Harap tak bosanlah dengan cerita buah avocado di blog saya. Balik kampung haritu tak teringin pun nak ambil buah avocado sebab yang tinggal di pokok semua tinggi-tinggi. Susah nak ambil guna pengait yang ada. Pengait tak cukup panjang cerita dia.

Ingatkan nak bagi siapa, rupanya bagi saya bawa balik. Ini buah avocado batch terakhir, dah hujung-hujung nak habis dah. Tapi kali ni buahnya bersaiz besar-besar betul. Lebih besar daripada sebelum ni. Mungkin yang ni betul-betul membesar dengan baik.
Masa encik suami pangkas dahan pokok rambutan, mak mentua dengan gigihnya pergi pinjam pengait kat jiran. Tahu-tahu dah dibawa pengait tu ke pokok avocado. Nak tak nak, terpaksalah Encik Suami kait buah avocadonya. Saya keluar rumah, tengok dah siap dalam plastik dah.

Ingatkan nak bagi siapa, rupanya bagi saya bawa balik. Ini buah avocado batch terakhir, dah hujung-hujung nak habis dah. Tapi kali ni buahnya bersaiz besar-besar betul. Lebih besar daripada sebelum ni. Mungkin yang ni betul-betul membesar dengan baik.
Encik suami kata masa nak kait pun mudah je dia tangkai dia tertanggal dari dahan tu. IIngatkan dah masak. Rupanya tak. Masih keras belum masak lagi.


Nak buat spread roti macam tak lalu pula. Tengoklah apa yang kita boleh buat nanti. Tinggalkan sebiji dua cukuplah. Yang lain kita bagi orang je.

Dah banyak-banyak ni kita panjang-panjangkan berkongsi dengan orang lain. Sebiji besar macam ni boleh buat satu jug jus alpukat. Puas minum tu.

Nak buat spread roti macam tak lalu pula. Tengoklah apa yang kita boleh buat nanti. Tinggalkan sebiji dua cukuplah. Yang lain kita bagi orang je.
Buah kali ni meriah betul. Tapi tu lah tak ramai yang minat. Paling sedap pun pada saya buat jus je. Selain tu orang kata sedap buat spread roti atau jadikan salad. Olahan menu apa yang lagi sedap ek? Cuba kongsikan. Terima kasih.
20 Comments
Geram nya tengok avocado, mahal tau kalau beli. Hubby order dari Indonesia baru sampai tadi. Buka blog Fiza, nampak pulak avocado.
ReplyDeleteTry la macam2 resepi avocado, macam di bawah ni..
https://www.loveandlemons.com/avocado-recipes/
Kalau dekat boleh juga pass. Ya, kalau import mahal. Yang tempatan ni tak pastilah. Wah jauh tu beli dari Indonesia.
DeleteWah, menarik tu rambang mata pula nak cuba yang mana. Terima kasih banyak²
Tau takpe ... Kalau makan gitu tak pernah.....selalu minum jus nya sahaja
ReplyDeleteKannn..buah ni rare. Jadi tak banyak menu yang diketengahkan kecuali jus.
DeleteAkak biasa minum jus aje ..x pernah lagi buat menu lain..kalau makan dalam menu salad pernah...
ReplyDeleteItulah tu, tak tahu menu apa lagi nak dibuat. huhu...
DeleteUncle tak pernah makan buah ni... belum ada peluang...
ReplyDeleteJauh pula nak pass kat uncle. Maaf uncle.
Deletesaya org sabah. biasanya kita makan ngan susu pekat manis... sedappppppp. sblm tu sejukkan dulu buah avacado tu letak dlm peti ais, bila dah sejuk belah 2 buang biji n letak je susu pekat..... SEDAPPPPP tapi kena makan masa buah dah masaklah.. he...he...
ReplyDeleteOoo makan macam tu dengan susu pekat manis pun sedap ye. Nanti boleh cuba. Terima kasih ye.
DeleteBuat Jus alpukat paling best! Avacado ni memang sesuai letak dalam salad atau jadikan spread roti je. Kalau rajin, boleh buat sushi avocado
ReplyDeleteYa, itu je yang saya tahu. Sushi tu sedap tapi tak pernah membuatnya. Tak pandai nak masak nasinya dan nak membalut tu. Agak leceh juga kan.
Deletebestnya ada pokok sendiri,puas makan. bilalah pokok kak mieja nak besau dan berbuah hehhehehehhe
ReplyDeleteA'ah puas makan dan dapat berkongsi dengan yang lain. Tak lama je lagi tu. Semoga cepat besar dan berhasil pokok avocado kak Mieja tu.
Deleteoo rupanya bentuk avocado macam ni. sebab selalu dekat video org luar, bentuk lain hahaha. first time tengok. saya pun xpernah makan lagi avocado. saya membayangkan rasanya sama macam iras2 jambu batu. ke salah? hahha
ReplyDeleteAvocado ni ada macam-macam jenis rupa bentuk dia. Yang import biasa tu jenis saiz kecil dan menggerutu kulitnya. Ni licin dan besar. Nak terangkan rasa dia pun saya tak pandai sebab tak pernah makan begitu je. Buat air je, itupun dah dicampur dengan susu. Jadi mesti rasa dia berbeza dari rasa sebenar.
DeleteKak Amie biasa buat salad avocado, jus avocado dan makan dengan aiskrim vanilla. Pernah sekali Kak Amie makan ayam masak avocado, tempah dari restoran untuk makan-makan di ladang.
ReplyDeleteMacam-macam resipi boleh diolah ye dengan avocado ni. Jenis jarang makan ni memang tak tahu. Paling unik tu lah ayam masak avocado yang kak Amie cakap.
DeleteAkak kalau beli makan macam tu je sebab mahal kan... jadi kena nikmati betul². Suka rasanya yang berlemak.
ReplyDeleteKalau nak minum yang jus beli sahaja. Cari kiosk yang betul² jual jus jadi boleh pilih campuran sendiri. Jus alpokat yang sedap pada akak yang minum di Indonesia. Memang tak boleh lawan dengan kat sini.
Makan macam tu je saya tak pandai makan. Macam tak lalu pula. Kena buat air juga. Ya, ramai yang cakap jus alpukat disana juga yang terpaling sedap. Mungkin ada resipi rahsia mereka yang buat jadi sedap tu kan.
Delete