Terperasan Kenangan Coffee ada promosi sempena 14th = Kenangan Day dengan harga RM6.90 secawan kopi regular size yang terpilih seperti americano dan latte series. Promosi ni setiap 14hb setiap bulan. Boleh walk in terus atau pesan melalui aplikasi tanpa perlu masukkan apa-apa code promo.

Beli Kenangan Coffee RM6.90 Je

Alang-alang dah ada promosi tu, jomlah kita membeli. Beli 4 cawan buat stok untuk sehari dua. Bukan minum sekali 4 cawan. Beli yang panas, simpan dalam kulkas. Esok boleh minum versi sejuk pula tanpa cair sebab tak ada ais.

Macam biasa pilihan saya hazelnut latte x2, caramel latte x1 dan D'Spanish latte x1 with less sugar semuanya.

Dah beli yang promosi ni, jadi tak adalah nak membeli yang promosi buy 3 free 2 untuk setiap hari Selasa tu. Peminat KopKen (Kopi Kenangan), jangan lupa promosi harini. Eh, kita dah macam duta Kenangan Coffee pula.