Tiba-Tiba Earnings Nuffnang Mencanak Naik

Friday, June 23, 2017

Kali terakhir Fiza keluarkan iklan nuffnang daripada blog Fiza beberapa bulan lepas gara-gara earnings Nuffnang yang sendu dan juga disebabkan untuk apply google adsense. Kalau tak silap dalam 2-3 bulan lepas. Dalam tempoh tu juga, Fiza ada dengar juga ura-ura mengatakan Nuffnang bakal ditutup dan ada masalah nilai earnings berubah² yang dihadapi oleh beberapa orang blogger. Betul ke tidak Fiza tak pasti lah. Malas nak menyelidik disebabkan masa tu tak letak iklan Nuffnang dah, jadi tak ambil kisah tentang itu.

Sempat juga menjengah earnings Nuffnang sebelum berlalu pergi. Masa tu earnings yang ada cuma dalam RM7.++ tak silap. Memang tak lepas nak cashout buat kali terakhir. Nak tunggu dan kumpul untuk cashout akan datang pun tak tahu ambil berapa lama memandangkan kenaikan earnings Nuffnang setiap hari tak berapa nak bagus. Nak kumpul RM1.00 seminggu pun payah. Fiza fikir, takpelah tak perlu teruskan dan burn je nilai yang ada tu. Merajuk teruk dengan Nuffnang ni. Pendek kata, dah malas nak berharap. Menunggu pun macam tak berhasil gitu. Akhirnya disebabkan itu juga Fiza terpaksa lepaskan Nuffnang sehinggalah Fiza jengah balik baru-baru ni saja untuk tengok-tengok kononnya.

Agak terkejut tengok akaun Nuffnang sebabnya earnings Fiza mencanak naik dari yang sebelum ni. Yang peliknya Fiza tak letak iklan pun sepanjang Fiza tinggalkan Nuffnang. Tapi kenapa tiba-tiba earnings muncul??? Persoalan di situ. Traffik pun angka 0 kot. Mana datang earnings yang banyak tiba-tiba datang tu. Saja nak memujuk kita ke apa ni? Ke tersilap?

Untuk pertama kalinya Fiza expose earnings yang Fiza dapat. Ye lah, untuk buktikan yang tiba-tiba earnings naik tanpa di duga tanpa meletakkan iklan di blog. Hairan juga Fiza. Nak happy ke tidak entah? Disebabkan dah ada earnings yang boleh cashout tu, makanya Fiza cashout terus. Nak kumpul pun tak letak iklan Nuffnang lagi. Selamat sudah Fiza cashout. Nak tahu betul ke tidak, tunggu je la cheque Nuffnang sampai tadi. Kalau betul nilai tu dan memang rezeki Fiza, maka akan sampailah nanti. Nuffnang saja nak bagi duit raya agaknya.
Your earnings request has been successfully submitted. Please allow 30 days from the end of the month for your payment to be processed and sent. You will receive an email when your cashout has been processed. If you do not get your cheque within one month after receiving that confirmation email, kindly notify us, as cheques are only valid up to six months.

9 comments

  1. Alhamdullilah..rezeki tu

    saya cuma RM30 je..hasil dari blog yang terbiar hehehe

    ReplyDelete
  2. Rezeki hari raya tu namanya =) Nuffnang Siqah sendu je. Sekarang dah tak letak dah. Malas. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita nantikan saja nanti. Harap harap ada rezeki :)

      Delete
  3. WAH..best tu..akak pun baru check,tengok macam tu jugak...dia xnak bagi duit raya kat akak

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Rezeki.. Sha punya tak pernah naik..

    ReplyDelete
  5. Rezeki nak raya ni. Mama.punya nuff pun sendu. Agak2 kalaukeluarkan boleh mencanak tak hihi

    ReplyDelete
  6. adv nuff kat blog aida pun da lama tak berkelip.
    and aida ni tak cek akaun nuff dah berbulan.
    jap lg nak cek la, fiza.
    mana ler tau tetiba berjangkit dgn fiza :)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.