Masa zaman kanak-kanak kita dulu popular dengan permainan masak-masak yang biasa kita sebut dengan main pondok-pondok. Ingat lagi tak? Petik daun itu ini, bunga-bunga mak habis dibuat masak. 

Paling best tu, siap buat api betul-betul lagi. Lepas tu kena marah sebab main api. Terbakar nanti macamana? Pernah tak melalui zaman tu? 

Seronok bila terkenangkan kembali zaman tu. Zaman tanpa gadget. Puas bermain macam-macam permainan kampung selain pondok-pondok. Main ting ting, guli, baling selipar dan macam-macam lagi lagi. Nostalgia sungguh.

Bila zaman dah berubah, upgrade sikit. Main pondok-pondok dah ada alatan yang lengkap. Cuma tak bermain dengan tanaman je lah. Mainan dah bahan-bahan masakan pun dah siap sedia dalam macam-macam bentuk rupa makanan.

Zaman sekarang lagi canggih seiring peredaran zaman teknologi. Dah ada platform game masak untuk kanak-kanak (cooking games for kids), permainan memasak online secara percuma je. Main game masakan percuma tanpa perlu download, tanpa perlu bayar.

Tak buang masa, tak buang duit sebab permainan memasak online ni boleh main sambil belajar. Kanak-kanak pun boleh kenal makanan dan belajar masak dari awal.

Saya dah cuba beberapa game masakan percuma online yang mudah dan menarik bagi kanak-kanak main sambil belajar. Antaranya seperti di bawah.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

1. Can I Eat It?

Game Can I Eat It? sangat bagus untuk kanak-kanak yang baru kenal makanan. Game mudah je hanya pilih yes or no semasa barangan dipaparkan. 

Jika makanan, pilih YES. Dan jika bukan pilih NO. Di sini kanak-kanak dapat bezakan mana boleh makan dan mana tidak. Menguji tahap kepantasan menjawab juga sebab game ni ada menetapkan masa untuk menjawab. 

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

2. Happy Kids Fruits

Happy Kids Fruits game yang sangat menarik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar tentang nama buah dan meletakkan buah-buah tersebut di tempat yang betul. Setiap kali letak buah ditempat yang betul, akan dapat 1 points. 

Menarik minat kanak-kanak berusaha jawab betul untuk tambah points yang banyak. Kadang kala buahnya berulang-ulang bagi mudah kanak-kanak ingat. 

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

3. Sweety Cooking Chocolate Cake

Bagi kanak-kanak yang suka main masak-masak tu, game Sweety Cooking Chocolate Cake ni sangat sesuai untuk mereka sebab boleh belajar cara-cara nak masak kek coklat. Hanya perlu mengikut arahan yang diberikan sampailah jadi kek. 

Menarik betul game ni, kita pun boleh belajar masak sekali cara buat kek coklat. Orang dewasa pun boleh main.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

3. Kitchen Word

Bukan hanya kena tahu pasal makanan je, alatan dapur pun kena belajar juga. Game Kitchen Word, permainan masak online kanak-kanak yang paling mudah bagi saya. Hanya perlu padankan alatan dapur dengan jawapan yang tepat. 

Secara tak lansung, kanak-kanak dapat belajar dan kenal jenis-jenis peralatan di dapur. Betul tak?

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

5. Pizza Chief

Ada yang suka main masak-masak Pizza? Game Pizza Chief online ni jawapannya. Kanak-kanak pasti seronok main masak-masak buat topping pizza ni. Ikut je apa yang Chief buat.

Markah bergantung kepada ketepatan kedudukan topping yang kita letak tu. Lagi tepat, lagi banyaklah markahnya. Menguji ketajaman mata untuk letak di tempat yang betul. Nampak macam betul dah tapi tak tepat kadang-kadang tu. 

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

6. Serve The Pizza

Pernah tak main game masak-masak buka kedai tu? Kalau lambat, pelanggan marah dan rugi. Lagi ramai pelanggan, lagi tambah kelam kabut dibuatnya. Lagi tak terlayan. Lepas tu stress sendiri. Kann...

Game Serve The Pizza ni agak kurang stress, boleh main dengan tenang lagi. Tapi masih mencabar kepantasan kanak-kanak memilih makanan yang betul untuk pelanggan. 

Dari situ dapatlah belajar cara untuk serve pelanggan dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bila buka perniagaan makanan.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

7. Sushi bar

Satu lagi games online perniagaan makanan yang menarik, iaitu Sushi bar. Permainannya mudah seperti permainan serve the pizza. Memerlukan kecekapan memilih makanan dengan betul dan bertindak dengan pantas untuk serve sushi.

Jika lambat, pelanggan akan lari dan perniagaan akan rugi. Dari situ, boleh belajar macam mana cara buat yang terbaik untuk kepuasan pelanggan. Belajar menguruskan perniagaan dengan baik.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

8. Egg Go

Belajar makanan dari ternakan pun ada ye. Game Egg Go ni best, kanak-kanak boleh belajar memilih jenis-jenis telur yang sesuai untuk dimasak, telur rosak dan telur yang dah nak menetas. Saya rasa game ni mudah dan menyeronokkkan kanak-kanak belajar.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

9. Puzzle Farm

Satu lagi game online yang berkaitan dengan farm/penternakan, masih lagi dalam makanan iaitu Puzzle Farm. Kanak-kanak suka main game puzzle online tu boleh cuba game Puzzle Farm ni. Ada banyak gambar puzzle yang boleh di pilih. Mudah je, letakkan puzzle di tempat yang betul sampai jadi satu gambar.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

10. Cut fruit

Cut Fruit bukan game memasak tapi game potong-potong buah. Boleh main secara santai. Dalam masa yang sama kena berhati-hati memotong buahnya sebab kadang-kala keluar bom. Kalau pisau terkena bom, terus game over. Menguji ketajaman mata juga ni, memilih buah yang betul untuk dipotong.

10 Game Masakan Online Menarik Untuk Kanak-Kanak Main Dan Belajar Masak Secara Percuma

Itulah 10 cooking games for kids pilihan saya untuk kanak-kanak belajar tentang makanan dan masakan. Game masak untuk kanak-kanak yang terpaling mudah nak main dan belajar. Arahan pun senang nak ikut. 

Selain 10 Food games yang saya kongsikan diatas, ada banyak lagi permainan memasak online percuma boleh didapati culinaryschools. Ada juga Brain games, Sport games dan arcade games. Boleh explore lagi kalau nak tahu.