Musim Bunga Malaysia

Musim Bunga Malaysia kembali lagi. Banyak gambar telah dikongsikan di facebook. Sekali nampak macam di luar negara tapi rupanya di Malaysia. Cantik sangat kan! Ada warna pink, purple dan putih. Tambah pulak bunga yang banyak dan daun yang rimbun. Boleh feeling macam berada kat Jepun ala² pokok sakura gitu. 

Lokasi : Alor Star, Kedah Sumber dari oh! media

Dulu saya pernah buat entry "Musim Bunga Sakura di kedah". Dalam entry tu saya ada cerita sikit pasal bunga ni. Kalau malas nak klik boleh baca maklumat bawah ni

Pokok ini adalah Pokok Tabebuia pentaphylla berasal daripada Amerika Tengah dan benua Amerika Selatan. Pokok ini sering ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan dan juga sebagai pokok hiasan taman.

Di Malaysia, Tabebuia pentaphylla juga dikenali sebagai pokok “Cherry Blossom” Pulau Pinang kerana bunganya yang sangat lebat seolah-olah bunga sakura Jepun yang mekar pada musim bunga.

Tabebuia pentaphylla yang biasa ditanam terdapat dalam dua warna iaitu merah jambu dan putih. Nama spesies “pentaphylla” dalam bahasa Latin merujuk kepada lima “jejari” daunnya dimana “penta” bermaksud “lima” dan “phylla” bermaksud “daun”. Pokok ini juga dikenali sebagai “pokok kertas tisu” kerana ranggi bunganya yang nipis.

Ia juga dikenali sebagai pink poui, rosy trumpet tree dan pink tecoma. Di negara-negara Amerika Selatan ia juga dikenali sebagai ipê rosa.

Jangan lepaskan peluang buat photoshoot. Sure cantik! Kalau tanam pokok ni kat kampung pun cantik jugak kan. Tapi takde benih pokok pulak.

8 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.