Header Ads

Latest Update
recent

Projek Tanam Pokok Bunga

Bila rajin membeli aiskrim pasu makanya bermulalah projek tanam pokok bunga. Rugi kalau beli asikrim pasu tapi pasu tu tak digunakan. Selain buat tempat letak barang boleh kita tanam bunga atau letak bunga plastik. Ikutlah mana yang rajin nak buat dan ikut kreativiti sendiri untuk gunakan pasu tu.

Bila musim panas ni better kita perbanyakkan tanam pokok bagi sejuk sikit. Harap² menjadilah tanaman pokok ni takut mati pulak musim panas ni. Buat masa ni letak dalam rumah dan buat pemantauan. Sediakan cahaya dan air yang cukup. Harap sangat pokok ni hidup. Dah besar sikit baru pindah dalam pasu besar.
projek-tanam-pokok-bunga



Tak tahu apa nama pokok ni. Ketiga² pokok ni hanya berdaun je sebenarnya..tak berbunga. Tengok pokok kat luar rumah ni dah besar so bolehlah cantas buat benih tanam kat pasu kecil. Dulu beli pokok ni RM5 satu pokok.

Bab tanam pokok bunga ni Fiza tak pandai. Husband yang suka tanam dan beli. Fiza cuma approved dan buat decoration..gitu..Dia kalau dengan mak Fiza memang geng lah..Geng berbakti pada tanah..suka bercucuk tanam. Menjadi je kalau tanam tu..


Dah tanam jangan lupa tabur baja.

12 comments:

  1. rajinyaaa tanam pokok bungaa ^^

    ReplyDelete
  2. Wah....dapat pasu free terus rajin tanam bunga..akak ni ntah bila nak tanam bunga lagi..yang ada pun dah abih mati...

    ReplyDelete
  3. Akak kalau bunga2 ni malas sikit nak tanam, biasanya tanam sayur2 la..serai, cili, daun kunyit..hehhe..

    Fiza..cemana cara nak buang linkwithin kat blog .Akak ada ikut tutorial blog tapi tak menjadi..tak jumpa code html dia...

    kat blog akak ada linkwithin tu,ada setengah2 entry hila klik dia keluar url lama blog akak.bila terklik je terus keluar malware

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau link within ni biasanya coding dia kat layout je kak..cari dalam gadget yg bawah post tu..then buang je code dia.

      Delete
  4. spe minat aiskrim pastu boleh la blik tanam tanam mcm ni :)

    ReplyDelete
  5. naniey suke pokok berdaun dari pokok yg berbunga...
    tp skrg duk kt hostel leh la nk menanam... yg ada pun pokok hijau ltak dlm air.. :) :)

    ReplyDelete
  6. kurang rajin menanam pokok bunga..yang paling rajin mak akak je..heheh

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Pokok dlm psu biru tuH....ehe kak lya pon ada pokok tu..masa mula2 bli dulu rm5 jer harganya., sekarang ni dah besar gedabak takleh masuk pasu dah letak kt ats tanah jer..besar sangattt dahh,, pokok ni mudah hidup..cucuk gtu jer siram air dah hidup., kat rumah beli satu jer pastu bila dah besar cabut2 dahan tanam jer lagi ..

    ReplyDelete
  9. Mata jd terang jer bila tgk pokok hijau,.

    ReplyDelete
  10. akak kalau tanam atau jaga pokok mmg failed.. tak pernahnya hidup pokok tu.. tangan panas kot? kih3

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.