Buntu betul nak masak apa untuk sarapan pagi ni. Scan kejap apa yang ada kat dapur tu untuk dimasak. Bihun dah masak semalam. Takkan bihun lagi. Okay ada stok mi sedaap goreng perisa asli. Jadi kita buat sarapan mi sedaap goreng je lah. Mudah dan cepat siap.
Walaupun dalam bungkusan tu semua dah disediakan, tetaplah kita masak juga dengan cara menumis. Itu lagi sedap berbanding dengan cara penyediaan dibungkusan.

Masak mi sedaap goreng cara saya
Didihkan air dan rebus mi sampai lembut. Angkat dan toskan. Panaskan minyak sikit, tumiskan bawang besar dan 2 ulas bawang putih. Bawang hiris halus je, malas nak menumbuk harini. Saja guna sebiji sebab suka bawang banyak, lagi sedap.Bawang putih, ketuk je dengan pisau. Tumiskan kedua-dua bawang sampai naik bau. Tambahkan sambal geprek sebab malas nak tumbuk atau potong cili api. Masukkan sayur baby kailan kebetulan tinggal stok sikit dan pecahkan 2 biji telur.
Masukkan mi yang dah direbus tadi, kacau rata. Barulah masukkan segala perencah yang ada dalam bungkusan tu. Kena letak juga, kalau tidak tak sedap. Saya tambah lagi kicap pekat sikit. Gaul rata sampai mesra alam semua bahannya.
Dah masuk dalam pinggan baru tabur kriuk kriuk nya. Jangan lupa hidangkan bersama telur mata goreng. Masak mi sedaap goreng untuk sarapan je. Tak ada bekal untuk Encik Suami hari ni sebab hari Jumaat. Lepas solat Jumaat dia akan makan diluar dengan rakan sekerja.
Selain perisa asli, saya macam pernah nampak perisa ayam krispi. Tapi tak pernah cuba lagi. Sedap ke?
24 Comments
yums sgt!!
ReplyDeleteAlhamdulillah..nyummylicious.
DeleteSedap kan masak macam ni...akak pun ada stok maggi sedaap kat rumah..kalau buntu x tau nak makan apa senang buat macam ni je...
ReplyDeleteA'ah, sedap masak macam ni. Saya suka. Betul, wajib ada stok boleh masak bila tak tahu nak masak apa dah.
Deletesama la kita kadang pagi-pagi termenung fikir nak sarapan apa
ReplyDeleteMasalah sejagat orang perempuan begitulah. Hari-hari pening fikir nak masak apa. huhu...
DeleteAkk pun kalau masak megi gini, tetap tumis dulu. Lagi sedap rasanya
ReplyDeleteKann...Lagi sedap ditumis.
Deletesy jarang makan mi segera tp kalau mkn dari dulu smpi laa ni cuma makan megi kari je... hehehe so mmg tak tahu apa rasa mi segera dari brand2 lain ;-)
ReplyDeleteSeriouslah Anies? Betul-betul setia pada mi maggi kari ni.
DeleteMi Sedap Indonesia tu ke?. Mi Sedap ni memang sedap. Sesekali makan sedap sangat....ehhh berapa banyak sedap la dalam komen ni.
ReplyDeleteYe, betul. Sebab dia sedap, itu yang banyak sedap dalam komen juga. hihi...
Deletewow..nampak menyelerakan..
ReplyDeleteSangatt..berselera makan sesekali masak mi sedaap.
Deleteboleh tiru cara pijah masak, kak mieja tak pandai nk masak me sedap ni....selalu anak-anak yg terror buat siap dicampur cheese...tataulah apa rasanya
ReplyDeleteHihi...boleh request kat anak-anak. Tapi dorang lagi pandai masak ikut cara dorang. Semua nak campur cheese ye.
DeleteAdoi lapar terus jadinya ni. Ringkas bahan-bahannya tetapi sedap kejadian menunya ni. Nampak menyelerakan sungguh
ReplyDeleteAmpunn K.Sarie. Boto, ringkas yo bahan eh. Tumis bawang merah, bawang putih, tambah sayur, tambah tolo. Sodap jadi eh.
Deletekegemaran Auni ni. kita breakfast donat seketui. pastu terus masak tengah hari.
ReplyDeleteHari tu dia dah racun kita dgn Mamee Chef, ni mee sedap pulak. Dahlah memang nampak sedap lagi² bila dia kata letak bawang banyak. Mencecah air liur tau. Psttt.. kita pun baru lepas makan mee segera, hihi.
ReplyDeletesedap tu, ada lak telur goyang bertambah sedap
ReplyDeleteeh.. kebetulan pulak sama menu kita.. sis baru je masak untuk makan malam tadi.. tapi sekadar rebus dan golek dengan perencah je la.. nanti boleh try resepi Fiza pulak ye.. ^^
ReplyDeleteSaya pun suka tumis dulu...baru ada aroma dia naik...kalo guna perencah gaul2 gitu...rasa kurang best...
ReplyDeleteOk juga, sarapan macam ni. Mudah disediakan. Tambah telur goreng, lebih kenyang.
ReplyDelete