Responsive Ad Slot

Slider

Dugaan Bulan Ramadhan

Mendengar berita kematian, kemalangan dan bencana yang menimpa mereka yang dikenali buat lagi rasa sedih mengenangkan ahli keluarga yang menghadapinya. Dugaan buat mereka di bulan Ramadhan.
Entah kenapa, Ramadhan kali ini dirasakan agak sayu. Mana tidaknya, setiap hari mendengar perkhabaran yang menyedihkan. Bila berlaku perkhabaran yang menyedihkan di bulan ramadhan, timbul rasa sedih, sayu sebak secara tiba-tiba. Mendengar berita kematian, kemalangan dan bencana yang menimpa mereka yang dikenali buat lagi rasa sedih mengenangkan ahli keluarga yang menghadapinya. Dugaan buat mereka di bulan Ramadhan.

Beruntunglah mereka meninggal di bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah. "Allahummaghfirlahu warhamhu. Ya Allah, ampunilah dia, dan rahmatilah dia". Walaupun mereka yang meninggal bukanlah ahli keluarga kita sendiri tapi rasa sedih itu tetap ada. Apapun bagi kita yang masih hidup ini perlu kuat untuk teruskan kehidupan.

Itu dugaan bagi mereka. Dugaan bagi Fiza pula mak dan abah di kampung tak sihat. Mak baru lepas operate mata tukar kanta. Nak buat kerja memang tak boleh lansung. Perlu rehat lebih untuk mata pulih melihat seperti sedia kala. Abah pula terpaksa pakai tiub untuk buang air di sebabkan sukar untuk buang air gara-gara silap makan/minum. Bergilir-gilir jugalah adik beradik balik kampung tengok-tengokkan mak abah. InshaAllah minggu depan Fiza pula balik kampung.

Bila balik kampung, barulah berkesempatan nak berbuka bersama keluarga. Kalau balik kampung Fiza, dalam masa yang sama akan balik kampung husband juga sekali laluan. Dapatlah merasa bersama kedua-dua keluarga.

Masing-masing ada dugaan masing-masing di dalam bulan Ramadhan. Walau apapun pun dugaan yang menimpa, hadapilah dengan tabah dan kuatkan semangat. Walau tak berada di tempat mereka yang menerima musibah, berikan mereka semangat supaya terus kuat. Apa yang buat kita lagi sebak bila ada di antara mereka yang tak dapat menyambut hari raya bersama-sama.

Banyakkan berdoa di bulan Ramadhan. Semoga segala urusan kita dipermudahkan oleh Allah SWT. Moga doa kita Allah makbulkan. Aaminn...


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون . Salam Takziah buat blogger Che Sue Izzeyda dan Yeop Maz atas pemergian ibu yang tersayang. Kuatkan semangat kalian. 

Allahummaghfirlaha warhamha. Ya Allah, ampunilah dia, dan rahmatilah dia. Alfatihah.
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ
ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امي
Tak ketinggalan juga, doakan semoga blogger Shea Rasol terus kuat dan kembali pulih yang kini dikatakan menghidapi kanser.

Update terkini : Shea Rasol telah meninggal dunia pada petang tadi (9 Jun 2017). Innalillahi wa inna ilaihirojiun. Allahummaghfirlaha warhamha wa'afiha wa'fuanha. Dijemput ilahi pada hari Jumaat di dalam bulan Ramadhan. Moga syurga tempatnya. Aaminn

10
( Hide )
  1. inshaallah semoga kita sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
  2. Bulan Ramadan bulan dugaan keteguhan iman kan..moga semua baik-baik aje buat semua. moga mak abah fiza kemabli sihat seperti biase.

    ReplyDelete
  3. itulah.. beberapa ari ni dpt perkabaran yang sedih pula ... trus teringat kat emak :(

    ReplyDelete
  4. memang banyak jugak dengar berita sedih, baru2 ni pun anak bazli UNIC..anak kecik tu menderita kanser..teringat anak sendiri..xtau mampu tabah ke x.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga mereka yang menerima ujian Allah tabah menghadapinya.

      Delete
  5. Semoga kedua ibu bapa fiza kembali sihat spt sedia kala..amin. nenek ju pun bru lepas tukar kanta minggu lepas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn..terima kasih Jun. Moga nenek Ju pun dapat kembali melihat jelas seperti biasa

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu