Dekorasi Rumah Untuk Hari Raya

Wednesday, June 07, 2017

Sedar tak sedar, hari ni dah masuk 12 Ramadhan Fasa kedua di dalam bulan Ramadhan.  Bila sampai pertengahan bulan Ramadhan, Fiza gerenti ramai yang dah mula buat persiapan raya. Salah satu persiapan yang wajib di buat adalah mendekorasi rumah untuk hari raya. Selain mencantikkan diri sendiri, rumah juga perlu di cantikkan juga. Ye lah kan, tetamu nak datang beraya mestilah rumah kena cantik, bersih dan kemas untuk keselesaan tetamu.



Ada orang bila raya tiba, dia akan tukar semuanya baru dalam rumah. Itu kalau ada bajet lebih lah. Kalau takde bajet lebih pun, paling biasa orang akan tukar langsir baru. Ye, langsir baru yang wajib di tukar setiap tahun bila musim perayaan tiba. Perabot tak tukar takpe, yang penting langsir wajib tukar baru. Nak nampak lain sikit dan berikan suasana ceria di hari raya kononnya. Takdelah nampak macam hari raya macam hari biasa je.

Zaman sekarang, tak perlu dah nak beli kain langsir dan tempah jahit. Boleh beli online je yang dah siap di jahit. Ada macam-macam corak, warna dan pelbagai jenis langsir. Kau orang cuma perlu pilih ikut citarasa masing-masing mengikut tema. Memandangkan sekarang sedang berlansung Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya Sale ( 19 Mei sehingga 30 Jun 2017), kau orang boleh shopping sampai lebam sementara tengah sale kaw kaw sehingga 80%. Bolehlah kau orang beli langsir cantik-cantik dengan harga murah.

Marhaban Ya Ramadhan dan Riang Ria Raya sale



Well, tahun ni Fiza masih berkira-kira apa yang perlu diperbaharui dan apa yang tidak perlu ditukar tapi dalam masa yang sama nak nampak baru. Memandangkan ruang dalam rumah tak berapa nak luas. Jadi, Fiza mengamalkan konsep 'minimalist'. Rasanya tak perlu ada penambahan perabot baru, cuma susun atur kita perbaharukan. Mana yang dah rosak atau nampak buruk, kita perbaharukan dengan cara yang kreatif dan dalam masa yang sama boleh berjimat cermat. Sekarang kena bijak berbelanja.

Fiza ada beberapa tips untuk dekorasi rumah nampak baru sempena musim hari raya tak lama lagi.

1. Langsir
Gunakan langsir yang jarang di pakai. Pastikan langsir masih kelihatan elok dan nampak seperti baru. Jangan pulak kau pakai langsir yang dah kusam. Memang tak ceria lah.

2. Sofa
Jika sofa kau orang yang jenis kain, kulit dan sebagainya ada kesan koyak dan contengan. Tak perlulah bersusah payah beli baru melainkan kau orang memang nak beli baru. Sekarang kau orang dah boleh berjimat dengan menggunakan stretchable sofa cover yang ada pelbagai jenis corak dan warna untuk buatkan sofa nampak baru. Memandangkan ianya stretchable, sangat sesuai untuk pelbagai saiz sofa.

3. Karpet
Selain langsir, karpet juga salah barangan yang biasa di tukar baru bila tiba hari raya. Nak buatkan karpet nampak baru, hantar cuci kat kedai je. Kalau nak cuci sendiri memang jenuh sikit. Ataupun kau orang boleh beli baru dengan harga yang murah. Kau orang boleh beli karpet gebu berbulu lembut jenama sokano (120cx80cm) dengan harga RM25.60 je. Murah tak? Berbaloi beli sekarang. Cepat beli sebelum harga jadi mahal.

Rasanya cukuplah itu sahaja yang Fiza rasakan benda yang biasa di tukar oleh semua orang bila tiba hari raya. Jarang sekali orang nak tukar semua perabot melainkan bajet terlebih. Nak beli perabot baru, kena fikir juga soal ruang rumah. Kalau rumah kecil, tak perlu perabot yang terlalu sarat. Nanti ruang rumah jadi sempit. Betul tak? 

Selain barangan yang Fiza sebutkan di atas, ada pelbagai lagi jenis perabot dan perhiasan yang kau orang boleh dekorasi mengikut kreativiti sendiri untuk nampak baru. Ataupun kalau kau orang buntu sangat nak memikirkan tentang dekorasi rumah, Fiza kongsikan  apa yang boleh membantu kau orang untuk dekorasi rumah dengan harga bajet dan cantik. Sila klik link di bawah.

Riang Ria Raya My Ramadhan Home- http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-my-ramadhan-home/

Selamat mendekorasi rumah anda

18 comments

  1. Whoa, dah ada mood raya gotuu..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of courselah Nona, lagi berapa hari lagi nak raya dah kan :)

      Delete
  2. Gut luck fiza.. moga ada rezeki fiza utk menang..

    ReplyDelete
  3. Mantap Cik, ditunggu kunjungan baliknya di http://www.netizain.xyz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. sudah berkunjung tapi tak dapat nak komen since xde komen box :)

      Delete
  4. Tahun ni ju ngn suami smbut raya dekat rumah parent ja jadi smgt nak kemas ruma sdiri tu xda la semeriah sblm ni sb nak pindah rumah bru lepas raya . Btw all the best tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takpe, nanti semangat mengemas rumah baru rumah raya juga kan :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.