Cendawan Busut Masak Air

Salah satu menu masakan lauk kampung yang Fiza suka adalah cendawan busut masak air. Cendawan busut ni payah nak dapat kecuali pada musim hujan. Biasanya cendawan busut tumbuh liar di kawasan kebun getah dan sawit. Rezeki Fiza berbuka puasa di kampung hari tu dapat makan cendawan busut yang rare ni.
Cendawan busut akan tumbuh  selepas hujan dalam cuaca agak lembab dan ada busut dari koloni anai-anai berdekatan. Kebanyakkannya cendawan busut ni tumbuh di atas busut anai-anai atau sekitarnya dan menghasilkan bau atau aroma yang kuat. Sebab itulah di panggil cendawan busut.
Biasanya kalau dapat cendawan busut di kebun, mak Fiza akan masak air je. Lebih sedap dan lebih original rasa cendawan tu. Kalu hirup kuahnya memang berasa rasa cendawan tu. Siapa duduk kampung dan pernah rasa cendawan busut ni, tahulah rasa sedap dia macamana.



Kena hati-hati juga nak makan cendawan busut ni disebabkan ianya tumbuh meliar tanpa jagaan rapi dan tanpa racun ada kalanya terdapat ulat-ulat kecil dalam cendawan ni. Jadi, kena basuh bersih-bersih sebelum memasak. Paling penting, jangan di makan mentah kerana dikhuatiri beracun.

Cendawan busut ni rasanya manis, lembut dan bau wangi bila masak. Kalau hadap sorang ni boleh habis macam makan sup cendawan.

Untuk tidak menghilangkan rasa sebenar cendawan busut ni, cara masak mak Fiza cuma didihkan air secukupnya dalam periuk bersama  daun kunyit, garam dan cili merah besar yang telah dipotong. Bila air dah mendidih masukkan cendawan busut yang telah di basuh bersih. Biarkan masak dan siap untuk di makan. Itulah cara tradisional orang zaman dulu memasak. Mudah dan sedap.

Seronok kalau musim hujan dapat makan selalu. Tapi tak selalu sangat sebab cendawan ni tumbuh secara berkelompok di satu tempat je. Kalau ada orang jual di pasar pun, gerenti mahal sebab cendawan busut ni antara spesis cendawan yang bermusim dan sukar di cari. Sekali dapat makan, memang rasa tak cukup. Itulah kata-kata dari seorang penggemar sayur cendawan yang bernama Fiza.


16 comments:

  1. Saya suka kulat getah..

    Warna cokelat dan jernih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kulat getah tu cendawan kukur ke namanya? dan yang jernih tu cendawan apakah namanya? rasanya macam pernah tengok yang jenis jernih tu

      Delete
  2. tak pernah lagi makan. selalu cendawan tiram masak tomyam/tumis dalam sayur campur je

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang macam cendawan tiram juga cuma ini versi kampung dan tumbuh meliar :)

      Delete
  3. Cendawan busut liar ni memang sedap.
    mengalahkan daging rusa rasanya.
    Tapi sekarang dah jarang2 jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sampai sedap mengalah daging tu..hehe..memang susah nak jumpa zaman sekarang. yang ada pun kat kebun² je

      Delete
  4. wow best kalu dpt jamah ni, fiza.
    aida lom pernah lagi makan cendawan busut ni.

    ReplyDelete
  5. ni feveret hasben Qekra. slalu masakkan lemak cili api. tapi qekra tak makan sgt sebab sejuk. nanti biasa2 badan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak lemak cili api pun sodap kak. ohh cendawan ni dalam kategori sayur sejuk juga ye. baru tahu kak :)

      Delete
  6. Sedih bila tengok cendawan ni, aritu officemate ada bagi seplastik tapi busuk camtu dalam peti ais sebab saya tak reti masak cendawan busut ni.. Menyesal sebab membazir 😥

    ReplyDelete
  7. sedap tu kalau dapat panas-panas. nyum..nyum

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.