Header Ads Widget

New Stories!

6/recent/ticker-posts

Tabung Duit Syiling Baru

Yeay! Dah ada tabung duit syiling baru. Sebelum ni guna balang kaca bulat macam aquarium ikan tu. Sekarang guna balang kaca juga tapi jenis bertutup pulak. Dah lama usha kat IKEA tu dan dah beberapa kali pergi takde stok. Kebetulan singgah IKEA last week ada stok memang terus beli. Beli satu je la yang paling besar punya sebab nak simpan duit syiling kan.

Memang suka simpan syiling dalam kaca sebab lagi semangat nak simpan duit bila duit makin bertambah tu.

Glass jar ni sebenarnya untuk simpan makanan kering macam kacang, kerepek atau apa je yang sesuai sebab dia kedap udara ( air tight) macam tupperware. Buat letak kuih raya pun cantik ni. Tapi bekas kuih raya dah ada, so Fiza beli satu untuk buat tabung je la..pun boleh juga kan. Nama pun bekas. Nak simpan apa pun ikut masing². Ini pun cantik buat perhiasan juga.

www.azhafizah.com

Kaca ni berat, dah letak syiling bertambah berat. Yang penting handle with care. Kalau pecah, confirm nangis..retak hati I tau..hehehe

Nak beli kena pergi cepat sebab barang IKEA sekarang macam cepat je habisss..kecewa tau bila pergi tapi takde. Rasa macam nak buat pantun dua kerat je "Pergi IKEA, barang IKEA takde"..muahaha



Post a Comment

6 Comments

  1. Rajin Fiza menabung duit syiling eh. Sha entah campak2 mana duit syiling, bila nk pakai dah menggagau cari. Nampak gayanya, nk kna caru jar comel mcm ni baru disiplin sikit kut :)

    ReplyDelete
  2. comel..lepas ni mesti lebih rajin nak menabung

    ReplyDelete
  3. Hahahaha. amboii sangat pantun tuu :P

    ReplyDelete
  4. memang cantik buat koleksi letak biskut raya nanti kan...IKEA...jauh!!!!!!!!!!!!! ;-(

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.