Elakkan Makan Makanan Yang Telah Di Proses

Sunday, June 11, 2017

Akhir-akhir ni kita banyak mendengar tentang berita kematian seseorang akibat kanser. Bukan kanser yang biasa-biasa kita dengar, kanser baru yang baru wujud sehingga kan doktor sendiri tidak mengenal pasti kanser yang tersebut. Salah satu sebab wujudnya kanser baru ni adalah dari segi gaya pemakanan harian kita.

bahaya makan yang di proses

Zaman sekarang terlalu banyak makanan yang telah diproses ada di pasaran. Motif utamanya adalah untuk memudahkan pengguna dalam menyediakan makanan harian. Tanpa sedar, ianya boleh menjadi pembunuh senyap.

Apakah makanan yang di proses?

Makanan yang diproses ialah makanan yang telah di bungkus menggunakan pembungkusan seperti tin, plastik, kaca dan sebagainya dan mempunyai bahan-bahan tertentu untuk menjadikannya tahan lebih lama tersimpan selagi belum tarikh luput dan dibuka. Kaedah yang digunakan seperti menyejuk beku, dehidrasi dan proses aseptik. Makanan yang diproses diubah daripada bentuk semula jadi untuk tujuaan keselamatan dan penggunaan yang mudah. 
Jadi, tak hairanlah kenapa terlalu banyak makanan yang telah di proses semakin banyak di pasaran. Mungkin juga selaras dengan gaya hidup zaman sekarang yang masing-masing terlampau sibuk dengan kerja. Akan tetapi sesuatu yang  mudah bukanlah sesuatu yang terbaik untuk kita di masa akan datang. Terdapat banyak bahan-bahan yang tidak bagus dalam makanan yang diproses, antaranya:
  • Pewarna
  • Penstabil
  • Peluntur 
  • Pengemulsi 
  • Melembutkan 
  • Pengawet
  • Pemanis
  • Perisa
Setiap satu bahan mempunyai fungsi masing-masing dalam membuatkan makanan tersebut lebih sedap, lebih sihat dan lebih tahan lama untuk disimpan. Tapi percayalah, makanan tersebut bukan menu sihat seperti yang kita fahami. Barang-barang dapur di rumah kita yang sedia ada pun kebanyakkannya mempunyai makanan yang diproses. Contohnya seperti sardin, mee maggi, sosej dan sebagainya,

Bagaimana Makanan yang diproses menyebabkan kanser

Sesetengah bahan kimia sintetik yang di gunakan bersifat karsinogen. Individu yang kerap makan daging yang diproses seperti sosej akan berisiko diserang kanser pankreas sehingga 67 peratus.

Selain itu, makanan yang diproses mempunyai tinggi gula, lemak dan garam, serta kurang nutrien dan serat punca peningkatan masalah obesiti dan juga penyakit kronik di seluruh dunia.

Kebanyakan makanan yang diproses mengandungi asid lemak trans (TFA), salah satu bentuk lemak paling bahaya yang boleh menyebabkan penyakit jantung. Ini kerana ia meningkatkan paras LDL (lemak buruk) dan menyingkirkan HDL (lemak baik) daripada tubuh. Bukan itu saja, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Persatuan Perubatan Amerika Syarikat mendapati gula yang terkandung dalam makanan dan minuman yang diproses turut meninggikan risiko penyakit jantung. wallahu'alam

Mulai sekarang, kurang-kurangkan lah makan makanan yang di proses. Sebaiknya pilih makanan yang sihat untuk menu setiap hari. Kata orang lebih baik kita  mencegah daripada mengubati.

Sumber: Majalah iSIHAT

18 comments

  1. Perkongsian yang menarik..
    AM selalu stok sosej gan daging burger sentiasa ada dalam peti sejuk..
    dah kena elakkan dah nie..


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, kekadang tu mesti ada stok sikit² kan..selagi boleh kita kurangkan, kita kurangkan pengambilan tu :)

      Delete
  2. Tahu je makan proses tak elok untuk kesihatan.
    Tapi itulah yang diharap hari-hari bulan puasa nie sebagai penambah hidangan.
    Kena pula selali balik lambat time puasa nie.=(
    Terima kasih sis untuk info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena biasa kurangkan, inshaAllah lama-lama mesti terlupa dah :)

      Delete
  3. Kanser memang pembunuh sneyap. nak elak anak-anak dari makan sosej dan nugget agak susah sebab suami suka sangat belikan :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba-cuba buat homemade punya kalau dah biasa makan :)

      Delete
  4. Tq share.. kat umah sosej memang owez ada.. pasni kena kurangkan la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan selalu makan..sesekali teringin makan takpe kot :)

      Delete
  5. lepas ni kena elakkan lah makan makanan proses ni...

    ReplyDelete
  6. huhu. memang selalu makan pon time2 emergency.
    kena la kurangkan ni

    ReplyDelete
  7. btl ju setuju tnpa sedar mknn fast food ni pembunuh dalam diam =(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.