Bulan Jun Yang Di Nantikan

Thursday, June 01, 2017


Hai Jun! Semangat nak berjumpa bulan Jun tahun ni. Akan datang, macam-macam akan berlaku dalam bulan Jun nanti. Sedia maklum kita sedang menunaikan ibadah puasa dan pada hujung bulan jun nanti Hari Raya Aidilfitri yang dinantikan oleh mereka yang berpuasa di dalam bulan ramadhan. Lepas hari raya pertama boleh tunaikan ibadah puasa enam pula.

Selain hari raya yang di nantikan, Fiza juga menantikan penghujung Jun hari jadi encik suami. Boleh sambut masa raya nanti mesti lagi meriah. Dalam bulan Jun bulan yang istimewa tahun ni sebab dalam bulan Ramadhan mengikut tahun Islam. Jadi, bulan ramadhan yang mulia ni bolehlah kita semua umat islam menghayati ramadhan yang mulia penuh barakah. Tambahkan amalan apa yang patut.

Bulan Jun, target Fiza untuk blog masih samar-samar lagi. Misi bulan Jun nak perbaiki traffik blog makin meningkat. Bulan puasa agak jarang update blog disebabkan kekangan masa dan idea. Tambah pula traffik blog sedang merosot gara-gara tukar template blog. Ada yang perasan tak blog Fiza dah berubah? Okay ke tidak? Lebih kurang dengan template sebelum ni simple je cuma lain sikit. Macam biasa Fiza gunakan template responsive dan mesra SEO online je. Bila beli template online hanya perlu edit apa yang perlu. Kalau buat sendiri memang tak cukup masa nak hadap blog.

Sekarang sibuk dengan tempahan sampul duit raya dan tempahan design. Fiza ambil tempahan yang Fiza rasa sempat nak buat. Untuk tempahan sampul duit raya akan tutup tak lama lagi sebab pos laju pun akan tutup 2 minggu sebelum raya katanya. Jadi, kalau nak tempah silalah tempah awal ye. Nanti kecewa, kecewa sorang-sorang lah ye. Dah bagitau awal-awal dah. Jangan kata nanti tak perasan pula ye.

Paling best bulan Jun sebab banyak cuti. Bila hari cuti, siap sedia lah untuk bersesak di mana-mana terutamnya jammed di jalan raya. Itu yang tak berapa nak di nantikan tu.

CUTI UMUM BULAN JUN 2017

1 JunKhamisHari GawaiSarawak
2 JunJumaatHari Gawai
Hari Kedua
Sarawak
12 JunIsninHari Nuzul Al-QuranKelantan, Kuala Lumpur,
Labuan, Pahang, Perak, 
Perlis, Pulau Pinang, 
Putrajaya, Selangor &
Terengganu
25 JunAhadHari Raya PuasaSemua Negeri
26 JunIsninHari Raya Puasa
Hari Kedua
Semua Negeri
27 JunSelasaCuti Hari Raya PuasaSemua Negeri (kecuali 
Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)
Seronoklah banyak cuti. Lagi-lagi cuti raya tu memang bercuti sakan masing-masing. 

11 comments

  1. Welcome jun. maksudnya kita dah berada di pertengahan tahun.

    ReplyDelete
  2. eh..eh..aku pon sama lah fiza.cuma suami aku birthday tengah bulan..hehe
    selamat berpuasa yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilah kita buat apa yg patut untuk orang yg tersayang

      Delete
  3. smoga dipermudahkn smua rncgn bulan june ni =) insyallah amin ya rabb. Ju da siap hntr borang cuti untuk raya last week.. smgt nak cuti ngn family xD

    ReplyDelete
  4. lama aida x jengah sini fiza.
    kekangan masa. ramadhan.
    then internet yg semput.
    blog fiza always cantik.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.