Kayu Pallet Serbaguna

Perabot dari kayu pallet semakin menjadi trend sekarang. Ramai yang mula mencari² kayu pallet yang dulunya orang tak berapa nak pandang sebab macam takde gunanya kan setakat buat alas barang. Tapi kini, permintaan kayu pallet makin tinggi di mana² negeri disebabkan ramai dah mula sedar bahawa kayu pallet ni banyak kegunaanya bak kata kayu pallet serbaguna.

Ramai dah mula kreatif menghasilkan perabot rumah yang sangat luar biasa cantik. Siapa sangka dengan modal yang murah dapat menghasilkan perabot yang cantik dan sangat rare. Tapi atas permintaan dan trend yang makin up ni tak mustahil kalau ada peniaga yang mula menjual dengan harga yang tinggi. 

Bagi yang ada bajet lebih dan tiada kemudahan pertukangan memang akan beli yang terus siap, bagi yang kreatif dah tentunya memilih untuk  lebih kreatif melihat hasil kerja sendiri. kan? Cubalah tengok betapa kreatifnya mereka menghasilkan perabot yang cantik semua ni.

Set santai luar rumah yang cantik.

Paling suka yang ni. kombinasi warna yang sangat ohsem!

Meja simple luar rumah yang cantik

Dinding, meja dan rak dari pallet yang unik

Katil ala² retro

Tak payah keluar modal yang banyak untuk dapatkan set living room yang superb cantik ni

 Workspace yang sangat mendamaikan kan..banyak idea kalau dok sini..eh?

Buat rak macam ni pun cantik juga ye

Haa yang ada kasut belambak tu buat rak macam ni pun ohsem!

Eh eh..kucing pun ada katil kayu pallet.

untuk tujuan bercucuk tanam pun boleh.

Banyak juga cafe dah buat decoration menggunakan kayu pallet.

Butik juga tak ketinggalan buat trend deco kayu pallet

Pelamin dari kayu pallet pun hado..Simple dan cantik!
Sumber semua gambar dari google
Memang terlajak laris la jualan kayu pallet sekarang ni kan. Berebut orang nak beli. Tapi kalau yang tepi jalan tu jangan di ambil, kot dikhuatiri di dekati anjing ke kan... Ni nak tanye, kot siapa tahu kat mana nak dapatkan kayu pallet kat area Seremban, Segamat dan Bangi boleh komen nanti ye. Ada contact number pun  okay. Fiza pun teringin nak deco deco guna kayu pallet ni. Terima Kasih semua..


16 comments:

  1. eh..tengok tak teman lelaki upahan..dalam rumah dia kebanyakkan nya macam guna pallet jugak kan..
    sesiapa yang kreatif ni,kat rumah dia mesti cantik kan..

    ReplyDelete
  2. ingt nk cr kayu pallet jgk la nk buat katil sebijik..
    skrg ni tido ats tilam je.. nk beli katil bajet xckop lg.. huhu

    ReplyDelete
  3. menarik daripada terbuang sahaja begitu kan? eloklah dilakukan sebegini...ada juga gunanya...

    ReplyDelete
  4. Memang kreatif.. kalau betul2 pandai mmg cantik jadinya.

    ReplyDelete
  5. Wahh mmg kretif laa si pembuat benda ni..

    ReplyDelete
  6. Banyak jugak laaa ya kegunaan kayu pallet ni

    ReplyDelete
  7. Kat mana ye nak cari? Nak buat backdrop.

    ReplyDelete
  8. SEDARA SAYA KAWEN GUNE KAYU PALLET, RMAI YG KEPOH2, SEBAB SELALU PELAMIN BUNGA2 AN, APE LA..MCM2 LAHH..DY CKP..MCM KAYU ape jee... mcm kayu kt umah kampung....sedih betol...
    dorg x tahu agaknye trend terkini taw,,, hehee,,emo plakkk

    ReplyDelete
  9. Salam.. sy nak cari/beli kayu palet yg treated utk buat pentas di libry skolah.. tp area jb... if ad cntact or sesiapa yg thu mohon share... terima.kasih semua ;)

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.