Tengok TV Atau Pergi Beraya

Monday, June 26, 2017

Siapa yang tak teruja kalau sambut hari raya. Semua orang seronok nak sambut hari raya tak kira usia. Walaupun ada yang bersedih nak sambut hari raya tapi tetap ada rasa sekelumit rasa gembira menyambutnya. Betul tak? Hari raya mestilah disambut dengan gembira. Tiada yang baru tidak mengapa, yang penting sambutan kemenangan setelah berpuasa sebulan. Eh, lepas tu jangan lupa sambung puasa enam pula. Lagi bertambah pahala dan ganjarannya. Tak nak ke?

Bila raya tiba, tak semua orang seronok untuk pergi beraya kan. Ada yang suka duduk rumah tengok TV je. Almaklumlah banyak rancangan menarik musim raya ni. Hari-hari ada cerita best. Tapi dok ulang cerita yang sama dari tahun-tahun sudah. Pun bosan juga. Tapi kalau dah sejenis tak suka pergi beraya, tak kan nak paksa pula. Sebenarnya situasi macam ni bergantung pada usia kita sebenarnya.

Zaman Kanak-Kanak

Kita imbas kembali zaman beraya masa kanak-kanak. Mana pernah lekat duduk rumah tengok TV. Dari pagi sampailah ke petang. Beraya sakan satu kampung sambil mengumpul duit raya. Waktu malam baru ada masa nak tengok TV. Itupun kalau tak terlelap awal.

Zaman Remaja

Beraya zaman remaja masih lagi terasa kesoronokan beraya. Mana yang kawan-kawan ada kereta tu, konvoi ramai-ramai datang beraya. Memang meriah raya boleh sampai beraya rumah kawan yang jauh-jauh tu siap ada jadual beraya lagi sampailah nak habis raya. Kawan yang datang rumah ramai-ramai sampai kecoh satu rumah. Seronok bila teringat semula zaman ni.

Zaman Dewasa Bujang

Bila dah bekerja dan masih bujang, rasa macam dah kurang kawan sebab ada ramai kawan-kawan dah berkahwin tak boleh nak beraya ramai-ramai lagi macam zaman remaja. Masa ni lah rasa malas nak pergi beraya, rasa nak duduk di rumah sepanjang hari menunggu tetamu datang. Saudara mara datang pun rasa nak terperuk dalam bilik je. Tak sanggup nak menjawab soalan " Bila nak kahwin?". Tapi zaman ni takde lah tak beraya lansung. Masih beraya juga dengan kawan-kawan yang masih bujang tapi boleh di kira lah beraya berapa rumah je. Nak beraya dengan mereka yang dah berkahwin macam tak syok juga kan. Mereka juga ada rancangan raya masing-masing. Jadi, lebih banyak duduk rumah dan tengok TV je lah.

Zaman Berkahwin

Bila dah berkahwin lagilah seronok raya sebab ada 2 keluarga 2 kampung. Giliran kampung mana raya dulu, kena pandai-pandai bawa berbincang lah ye. Yang kampung dekat-dekat memang untunglah. Yang jauh tu, kena pandai merancang untuk balik kedua-dua kampung. Wajib lah balik dua-dua kampung. Kesian mak ayah tunggu di kampung menunggu kepulangan anak-anak mereka. Masa rayalah masa untuk berkumpul anak beranak.

Berbalik kepada topik, zaman berkahwin ni agak ligat pergi beraya. Nak tengok TV memang takde masa lansung lah kecuali masa berehat sebelum itu. Mana taknya, bila dah berkahwin lagi bertambah rumah saudara mara yang perlu pergi beraya bersama keluarga. Selain itu, bila dah berdua dah ada geng  barulah rajin juga pergi beraya di rumah kawan-kawan lain yang dah lama tak berjumpa. Cuma tak syoknya ada soalan " Belum ada anak lagi ke?".

Zaman Ada Anak-Anak

Yang ada anak-anak ni lagilah meriahnya raya. Seronok bawa anak-anak beraya sakan di rumah saudara mara dan kawan-kawan. Jaranglah kot ada masa nak tengok TV. Zaman ni Fiza belum lalui, jadi tak boleh explain lebih-lebih.

Setiap zaman, berbeza mood raya masing-masing kan. Kadang-kadang rajin nak pergi beraya, kadang-kadang malas yang amat memang nak duduk tengok TV di rumah je. Tapi ada juga sejenis manusia yang zaman mana pun mood dia tetap sama bila tiba hari raya. Mood malas nak beraya nak duduk rumah je.

9 comments

  1. Jalan jalan...sebab nak bg feel raya pada si kecik ni...tapi yer la sebab dia kecik lagi kwna pandai pandai la sesuaikan masa ikut mood dia...kang dia mengamuk kat rumah orang...haru...hihi

    ReplyDelete
  2. makin tua rasa makin malas braya hahaha.. ada je alasan nak kasi ngelat..
    kalo braya rumah kawan pun atur rumah mana dlu so that blh cover dalam shari =D

    ReplyDelete
  3. Kalau ikutkan nak aje dok lepak kat umah mengadap tv.. Tapi kalau tak p beraya tak syiok pulak kan..

    ReplyDelete
  4. kalau dulu masa budak-budak,suka pergi beraya,dah meningkat remaja sikit,suka dduk rumah je tengok tv..

    ReplyDelete
  5. ofcos pergi berayaaaa. tak sabar nak masuk fasa berkeluarga tuhh.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  6. saya setakat ni beraya kat umah parents dgn nenek je..hehe..rumah sedara lama tak pergi dah ni..maklumlah masa raya je dpt habiskan masa dengan parents puas2..tunggu org datang beraya je lah..anak pun still dapat duit raya banyak gak sbb sedara pas2 pada mak..hehe..untung lah~

    ReplyDelete
  7. berbeza smbut hari raya, semakin besar semakin berbeza, zaman kanak2 la pling dirindui, jln2 rya kutip duit raya..

    ReplyDelete
  8. iye. tiap peringkat umur dan status, berbeza keriangannya.
    aida ni kaki beraya tau, fiza.
    so no such thing as dok umah tgk tv. setakat citer kat astro tu berulang hingga raya cina tahun depan kot.
    or skang boleh dah donlod citer pe je nak kan.
    raya = zirah = berjalan beraya.
    maybe dari kecik mak abah dah terapkan cara gitu.
    aida follow... nak terapkan kpd anak-anak plak.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.