Juadah Raya 1 Syawal

Sunday, June 25, 2017

Masa yang ditunggu-tunggu untuk makan pelbagai juadah raya di 1 Syawal a.k.a Raya Pertama. Raya pertama kebiasaanya menu yang ada semua meriah-meriah dan sedap yang takde hari raya kedua dan ketiga melainkan tak habis dan panaskan untuk esoknya. Pada raya pertama ni lah kau orang akan jumpa dengan pelbagai menu utama yang berbeza di setiap tempat. Tapi ketupat lemang dan rendang menu biasa yang ada setiap tempat. Cuma versi lain-lain mengikut tempat.

Juadah Raya di Kuala Pilah

Rendang Ayam Daun Puding

Rata-rata orang kampung pilah mesti ada masak rendang ayam daun puding ni. Pertama kali Fiza rasa sejak sambut raya di Pilah selepas kahwin, terus jatuh cinta dengan rasa ayam rendang daun puding ni. Pada mulanya agak pelik juga di campurkan dengan daun puding. Tapi bila dah rasa, sedapnya lain macam. Masakan mak-mak mestilah sedap. Cuba Fiza yang masak, tak sama dengan mak mertua masak.

Ayam Masak Gulai

Selain ayam rendang daun puding, mesti ada ayam masak gulai. Perlu juga ada lauk berkuah untuk pilihan mereka yang suka lauk berkuah terutamanya husband Fiza.

Rendang Daging

Asyik ayam, ayam dan ayam. Rendang daging pun ada juga mak mertua masak di hari raya pertama tapi biasanya masak sikit je la sebab permintaan lauk ayam lagi tinggi daripada lauk daging. Hehe...

Ketupat

Kalau rajin dan ada daun kelapa, adalah ketupat di hari raya pertama. Paling tidak pun ada pemberian dari orang lain.

Puding Laici

Untuk pencuci mulut, mak mertua Fiza tak pernah lupa nak buat puding laici. Ada lebih mak mertua akan bekalkan untuk Fiza bawa balik kampung Segamat.

Kredit foto : norafizasyakilla.blogspot.my

Juadah Raya di Segamat

Lemang

Kalau di kampung Fiza of course lah wajib ada dan makan lemang sebagai menu utama. Masa raya je dapat makan lemang yang abah buat sendiri. Puas hati dapat makan lemang abah buat. Tak pernah tak sedap.

Rendang Daging Kerbau

Mak Fiza memang suka makan daging kerbau. Biasanya akan tumbangkan sekor kerbau dan bahagian-bahagiannya dikongsikan anak beranak dan juga sedara mara yang dah booking awal. Daging kerbau buat masak rendang atau gulai. Memang sedap sebab kurang lemak.

Nasi impit

Beraya di segamat dari kecil jarang sekali ada ketupat. Mungkin sebab dah ada lemang. Mak lebih senang buat nasi impit je sebab takde orang nak menganyam ketupat pun.

Kuah Kacang

Dah ada nasi impit, of course kena ada kuah kacang baru sedap makan. Kalau ada kuah lodeh @ lontong lagi sedap rasanya kan.

Kat tempat kau orang apa yang disajikan di hari raya pertama? Rasa teringin nak makan macam-macam raya pertama ni. Teringin nak makan lontong, soto dan menu yang rare sikit. Harap-harap dapat lah. Bukan senang nak dapat macam-macam dalam masa satu hari kan.

7 comments

  1. Selamat Hari Raya.
    Selamat menjamu selera.

    ReplyDelete
  2. Saya suka daging kerbau.
    Susah nak dapat sekarang.
    Selmat hari raya.

    ReplyDelete
  3. Haihhhh terus kenyang kita baca menu makanan awak tau...hahaha

    ReplyDelete
  4. wow menu menu semua memang mengundang sangat.. sedapnyaa =D

    ReplyDelete
  5. semua best...tapi akak lebih suka makan dengan kuah kacang atau rendang ...lodeh pun sedap jugak tu

    ReplyDelete
  6. meriahhhnyaaaaa makanannn raya. biasa umah uyul dah munjung awal, pagi raya tak masak berat berat dah,
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. sedap-sedap nyer fiza.
    meskipun semua kita boleh makan bukan time raya.
    but bila raya, semua ni jadik extra istimewa, kan :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.