Saya mula menulis blog tahun 2009. Masa tu tengah trend menulis blog sebagai diari online. Kurang lebih macam tu lah. Kalau dulu menulis blog untuk suka-suka. Siapa sangka, dengan hanya menulis blog boleh jana pendapatan juga. Kerja pun dari rumah je.
Tahun 2023 dan 2024, mood blogging tak seberapa. Jadi tak ambil job yang ada. Tahun 2025 baru kembali ambil job.

Siapa yang tak nak kan. Bolehlah buat duit poket tepi. Untuk pendapatan tetap setiap bulan tu macam jauh lagi perjalanan dia. Cuma boleh cakap, duit poket tambahan lah kiranya. Bolehlah buat tambah-tambah duit belanja.
Dulu rajin juga buat product review. Sekarang dah kurang review blog. Banyak faktor juga nak review produk ni. Kadang ambil masa, kena guna dan kena ambil gambar. Lepas tu ada yang bayaran tak setimpal dengan kerja. Ada juga yang bayarannya berbulan baru dapat. Macam-macam hal.
Saya ambil produk review mana yang bersesuaian je lah. Sekarang saya lebih suka menulis sahaja tanpa ambil gambar. Kerja pun lebih mudah dengan hanya perlu membaca dan fokus pada menulis. Bayaran pun lumayan kalau ditukarkan kepada RM untuk satu artikel. Saya boleh cakap, ianya sangat berbaloilah.
Jana pendapatan dengan Intellifluence
Intellifluence ni satu platform untuk pempengaruh (Influencer) yang mempunyai media sosial untuk jana pendapatan tambahan. Boleh pilih samada nak cash atau produk atau kedua-duanya sekali. Platform yang ada sistem, mudah dan selamat.
Is Intellifluence legit? is intellifluence safe? is intellifluence real? Dulu saya rasa macam was-was juga. Dari intellifluence review, saya pun cubalah juga.
Saya kira ramai sertai intellifluence ni. Saya dah lama daftar cuma awal tahun 2022 saya baru explore intellifluence. Kawan-kawan blogger lain rasanya dah lama merasa duit dari intellifluence. Saya baru nak bertatih.
Bayaran cepat dan dalam USD
Job pertama bulan Mac 2022 dengan nilai $100.00. Kalau tukar nilai duit Malaysia lebih kurang RM400 lebih bergantung pada nilai mata wang terkini. Proses bayaran ambil masa dalam 15 hari je. Bulan April saya dah dapat bayaran pertama masuk dalam akaun PayPal.
Dari PayPal transfer ke bank sendiri ambil masa 3 hari waktu bekerja. Jadi, lambat sikitlah dapat duit masuk akaun bank. Itu takpa, asalkan duit masuk. Setakat ni jumlah bayaran yang saya dah dapat dari Intellifluence sejak bulan Mac 2022 sehingga Disember 2022.
Dari PayPal transfer ke bank sendiri ambil masa 3 hari waktu bekerja. Jadi, lambat sikitlah dapat duit masuk akaun bank. Itu takpa, asalkan duit masuk. Setakat ni jumlah bayaran yang saya dah dapat dari Intellifluence sejak bulan Mac 2022 sehingga Disember 2022.
![]() |
Tahun 2025 saya dah capai total 802 USD, setahun saya cuti |
Tahun 2023 dan 2024, mood blogging tak seberapa. Jadi tak ambil job yang ada. Tahun 2025 baru kembali ambil job.
Job dia tak setiap bulan ada. Tapi kalau ada tawaran job mudah dengan menulis tu, grab cepat. Cepat buat kerja, cepat lah dapat duitnya. Begitulah konsep dia.
Saya dah berjaya mencapai profile strength 100% dan dah kumpul 6 badges, Badge Influencer Intellifluence, Truster Influencer twitter, facebook, pinterest dan terbaru dapat badge medium audience Intellifluence. Masih jauh perjalanan nak capai Top Audience Malaysia.

Cara daftar Intellifluence
Cara nak sertai Intellifluence, hanya perlu daftar profile dan masukkan segala maklumat dan juga link media sosial yang diperlukan.
Bila dah lengkap boleh create offer atau tunggu je intellifluence offers yang akan keluar di dashboard. Kemudian apply, bila dah approved boleh buat job mengikut apa yang diberikan dalam masa yang ditetapkan.
Buat entry dan publish, submit link. Lepas tu kalau tak ada masalah tunggu je duit masuk. Biasanya task dia mudah-mudah je. Rugilah kalau tak rebut peluang ni. Yang ada blog dan media sosial lain bolehlah cuba. Boleh juga jana pendapatan melalui instagram selain TikTok.
50 Comments
Kalau tak terikat dengan kerja hakiki, nak jugak buat, risau tak boleh ikut dia punya terma & syarat nanti, hihi.
ReplyDeleteMudah ke kak. Biasanya job dia santai santai je menulis tak ada format..perlu masukkan info penting je :) cubalah..masa dia bagi pun lama.
DeleteJom jom daftar! Seronok bila dapat bayaran USD ni!
ReplyDeletesaya sudah :)
DeleteKan..duit USD kalau convert RM lumayan juga.
banyak juga tu fiza! insya allah... sikit2 lama2 jd bukit nnt...
ReplyDeletebtw, fiza buat lg ke 'make up' blog? ;-)
Betul tu Anies. Lama lama kita kumpul banyak lah.
DeleteMaaf Anies, saya tak buat dah edit atau makeup blog.
MA pun baru tau & baru daftar...1st job tgh pending lagi
ReplyDeleteyeay! Semoga dapat buat banyak job lagi lepas ni :)
DeleteIni bagus yang suka tulis.
ReplyDeleteSemoga mencapai Top Audience Malaysia.
Ya, siapa minat menulis bolehlah cuba.
DeleteAamiin ya rabbal 'alamin...Terima kasih kak :)
Saya pun baru je tau pasal intellifluence ni dari Sislin. Lepas 2 job, agak susah jugak nak dapat peluang / job yang sesuai. Mungkin kena update lagi profile supaya byk lagi job yg sesuai masuk.
ReplyDeleteLately macam kurang masuk job. Ada tu ada tapi tak sesuai kadang. Agaknya lah kot kena buat macam tu.
DeleteDari dulu dok terfikir nak join ke tidak intellifluence ni sebab follower tak ramai. Socmed lain pun sendu. Mungkin dah sampai serunya
ReplyDeleteBoleh cuba Sal..Kot ada job sesuai bolehlah join :)
Deletewah menariknya.. 1 job byk juga dapat ya..
ReplyDeleteKann..banyak jugak tu untuk satu job. Job local pun tak banyak macam tu.
DeleteMudahnya buat kerja skrg kan
ReplyDeleteYe, mudah je.
DeleteAlhamdulillah...
ReplyDeleteammi pun dah join dan lepaslah duit buat2 bayar duit buku anak..bawak anak gi tengok wayang
Alhmdulillah..dapatlah tambah sikit duit poket kan Ammi :)
DeleteBanyak tu.. semoga Fiza terus semangat ya!
ReplyDeleteYa, banyak juga tu kalau untuk satu job. Mana yang sempat dan kempen OK, okaylah. Terima kasih kak.
DeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteRejeki
Alhamdulillah...Dapat jugalah tambah sikit-sikit.
DeleteSaya bukan influencer, segan plak nak join
ReplyDeleteBoleh je join. Mana job yang sesuai boleh apply.
Deletemaksudnya buat je apa2 entry yg kita nak, submit link dan publish je? tak payah review apa2 benda?
ReplyDeleteLepas register. Dia akan offer campaign yang bersesuaian. Kalau nak buat, boleh apply. Dah dapat job baru dia akan bagi guidelines. Buat entry, lepas tu submit link. Yang saya pilih ni mostly job yang review awareness dan platform je. Produk lain tak ada. Ambil yang mudah dan mana yang sempat nak buat je.
Deletemenarik ni, boleh diusahakan. jap nak g daftar.
ReplyDeletepernah satu hari dpt job daripada web shopping online, dapat buat dua entri reward nya dpt baucer rm100 dari web shopping tu, bestla time tu.
Silakan daftar dan nanti promote pun dapat juga. Okay juga macam tu kalau kerjanya setimpal dengan bayaran.
Deletemasih buat lg ke?
ReplyDeleteSaya baru kembali semula buat selepas 2 tahun tak buat.
DeleteTeman2 saya blogger Indonesia banyaaaak sangat yg dpt job dr intelinfluence ini kak. Bahkan ada yg berkali2 dapat. Memang lumayan kan pembayaran dia.
ReplyDeleteSaya pula masih belum ingin menjadikan blog saya utk tempat cari uang. Soalnya masih ingin menulis hanya ttg travel dan kuliner dari pengalaman pribadi.
Dahlaaah, cari duitnya dari usaha yg saya jalani saja 😅😄. Blog tetap jadi rumah Maya utk menyalurkan passion.
Untunglah mereka banyak dapat berkali-kali. Saya buat bergantung pada masa dan kesesuaian.
DeleteYa, setiap blogger passion nya berbeza. Jadi, kita buat apa yang kita minat.
Banyak tu dek..rezeki pada yang rajin..memang janji Allah itu pasti..boleh lah Etuza tanya sesuatu mana tau kan tak reti hal Adsend iklan tu ada juga daftar ..siput
ReplyDeleteAlhamdulillah...Ya, kira banyak tu. Mana yang termampau, kita usaha buat. Adsense sekarang memang slow tak macam dulu.
DeleteLama sudah tak dapat job dari Intellifluence ni. Dulu masa zaman PKP, banyak yang diorang bagi. Sekarang macam takde dah.
ReplyDeletePerasan juga tu. Kalau tidak kerap jugalah sebulan dua ada kan. Saya pun baru kembali lepas 2 tahun.
DeleteMenarik nya tapi tak berani nak commit sebab urusan tak menentu walaupun tak kerja. Mood menulis pun bukan 4 musim 😄😄, tapi bermusim2. All the best Fiza. Suka baca blog Fiza, teliti semua foto dan susunan ayat. Komen pun sama.
ReplyDeleteHihi..faham faham. Begitulah kan mood kita, banyak musimnya. Terima kasih banyak-banyak, saya sangat-sangat menghargainya.
Deletewoww mcm menarik niii
ReplyDeleteMenarik. Dapatlah jana pendapatan sambil-sambil tu.
DeleteAlhamdulillah..tahniah sis Phiza...kita nie angan2 je tinggi...tapi M besar...tak sempat nak menelek nanti...enrty pun up sehari sekali je.. hihihi
ReplyDeleteAlhamdulillah...Terima kasih. Boleh tu kalau nak cuba. Kadang tempoh masa pun sebulan. Ada masa untuk menulis bila ada free time.
DeleteWahhh lama dah Fiza blogging rupanya. Otai ni💪💪💪💪Rasanya KSarie pernah dapat job 2 kali. Lepas tuh dah takde job yang bersesuaian. Masih menunggu kot ada peluang lagi.
ReplyDeleteLama sudah since 2009 tapi takdelah otai pun. Lately nampak macam kurang jobnya tapi kalau ada yang sesuai tu kena cepat-cepat grab.
Deleteammi tahun ni macam tak ada job yg bersesuaian je di Intellifluence ni. Ammi pun macam tak update sgt profile..nanti nak tengoklah balik. Rasanya kalau dikumpul semua dah ribulah juga hasil dari situ
ReplyDeleteTahun ni saya baru buat 1. Itupun yang tertunggak sebab lama tak buat. Macam kurang sikit lately. Betul, dekat ribu jugak kan.
DeleteBayaran masuk, senyum lebar. Job kecil, tapi rezeki besar
ReplyDeleteAlhamdulillah.. hasilnya lumayan kan.
Delete