Ada Apa Dengan Malam 7 Likur

Thursday, June 22, 2017

Bila hari raya semakin dekat, mulalah lagu raya berkumandang di radio dan TV. Tak lupa juga kerap muncul di dinding-dinding facebook. Masa lagu raya muncul juga, masa itu lah mood raya tiba-tiba datang. Mulalah sibuk buat persiapan raya apa yang belum di siapkan lagi. Tak kurang meriahnya mengemas rumah dan menghias rumah dengan pelita dan lampu kelip-kelip. Wahh meriahnya raya masing-masing. Mesti hati dah meronta-ronta nak balik kampung.

Suasana kampung lagi meriah bila tiba musim raya ni. Orang kampung biasanya akan memasang pelita untuk menyinari malam-malam ramadhan menjelang hari raya. Back to tradisional dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak beraya di kampung. Mungkin ada yang telah berubah dengan hanya memasang lampu kelip-kelip lebih mudah tak perlu nak isi minyak dan menyalakan api.

Malam 7 Likur

Memasang pelita pada malam hari bulan Ramadhan selalu di kaitkan dengan malam 7 likur di mana malam 7 likur ni adalah tradisi warisan orang  melayu lama memasang pelita 10 hari terakhir sebelum sambutan hari raya aidilfirti bertujuan untuk memeriahkan suasana hari raya. Tiada kaitan lansung dengan Malam Lailatul Qadar dan istilah 7 Likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran islam.
Malam 7 Likur

Kalau di tanya pada Fiza, Fiza lebih sukakan suasana sinaran lampu pelita daripada lampu kelip-kelip sebab bila memasang pelita ni semangat nak berhari raya tu lain macam syoknya. Zaman sekarang pelita dah siap-siap di jual dengan kayu. Hanya perlu cucuk di tanah je. Masukkan minyak dan nyalakan api. Sebatang kalau tak silap Fiza di jual dalam harga RM3, pernah nampak ada jual di Pasaraya Giant pelita macam dalam gambar di atas. 

Lampu pelita dalam gambar di atas pun entah ke mana di simpan kat kampung. Sekarang ni guna lampu kelip-kelip je letakkan di sekeliling depan rumah. Rindu nak pasang pelita macam dulu-dulu. Semakin lama semakin tak nampak orang kampung pasang pelita. Yang ada pun beberapa buah rumah je. Ada juga sesetengah tempat mengadakan pertandingan pelita panjut. For sure lebih meriah suasana raya mereka tu. Walau macamana sambutan pun, tetap bergembira menyambut hari raya. Hari raya kan hari untuk kita bergembira. Jangan sedih-sedih ye.


7 comments

  1. ada sedikit kesedihan,tapi bila dapat berkumpul dengan keluarga,hilang rasa sedih tu...Selamat hari raya fiza

    ReplyDelete
    Replies
    1. nikmatnya berkumpul beramai² satu keluarga dan sedara mara kan :)

      Delete
  2. malam 7 likur satu acara supaya timbul suasana ceria.. sangat bagus tu

    ReplyDelete
  3. Baru tau pasal likur2 ni... alkisah, budaya je kan... huhu... thanks sharing..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.