Kesan Akibat Tukar Template Blog


Ye, memang susah nak setia pada satu template dan design blog untuk selamanya. Paling tidak pun Fiza akan bertukar setahun sekali untuk berikan mood dan semangat baru pada blog. Walaupun Fiza boleh design blog akan tetapi tidaklah kerap tukar template blog. Tahukah kau orang kesan akibat daripada bertukar template blog? Fiza kongsikan sedikit pengalaman Fiza yang baru-baru ni baru tukar template blog. Ada yang perasan tak? Ke tak perasan sebab lebih kurang sama dengan template sebelumnya. 

Kesan Akibat Tukar Template Blog

Blog Fiza masih mengekalkan warna merah jambu barulah selari dengan nama blog dan masih menggunakan template blog yang minimal. Nak tahu apa kesannya selepas Fiza bertukar template blog. Baca bawah ni.

1. Trafik Blog Blogspot Menurun Secara Mendadak

Selepas Fiza bertukar template baru, secara automatik dan secara drastiknya trafik blog yang setiap hari berpuluh ribu menjadi ribu-ribu je setiap hari. Dasyat sungguh kadar penurunan trafik tu. Mungkin ambil masa untuk kembali kepada trafik yang sebelumnya. Rasa macam kena bermula dari bawah pula. Tapi takpelah, nak berjaya memang kena bermula dari bawah. Walaupun sekadar trafik blog dari dashboard blogspot ni tak memberi jumlah yang tepat tapi ada kesan juga kepada semangat nak menulis tu. Kurang semangat kalau tengok jumlah mengecil je.

2. Trafik blog google analytics Naik secara konsisten

Walaupun jumlah trafik blogspot menyedihkan akan tetapi berdasarkan kiraan yang lebih tepat melalui google analytics memberikan semangat semula sebab trafik blog semakin meningkat dari hari ke hari. Seronok tengok perubahan trafik meningkat.

3. Jumlah Bounce Rate Mengecil

Bila trafik meningkat, makanya jumlah bounce rate makin mengecil. Bayangkan sebelum ni kalau guna template lama bounce rate 8+.++% susah sangat nak mengecil. Tapi sejak tukar template baru ni terus bounce rate jadi 14.++ %. Kalau dapat kecilkan lagi jumlah tu bawah 10 lagi bagus.

Itu antara yang Fiza perasan selama seminggu lebih menggunakan template baru yang responsive dan mesra SEO beli dari etsy. Apapun semuanya bergantung pada jenis template yang kau orang gunakan. Template sebelum ni dah okay sebenarnya. Beli mahal pula tu tapi sayang ada masalah tak boleh nak letak iklan google adsense. Demi kerana nak apply google adsense, Fiza ambil keputusan untuk tukar template. Alhamdulillah tiada masalah dengan iklan cuma menantikan jawapan positif dari google adsense. Harap-harap permohonan kali ini diterima. Terpaksa puasa sekejap dari iklan nuffnang dan innity. Kalau masih belum ada rezeki, kena fikir dulu nak teruskan letak nuffnang dan innity atau tidak sebab Fiza perhati earnings makin semput.

Sebenarnya setiap template tu ada kesan baik dan buruknya kepada performance blog. Kena bijak memilih. Tapi kalau macam Fiza ni lebih memandang kepada template cantik je sebab nak hadap hari-hari. Soal performance macam kurang ambil kisah je. Tapi kalau ada masalah, tahu pula nak tukar template blog kan. Well, yang simple je lagi bagus. Sesuai untuk semua pembaca. Tapi kalau yang tak suka warna merah jambu tu tak boleh nak kata apa lah.


with love,
Sihatimerahjambu

Comments

  1. Template blog jarang saya ubah.. Saya selalu ubah layout dan posisi

    ReplyDelete
  2. template blog akk. smua cun2.. btw nice sharing kak. betul tu ada kesan baik dan buruk bila tukar template ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Busyra. seronok kalau tukar ada pembaikan. kalau traffik turun memang down sikit.huhu

      Delete
  3. Dulu rajin ubah template, sekarang dah malas nak ubah lagi....
    Btw, pink saya suka je..hehehe~
    Kak, saya tag sini tauuu
    http://nonasani.blogspot.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html

    ReplyDelete
  4. Aah..bila kak fiza ckp bru perasan..nmpk sma mcm yg template sbelum ni.

    p/s: jom join..http://www.syuhadasalleh.my/2017/06/mini-topup-giveaway-by-merahcekelat.html

    ReplyDelete
  5. AM dalam proses untuk menukar template juga nie..
    Makin bersemangat la nie..


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete
  6. dah tukar template jugak,tapi tak tau lah kenapa GA tak layan...harap diterima lah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga kena perbaiki di mana-mana entri yang perlu revert draft atau edit semula

      Delete
  7. sama dengan saya. suka warna pink dan template yang cantik-cantik sedap mata memandang. trafik benda-benda macam tu tak ambil point sangat sebenarnya ;) blog a'a sentiasa menjadi inspirasi saya :)

    ReplyDelete
  8. saya memang kerap tukar template..sekarang tak dah.sebab comey dah blog sy

    ReplyDelete
  9. tahun ni da 2x tukar template huhu. tp ya ju xterfikir pula tukar template boleh effect blog kita tu. Ju tukar sb nak nampak mature selari umur ju wahahah dan paling penting kemas dan sedap mata mmandang. skrg ni mmg stick la nmpknya even tempalte free xD masih dlm progress lagi xsiap spnuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang-kadang susah juga nak membuat pilihan blog yang tepat. memang terpaksa bertukar dua tiga kali lah jawabnya kan. bila dah jumpa yang sesuai dan terbaik. guna yg satu tu je la

      Delete
  10. Cantik blog semua orang..saya baru nak belajar..

    ReplyDelete
  11. tengah menanti waktu menukar template blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.