Dapatkan Template Blog Responsive dan Mesra SEO

Hai semua. Mood raya masih meriah untuk hari kedua ni. Tapi Fiza nak kongsikan cerita blog bukan cerita raya. Selepas hasil permerhatian Fiza, sekarang dah jadi trending blogger menggunakan template responsive dan mesra SEO download percuma atau beli dari internet. Kerja jadi mudah dengan hanya download dan install sahaja. Cuma perlu ada kerja sedikit untuk edit beberapa bahagian menggunakan coding dengan guide yang telah diberikan.

Apa yang nak Fiza kongsikan pada blogger semua adalah kau orang boleh dapatkan template blog responsive dan mesra SEO dengan harga yang murah seperti dalam gambar. Fiza pun dah berjaya beli satu. Sebelum ni Fiza mengalami masalah untuk beli template dari laman web tersebut disebabkan masalah akaun paypal dan masalah menggunakan kad kredit. Setelah berinteraksi dengan mereka yang terlibat di website tersebut, akhirnya Fiza berjaya buat pembelian template.

Kenapa Fiza kongsikan di sini, sebabnya sebelum ni ada beberapa blogger nak Fiza belikan dan edit untuk blog mereka tapi tak kesampaian atas masalah pembayaran yang Fiza cerita tadi. Jadi, bila Fiza dah boleh beli Fiza nak tawarkan kepada mereka yang berminat untuk membeli template responsive dan mesra SEO dengan harga murah berserta pakej install, edit dan simple header (Tulisan sahaja) boleh contact Fiza untuk berbincang lebih lanjut.



Harga template seperti yang ada dalam website. Harga tambahan akan di kenakan untuk editing dan design simple header. Untuk beli melalui etsy ni hanya menggunakan akaun paypal dan kad kredit. Jadi, untuk mereka yang tiada kedua-duanya boleh beli template tersebut melalui Fiza. Jika berminat boleh contact Fiza dan Fiza akan berikan link untuk kau orang pilih design dan proceed order. Tempahan akan di buka selepas cuti raya tapi kalau nak booking slot awal boleh je. Jadi, lepas balik cuti raya boleh terus buat. Fiza akan ambil tempahan sikit mungkin disebabkan lepas cuti raya mesti nak sambung beraya lagi kan. 
Template Blog Responsive bermaksud template yang dapat menyesuaikan tampilan blog secara automatik dengan baik samada melalui komputer atau smartphone. Atau erti kata yang lebih senang faham layout blog akan automatik selaras dengan lebar skrin.
SEO pula adalah merujuk kepada Search Engine Optimization.

15 comments:

  1. Rasa macam berminat la.

    Tapi saya guna Wordpress..

    ReplyDelete
  2. teringin jugak nak beli template kat etsy nie, tapi tu la, BV pun ada masalah paypal dan kad kredit takboleh utk pembelian luar negara.

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya.. maaf zahir batin =)
    semoga ceria2 selalu..

    tak tahula yang baru ni mesra ke x.. ehehe tibai ja =P

    ReplyDelete
  4. Yeaayy fiza..thank you share pasal ni, mmg tgh tercari-cari templates pilihan hati..nak amik mood baru nak mula blogging balik.

    ReplyDelete
  5. nak buat jugak nanti..kumpul modal dlu lah fiza

    ReplyDelete
  6. wahhh. blog kak fiza nice gilaa. template uyul pn baru tukar. nextime nak tempah dengan kak fiza pulak.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  7. menarik jugak kalau tukar, baru rasa seronok nak blogging

    ReplyDelete
  8. wah, rasa nak tukat templete jugak ni. nk yg lebih simple dan clean.

    ReplyDelete
  9. banyak betul ilmu pasal blog yg sis share..tq tau... tp agak pening nak faham terms2 org blogger ni..ekekek

    ReplyDelete
  10. Comelnya template dia..dia ada expired atau sekali bayar je? Btw singgah follow sini :)

    ReplyDelete
  11. One day~ I will buy from you kak.. lawa gile.. Π_Π

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.