Servis Kereta Sebelum Hari Raya

Saturday, June 17, 2017

Sebelum hari raya tiba, banyak persiapan perlu dibuat sebelum balik ke kampung. Salah satunya servis kereta. Kau orang dah servis kereta ke belum? Untuk mengelakkan kereta rosak dan mengelakkan perkara buruk berlaku masa balik kmapung tu, lebih baik servis kereta dulu. Dapatlah check dan perbaiki mana yang rosak dan mana yang perlu di tukar ganti.

Kredit foto : google
Bab servis kereta Fiza dan husband dah settle dah beberapa hari lepas. Risau kalau lambat nanti booking dah penuh. Kalau lambat-lambat nanti lagi risau kalau-kalau kereta buat hal sebelum servis. Lagi banyak makan kos pula.

Dah dekat musim perayaan ni confirmlah ramai yang nak servis kereta. Sebab tu kena servis awal. Hari tu husband Fiza booking slot awal. Slot awal pun siapnya tengahari juga sebab kereta yang paling awal pukul 8 pagi tu servis keretanya terlama pula. Jenuh juga menunggu sampai tengahari. Bayangkanlah kalau ambil sesi petang, bila pula nak siap servis kan.

Macam biasa tukar minyak hitam dan filter sebab kalau ikut mileage memang dah sampai  masa kena tukar. Yang lain-lain check brake, battery dan lain-lain yang berkaitan. Jumlah keseluruhan servis kali ni lebih kurang RM2++. Rabak poket sebelum raya. Tapi takpe, jangan terabak lagi teruk kalau kereta rosak. Yang penting, jaga kereta elok-elok barulah selamat perjalanan balik kampung nanti. Mudah-mudahan perjalanan selamat pergi dan balik. Apa yang boleh kita buat, ambil langkah keselamatan terlebih dahulu.

Kalau nak servis kereta, pergilah ke tempat servis kereta yang dipercayai. Jangan sampai di tipu oleh mereka yang mengenakan caj mahal dari apa yang sepatutnya. Almaklumlah, musim perayaan ni semua nak ambil kesempatan caj mahal. Nak tak nak, kadang-kadang terpaksa juga bayar dek kerana tiada pilihan dan terpaksa. Sebelum servis tu kena ambil tahu apa yang perlu diservis. Kalau ikut kata mereka, itu nak tukar, ini nak tukar memang banyak makan duit. Jadi, kena ambil tahu tentang kereta juga. Kalau tak tahu, tanya dulu pada mereka yang arif supaya tidak tertipu bayar mahal.  Jaga-jaga.

10 comments

  1. Replies
    1. Ye, betul tu..persiapan balik kampung yg paling penting sekali.

      Delete
  2. Kereta yang dah servis lebih lancar perjalanan..

    Jimat minyak pula tu..

    ReplyDelete
  3. takpa sevis kereta.. elak nti jadi apa2 kt tengah jalan lagi susah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu takpe, kena ambil langkah berjaga jaga..sediakan payung sebelum hujan.gitu :)

      Delete
  4. Lea pun x sebis kete lagik.. Tapi rasanya tak pergi jauh kot.. Sini2 aje.. hiks..

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah,dah settle dah servis kereta..

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.