Kelebihan Doa Allahumma Yassir Wala Tu assir, Doa Permudah Urusan

Doa Allahumma Yassir Wala Tu'assir, doa pendek yang seringkali dibaca untuk dipermudah apa jua urusan yang kita hadapi. Doa ini juga dibaca ketika mengalami kesulitan dan ingin keluar dari jalan buntu. Manusia tak pernah lari dari melalui fasa-fasa kehidupan yang sulit. Setiap orang pasti akan melaluinya.

Doa Allahumma Rabbi yYassir Wala Tu'assir dalam tulisan Arabic
اللّهُمَّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِّرْ

Bacaan dalam rumi
Allahumma Yassir Wala Tu’assir
Maksudnya :
Ya Allah, permudahlah urusanku jangan dipersulit.
Doa Robbi Yassir Wala Tu’assir
Doa Allahumma yassir walaa tu'assir dan doa robbi yassir walaa tu'assir adalah sama. Satu-satunya perbezaan adalah tanda seru, iaitu Allahumma yang bermaksud "Ya Allah" dan Rabbi yang bermaksud "Wahai Tuhanku".

Robbi Yassir Walaa Tu’assir dalam tulisan Arabic
رَبِّ يَسِّرْ وَلَا تُعسِّرْ

Bacaan dalam rumi 
Robbi Yassir Wala Tu’assir
Maksudnya:
Ya Tuhanku, permudahkanlah urusanku dan janganlah Engkau persulit.
Kelebihan Doa Allahumma Yassir Wala Tu assir Doa Permudah Urusan

Doa Allahumma yassir wala tu’assir wa tammim bil khair
اَللّهُمَّ يَسِّرْ وَلاَ تُعَسِِّرْ وَتَمِِّمْ بِالْخَیْر
Bacaan dalam rumi 
Allahumma yassir wala tu’assir wa tammim bil khair
Maksudnya :
Ya Allah permudahkanlah jangan dipersulitkan dan Engkau akhirkanlah dengan kebaikan
Oh Allah, make this task easy and do not make it difficult. Oh, Allah! Make it end well.

Maksud Doa Allahumma Yassir Wala Tu’assir

Dalam bahasa Arab, Allahumma yassir wala tu’assir merupakan satu doa kerana mengandungi rayuan, perintah atau larangan. Seruan yang dimaksudkan ialah perkataan allahumma yang bermaksud “Ya Allah”. 

Manakala arahan dalam bentuk perkataan yassir yang bermaksud 'memudahkan' dan larangan dalam bentuk perkataan laa tu'assir yang bermaksud 'jangan sukar'.

Tetapi seruan, perintah dan larangan yang disebut di sini adalah doa. Untuk perintah-perintah dan larangan di sini diarahkan dari sesuatu yang rendah ke kedudukan yang tinggi. Jadi itu permintaan.

Berbeza jika perintah dan larangan datang dari kedudukan yang lebih tinggi ke kedudukan yang lebih rendah, ini adalah perintah dan pengajaran.

Dari kefahaman yang mudah di atas, kita mengetahui bahawa doa Allahumma yassir wala tu'assir adalah permintaan kepada Allah. 

Manakala apa yang diminta adalah untuk dipermudahkan dalam menghadapi urusan dan tidak diberikan kesukaran, sesuai dengan maksud "Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan janganlah Engkau persulit."

Doa pengganti Allahumma Yassir Wala Tu'assir serta maksudnya

Selain doa Allahumma yassir wala tu'assir, terdapat doa lain yang boleh diamalkan. Doa yang memiliki makna yang sama dengan doa Allahumma yassir wala tu'assir.

Ini adalah doa Rasulullah SAW yang ma’thur. Daripada Anas R.A, Rasulullah SAW bersabda :

اللَّهُمَّ لا سَهْلَ إِلاَّ ما جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وأنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إذَا شِئْتَ سَهْلاً
Bacaan rumi
Allahumma laa sahla illa maa ja’altahu sahla, wa anta taj’alul hazna sahlan idza syi`ta sahla
Maksudnya : 
Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.
—Riwayat Ibn Hibban (974), Ibnu al-Sunni dalam, 'Amal al-Yaum wa al-Lailah (351) dan al-Baihaqi dalam al-Da'awat al-Kabir (265)

Ketika Allah SWT memberikan ujian atau cubaan kepada hambanya, tanda Allah menguji atau menegur hambanya agar segera kembali kepadaNya. Supaya kita tidak lalai. Itu tandanya Allah sayang kerana Allah maha pemurah lagi maha penyayang.

Perlu diingat, Allah SWT tidak pernah memberikan cobaan melebihi batas kemampuan hambaNya.

Firman Allah SWT :
لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha
Maksudnya
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya –Surah Al-Baqarah, ayat 286
baca juga : Maksud Dan Kelebihan La yukallifullahu nafsan illa wus’aha

Ketika kita diuji, mintalah pertolongan kepada Allah SWT kerana Allah sangat mencintai mereka yang suka meminta suatu hal melalui berdoa kepadanya. Oleh sebab itu, kita boleh amalkan doa seperti diatas. Kelebihannya Allah akan permudah segala urusan kita.

Bukan hanya perlu berdoa semata-mata, perlulah disusuli dengan usaha. Usaha tu satu bentuk kesungguhan untuk membuktikan yang kita betul-betul bersungguh untuk mendapatkannya.

sumber :
1. https://baligha.com/allahumma-yassir-wala-tuassir/
2. https://www.muftiwp.gov.my/ar/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2904-al-kafi-972-maksud-dan-cara-bacaannya-dalam-doa

Semoga Allah permudah segala urusan mereka yang berusaha menyelamatkan mangsa kejadian tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan di Batang Kali yang menyebabkan kereta dan khemah tertimbus. Semoga semua mangsa dapat ditemui dalam keadaan selamat. Aamiinn...

4 comments:

  1. antara zikir yg wajib baca (utk sy laa) terima kasih share ilmu baru

    ReplyDelete
  2. Semoga segala urusan kita dipermudahkan.. Dan hati kita just untuk menjalaninya...Aamin...Bagus amalkan ayat ni...KepadaNya jua kita berserah

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.