Resepi Sotong Masak Kunyit Mudah

Wednesday, March 11, 2015

Menu dinner malam ni sotong masak kunyit menggunakan resepi mudah dengan bahan yang ada. Tak payah nak complicated sangat. Yang penting serbuk kunyit mesti ada. Dari malam tadi dah bincang dengan husband nak masak apa untuk malam ni. Kemain berbincang sangat kan.
Sayur terlebih sudah, bukan perhiasan semata² tapi memang veggie lover 


Resepi Sotong Masak kunyit.
Sotong dipotong, dibasuh dan gaulkan bersama serbuk kunyit. Perapkan sekejap sementara nak siapkan bahan tumis.

Panaskan minyak dan gorengkan sotong yang diperap tadi separuh masak. Kemudian angkat dan toskan. Tumiskan (1 biji bawang besar, 2-3 ulas bawang putih dan cili ) yang telah dipotong. Potong je semua tak payah blend. Cili tu terpulanglah nak guna cili benggala ke cili api atau cili besar. pastikan tumis guna minyak sikit je ye. Bila dah naik bau dan garing sikit tu masukkan sotong yang dah digoreng separuh masak tadi dan masukkan sedikit garam. Biarkan seketika sampai masak. Dah siap!

Nak lagi sedap letak daun kari ker serbuk kari ke sikit ke kan..Resepi campak² je ni. Sotong masak ape pun sedap! Kalau nak cepat masak buatlah cara macam ni..senang kerja.

10 comments

  1. Feberet Sha nih, sotong masak kunyit, :)
    Sebab Fiza post entry masak-masak gini, dah terpaksa masak sebab terliur, ekekeke :D

    ReplyDelete
  2. resipi saya & suami ni kalau dah xtau nak masak apa dah...hehehehehe

    ~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
    http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Dah lma x pekena sotong kunyit ni..wah tringin plak

    ReplyDelete
  4. Fav Dania ni..akak pun suka jugak...sedappp.....

    ReplyDelete
  5. fUHH MENGGODA betul tgk sotong dalam daun salad tuuu

    ReplyDelete
  6. siapa dengan hiasan tu fiza..macam makan pengantin je..ekeke

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.