Khasiat Teh Hijau @ Green Tea

Tuesday, March 03, 2015

Banyak Khasiat Teh Hijau @ Green Tea ni sebenarnya. Kalau kita rajin amalkan minum air teh hijau ni dapatlah khasiat² tu. Mereka yang diet memang sesuai minum air teh hijau sebab boleh kuruskan badan. 

Fiza memang suka air teh hijau ni tapi yang tak sihatnya sebab letak gula. Sepatutnya tak perlu letak gula cuma tambah madu sikit tapi dah husband tak boleh nak minum tanpa gula so bergula jugaklah. Kalau Fiza okay je tanpa gula asalkan ada rasa sikit. Musim panas ni letak dalam bekas kaca simpan dalam freeze, dah sejuk lepas tu minum memang sejuk je tekak ni. Lagi bagus minum air teh hijau panas.

Tak nampak hijau pulak warna dia..
khasiat-teh-hijau-green-tea


Khasiat/ kebaikan Minuman Teh Hijau @ Green Tea

1. Berat Badan : Teh hijau dapat meningkatkan metabolisme badan. Kandungan polifenol yang terdapat di dalam teh hijau berfungsi untuk meningkatkan tahap pengoksidaan lemak atau dalam bahasa mudahnya pemprosesan lemak. Selain daripada itu makanan yang di makan akan lebih cepat ditukar dalam bentuk kalori.

2. Penyakit Diabetes : Teh hijau membantu mengawal paras glukosa di dalam badan darah serta mengawal paras insulin. Jika kandungan gula di dalam darah yang berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan lemak.

3. Penyakit jantung : Para saintis berpendapat, teh hijau menjaga saluran darah lebih stabil dan lancar untuk mengawal tekanan darah. Apabila saluran darah berjalan dengan lancar makan risiko saluran darah tersumbat yang menjadi punca utama serangan jantung boleh dielakkan.

4. Kanser : Oleh kerana kandungan anti oksidan di dalam teh hijau tinggi, ianya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh hijau berupaya untuk membunuh sel kanser dan melindungi sel sihat.

5. Kolesterol : Teh hijau dapat membantu mengurangkan tahap kolestrol jahat dan meningkat tahap kolestrol baik di dalam badan. Jadi tahap kolestrol di dalam badan lebih terjaga.

6. Alzheimer dan Parkinson : Teh hijau dikatakan mengurangkan risiko penyakit Alzheimer dan Parkinson. Terdapat kajian yang dilakukan ke atas tikus, menunjukkan bahawa teh hijau dapat melindungi sel-sel otak daripada mata dan memulihkan sel-sel otak yang telah rosak.

7. Kerosakan gigi : Terdapat kajian yang menunjukkan kandungan antioksidan kimia ‘Catechin’ di dalam teh jijau bolehmemusnahkan bakteria dan virus yang menjadi punca jangkitan tekak, kerosakan gigi dan masalah gigi yang lain

8. Tekanan darah : Pengambilan teh hijau juga dipercayai boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

9. Kemurungan : Kandungan asid amino semula jadi iaitu ‘Theanine’ di dalam daun teh dianggap boleh memberikan kesan tenangkepada peminum teh.

10. Anti -virus dan anti -bakteria : ‘Catechin’ di dalam teh adalah sejenis agen antibakteria dan antivirus yang kuat untuk merawat serta menghalang penyebaran pelbagai penyakit termasuk kanser.

11. Penjagaan kulit : Kandungan antioksida dan antiradang di dalam teh hijau dapat membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan kedutan pada wajah.

Sumber: Lifehack.org



12 comments

  1. dayah tengah amalkan minum green tea :)

    ReplyDelete
  2. Setiap hari sy minum green tea sbb nak kurus. Mudah-mudahan berjaya ^^

    ReplyDelete
  3. OMG, baru tahu Lipton ada green tea. Wajib ada dalam list bila shopping barang lepas ni :D

    ReplyDelete
  4. Mak saya ada tekanan darah tinggi, setiap hari dia pun minum teh hijau tanpa gula haha

    ReplyDelete
  5. akak memang rajin dulu minum green tea ni..

    ReplyDelete
  6. kalau mcm ni perlu ganti kopi or nescafe dgn teh hijau lah

    ReplyDelete
  7. Saya pun suka minum teh hijau.. lepas tu membuang mesti lawas.. hehe

    ReplyDelete
  8. Dok berblogging cari info pasal green tea terjumpa blog ni. done follow.. nak cedok sikit ye kebaikan green tea ni..hehe nanti saya tag nama blog ni :)

    jemput follow saya http://azirafreesia.blogspot.my/

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.