Hai peminat KopKen (Kopi Kenangan) yang disebut oleh blogger Fanny dari Indonesia. Ya, orang Indonesia kan seringkali suka pendek-pendekkan perkataan. Contohnya Nasgor (Nasi Goreng). Comel pula sebut KopKen tu. Kann!

Kopi Kenangan adalah jenama lokal Indonesia yang dah lama bertapak di Malaysia. Sejak mula rasa, saya dah jatuh cinta dengan rasa kopi yang sedap. Dan sejak itu, saya pilih Kopi Kenangan. Kadang-kadang je CBTL atau kopi lokal.

Orang lain dengan Zus, saya tetap dengan KopKen.

Sekarang pun dah banyak cawangan Kopi Kenangan ni. Di Seremban je dah ada 3 cawangan. Di Seremban Gateway, Bandar Prima Senawang dan Dataran Centrio Seremban 2. Kami selalu pergi di cawangan Bandar Prima Senawang. 

Setiap hari Selasa (Tuesday) Kopi Kenangan ada buat promosi Buy 3 Free 2. Wah, ini sudah bagus. Baru minggu ni lah nak cuba membeli. Bila ada promosi ni lagi berbaloi kan.

Kebetulan hari Selasa encik suami pergi kerja naik kereta dan lalu highway Plus, balik kerja singgah pick up di Seremban Gateway. Kena buat pesanan dahulu menerusi aplikasi dan masukkan code TUESDAY sebelum check out. Dapatlah harga promosi tu.

Pesan siap-siap dalam aplikasi, lepas tu tinggal pick up je lalu Seremban Gateway tu. Mudah dan cepat.

Kenangan Coffee Tuesday, Buy 3 Free 2

Promosi ni saiz regular lah tapi. It's OK. Pun berbaloi juga. Kita dah biasa beli saiz besar cup warna putih. Saiz regular, cup warna merah.  Beli 2 hazelnut latte panas, 2 caramel latte panas dan sea salt osmanthus latte versi sejuk. 

Semua ni tak dihabiskan dalam masa sehari. Yang panas tu boleh buat stok 2 hari. Suka beli panas, sebab suka minum panas. Kalau tak habis pun boleh simpan dalam kulkas. Esoknya boleh minum sejuk-sejuk dan masih pekat sebab tak campur ais kan.

Haritu dah rasa sea salt osmanthus latte versi panas, kali ni rasa yang sejuk pula. Kalau sejuk cupnya saiz besar dan reuseable. Versi sejuk pun sedap, tapi bila cair kurang sikit rasa kopinya. Bau wangi floral bunga osmanthus tu tetap terasa.

Nak jimat silalah beli hari Selasa. Boleh juga belanja orang lain. Kopi Kenangan ni bukan sekadar rasa kopi yang sedap tapi berbaloi dengan harga dan saiz cupnya. Berbaloi untuk secawan kopi.

Kalau guna apps, sampai limit pembelian tu akan dapat percuma satu cawan kopi percuma saiz regular. Itu yang buat lagi berbaloi.