kalau dari jalan besar masuk jalan kecil sebelah kedai Ah Meng Kopitiam tu je. Orang Pilah mesti tahu.

Sekarang dah makin banyak kedai kopi, port lepak mengopi di Kuala Pilah yang menarik. Ini sudah bagus, banyak pilihan untuk geng suka kopi.