Udang Campur Kacang Panjang Goreng Berlada

Wednesday, May 31, 2017

Bulan Puasa, Fiza memilih untuk masak makanan yang ringkas dan mudah nak di sediakan. Biasanya kalau masakan yang mudah dan ringkas ni setengah jam sebelum berbuka baru masak sebab suka makan makanan yang panas-panas baru lah rasa nikmatnya makanan. Tapi tengok juga jenis menu nak di masak tu. Kalau jenis menu yang leceh sikit kenalah masak awal. Tapi kalau jenis tumis-tumis sikit, campak-campak dah siap masak 5 minit sebelum berbuka pun sempat lagi nak masak.

Ye, lain orang lain citarasa. Lain cara hidup lain juga caranya. Jadi surirumah kalau fikirkan bab masak ni hari-hari pun boleh buat pening kepala memikirkan nak masak apa setiap hari. Salah satu menu yang ringkas, cepat dan mudah ialah masak udang campur kacang panjang goreng berlada. Senang menu 2 in 1. Menu utama dengan sayur sekali. Jimat tenaga dah nak masak lauk lain. Ada lauk macam ni pun dah sedap untuk bersantap. 

Udang Campur Kacang Panjang Goreng Berlada

Bahan-Bahan

Udang
kacang panjang 
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Beberapa tangkai cili api
1/2 inci kunyit hidup
2 sudu minyak masak
garam

Cara Masak

1. Kisar bawang merah, bawang putih, cili api dan kunyit hidup. Kalau malas nak blend, potong hiris kecil-kecil pun boleh.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan yang telah di kisar tadi sehingga sedikit garing.
3. Masukkan udang yang telah dibasuh bersih dan biarkan masak
4. Bila udang hampir masak, masukkan kacang panjang yang telah dipotong serong. Kalau tak nak potong, nak patah² kan pun boleh.
5. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Biarkan masak seketika.

Kalau ikut cara Fiza masak, kacang panjang tu Fiza masak sekejap je sebab lebih suka makan kacang panjang rangup². Kalau layu sangat hilang khasiat pula. Udang pula sejenis makanan laut yang cepat masak. Jadi, sekejap sangat masak udang campur kacang panjang berlada ni. Macam Fiza cakaplah tadi, 5 minit sebelum berbuka pun sempat lagi. Tapi dengan syarat semua bahan dah siap sedialah. Kalau rasa nak makan panas-panas masa berbuka. Siapkan bahan dulu, lagi 10 minit nak berbuka tu baru masak. Ini antara menu yang Fiza rajin masak kalau nak cepat masak dan dalam masa yang sama menu tu sedap.


10 comments

  1. Haisss banyak betul gambar menarik yg menjamu mata ni.. Nape fiza up gambo ni.. menggugat iman tau.. hahaha

    leh cuba nanti.. ringkas tp sodap.. nyummmm

    ReplyDelete
  2. aah besa jadik surirumah ni mmg pening fikir nak masak menu apa, bila tnya suami mesti jawab "masak la apa pun" dah tmbh ju pening pulak wahahha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..jangan di tanya kat husband.double pening nak fikir.hehe

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.